Aku terbaca satu isu yang agak panas iaitu..
K.Rajagopal dah terkena dan langgar itu Artikel 88.
Aku baca kat blog mamat Sutera ni..
Pertamanya, aku tak rasa pun statement K.Rajagopal tu langgar Akta atau artikel 88 tu. Cuma pihak MEDIA dah SENSASIkan benda tu. Jadi, nak tak nak, FAM akan terpaksa buat sesuatu dan alert tentang apa yang K.Rajagopal cakap. So,, dalam hal ini kalau nak cari salah orang, SALAHKAN pihak media yang bermain dengan perkataan-perkataan dan ayat yang mengelirukan.
Ya, bagi aku. Memang kita kekurangan penyerang berbakat yang konsisten.
Kena pula ramai penyerang luar dalam Liga Super dan Liga Perdana sekarang. Aku juga orang sukan. Aku belajar dalam bidang ni. Aku tahu dari segi fitness, latihan dan psikologi serta apa yang diperlukan oleh seorang pemain. Banyak faktor luaran dan dalaman yang terlibat untuk melahirkan seorang pemain yang konsisten.
Jadi, kreadibiliti dan kemampuan penyerang tempatan memang terjejas teruk. Tapi aku tak nafikan juga yang kita ada ramai penyerang yang bagus-bagus. Cuma untuk main peringkat international, tak sampai 5 orang penyerang atau pemain tengah aje yang aku rasa boleh buat gol dan ada tuah untuk menjaringkan gol. Mungkin juga kerana tak ada banyak pendedahan dan sebab-sebab lain.
Jika K.Rajagopal betul kena tarik jawatannya, atau kena gantung tugas menjadi jurulatih Harimau Malaya atau dipecat terus atau apa-apa ayat yang sama waktu dengannya..
“Siapakah yang akan ganti tempat K.Rajagopal?”
Sebolehnya, aku tak nak jurulatih luar. Tapi kalau tak boleh, ambillah Alex Fergusan ke..Morinho ke..
Tapi kalau boleh, aku nak Ong Kim Swee. Tapi dia tengah jaga Harimau Muda. Takkan nak kacau kan? Jadi, Ong Kim Swee bukan calon yang sesuai buat masa sekarang. Kacau bilau nanti budak-budak Harimau Muda. Dan jujurnya, aku rasa takde sape lagi yang sesuai dengan selain K.Rajagopal buat masa terdekat ni. Dia dah jaga budak-budak tu sampailah ke saingan Piala Asia ni. Bukan aku nak sokong K.rajagopal ke apa. Tapi inilah peluang terakhir dia untuk buktikan apa yang dia mampu lakukan. Berikan dia peluang terakhir. Jadi, bagilah dia peluang. Kontrak dia pun sampai Piala Asia ni kan? Kenapa mahu bising-bising lagi? Dan memang senang untuk jadi Juara, tapi nak kekalkan prestasi pemain. Bukan mudah. Itu kerja pemain sendiri. Bukan SALAH jurulatih. Jurulatih dah cuba buat apa yang patut. Takkan semua salah jurulatih??
Kalau korang pernah jadi jurulatih pasukan bola sepak atau badminton, atau jurulatih fitness..korang akan tahu betapa sukarnya nak kasi mantap dan psiko pemain-pemain korang untuk kasi konsisten dalam setiap permainan. Bukan satu kerja yang mudah. Aku dah pernah terlibat. Dan aku tahu susah senangnya. Nak kasi mantap 11 orang tu, bukan kerja 3,4 tahun. Lama punya kerja.
Jadi, fikir. Dan teruskan berfikir.
Dan aku harap ada perubahan besar dalam FAM. Buat sesuatu wahai orang-orang atasan di FAM. Aku tahu mereka dah banyak buat sesuatu. Jadi, buat sesuatu lagi. Kalau makin lama, makin ramai orang kuat bola sepak asyik kena dengan artikel 88 tu..
TAK MUSTAHIL..
kalau semua jurulatih atau pengurus ramai-ramai buat undi tak percaya kat FAM. Atau ramai-ramai kutuk FAM secara terbuka. Masa tu, kat mana lagi dah nak tunjuk muka? Apa maknanya tu? Dan kalau semua pemain-pemain di Malaysia MOGOK tak nak main kat Liga Super dan Liga Perdana? Memang nampak macam mustahil akan berlaku. Tapi benda yang mustahil inilah yang akan berlaku. Dulu, aku sendiri tak sangka perhimpunan Bersih tu boleh berlaku. Sekali, nahh..berlaku juga..
Macam-macam boleh berlaku.
Jadi, buat sesuatu. Pulihkan yang keruh. Ambil yang jernih.
Memang apa yang peminat atau penyokong bola sepak tanah air ni ada sebuat sesuatu yang agak melampaui batas. Tapi aku tahu ada juga yang bagitau benda yang betul. Yang betul tu, ambillah dan buat sesuatu. Yang rasa macam tak betul atau salah tu..abaikan. Buat sesuatu agar lebih memuaskan hati semua orang.
Ps: Bagi aku, K.Rajagopal takde gantinya. Hormatilah dia. Dan cuba fahami apa yang dia buat. Bab ujikaji tu..bagi aku tak salah. Itu normal. Sebab barisan pemain kat Malaysia ni ada pasang surutnya. Tak konsisten. Sebab tu..nak tak nak, memang ujikaji aje sepanjang masa yang K.rajagopal mampu buat. Nak dapat top evelen yang konsisten, memang susah. Memang cukup susah..Ferguson yang kat MU tu pun..pening kepala setiap musim nak beli pemain untuk kasi mantap pasukan dia. Inikan pula K.Rajagopal..
5,551 total views, 1 views today
ada benarnya..kekalahan pasukan negara x boleh diletakkan 100% penyebabkan kepada K. Rajagopal.
sy pun suka Ong Kim Swee latih harimau malaya. tp sapa pula yg akan latih harimau muda?
Ko nak daftar ke?
Tapi rajagopal nie antara coach yang memang tahan kena maki…. muka relax jee….
aku tak minat bola tapi apa aku boleh kata bola itu bulat yang pasti, mana-mana pihak pon boleh menang bergantung pada rezeki 😆
Harap pemain kita terus mwningkat, xkesah siapapun coachnya
RajaGopal lagi…. 🙁
Bab coach Rajagobal tu, ambe setuju, biarlah dia habiskan kelayakan Piala Asia. Lepas tu, ambe rase dia sendiri akan tawarkan utk keluar…
Dan ambe rase,FAM akan tangguhkan apa2 tindakan utk coach Raja utk beri ruang dia fokus utk habiskan mana yg ptut.
Sape yg boleh ganti coach Raja? Ambe rase coach Irfan Bakti layak…ok tak?