Hai,
apa khabar semua.
Rasanya dah lama juga aku tak tulis apa-apa kat blog ni.
Setahun.
On hiatus.
Berdiam diri.
Bertapa di gua sebab MU jarang naik top 3 liga.
Selangor pun tak kurang juga.
At least, negeri tempat aku tinggal sekarang dah jadi Juara Liga Super ENAM kali berturut-turut.
So, aku patut bangga.
Ya.
Bangga.
Sebab DUA anak aku lahir di Johor Darul Takzim.
01.
Terbalik dengan selangor.
10.
Jodoh Allah itu tepat.
Dia bagi jodoh kita dengan sifat yang berlawanan dengan kita.
Termasuk bab main lawan-lawan nombor ni.
Okeh.
..
…
Aku sebenarnya tak tahu nak tulis tajuk dan topik apa untuk karangan hari ini. Berbeza apabila aku mengajar subjek BM dalam kelas.
Aku boleh mengajar any topic dalam kelas asalkan dalam 5 subjek nih.
BM, Pendidikan Islam, Matematik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Sebab ini benda yang aku dan korang buat setiap hari.
Ko perlu BM untuk fahamkan orang lain bila ko bercakap.
Ko perlukan Matematik untuk bayar harga makanan yang ko makan.
Ko perlukan Pendidikan Islam bila ko nak solat dan ambil wuduk ataupun nak berjimak dengan bini.
Ko perlukan Pendidikan Jasmani sebab aku orang sukan. Memang senaman adalah benda waijb yang aku buat sejak aku dah ambil major dalam bidang nih. Paling buruk, aku praktis buah-buah dalam Silat Cekak. Dapat dalam 5 minit pun dah cukup berharga sebab korang pun bukan bersenam pun setiap hari.
Sebab tu juga ramai kawan aku dah ramai gemok.
Last sekali, PK. Atau Pendidikan Kesihatan.
Benda ni nampak macam subjek remeh atau mentahan.
Dalam sisi gelap silibus buku teks. Ko cuma diberikan SATU masa yang bersamaan dengan 30 minit untuk aku ingatkan anak-anak korang bahawa kesihatan itu penting sampai korang nak mampos nanti.
Dari sisi pemberontak, aku tak faham kenapa hanya 30 minit sahaja kita diajar subjek PK dan 60 minit untuk PJ dalam seminggu sedangkan LTK sendiri bising bagaimana negara nak ada pemain bola sepak yang matang jika dari kecil lagi mereka tidak dididik dengan baik tentang bola sepak terutamanya dari segi etika? disiplin? hormat?
Kenapa BM sampai 12 atau 10 waktu seminggu?
Tapi bila aku fikir semula dengan situasi politik negara kita pada hari ini.
Memang wajar BM diajar sebanyak itu.
Sebab ramai orang tak faham bahasa Melayu.
Ramai yang kurang ajar.
Hilang adab dan hormat.
Miskin akhlak yang baik.
Orang cina atau orang India tu aku faham lagi. Terutamanya yang budak la. Yang dewasa tu, kalau bebal juga, elok masuk darjah 1 semula.
Tapi orang Melayu sendiri, majoritinya pun ramai dan tak faham seni dan disiplin ILMU bahasa Melayu itu sendiri.
Sinonim, antonim, simpulan bahasa, perumpaan, pantun, syair, sajak, gurindam, bidalan dan banyak lagi.
Itu pun, ramai orang tak faham dan mungkin tak pernah dengaq.
Itu tak masuk, kata ganti nama, kata adjektif, kata sifat dan segala bagai lagi.
So, aku nak cakap apa sebenarnya?
Racist ni, bagi aku simple je.
Ko tak berlaku adil pada diri ko sendiri.
Bila ko tak adil dengan diri ko, ko akan jadi jahat dan kejam.
Tugas ko apa lepas itu.
Ko akan hasut orang lain agar jadi racist macam diri ko.
Then, orang akan kata ko setan.
Sebab apa.
Sebab diorang betul.
Ko memang setan.
…
….
Kesimpulan.
Aku dah lama tak tulis apa-apa topik.
So, memang aku mungkin jadi lebih racist dan lebih kejam kot berbanding setahun yang lepas.
Dan aku banyak belajaq sepanjang aku berdiam atau bertapa.
Baik dari sisi buat duit online, blogging dan memacam lagi.
Zaman sekarang, zaman video.
Menulis blog adalah seni ajaib yang semakin dilupai.
Orang sekarang, lebih suka mendengar dari membaca.
Berapa ramai antara korang yang membaca lebih dari satu BUKU setiap hari selain membaca al-Quran atau Muqaddam?

3,906 total views, 1 views today
Tahniah weh mampu menulis balik. Dari sehari ke hari nak bukak gak blog, takkuadd lagi šš.
Tp ko mmg kejam spt biasa š
Masih lagi berlatih untuk lebih kejam.
Haha
Benar juga tu tuan. Bukan semua kita dapat memahami Bahasa Melayu dengan betul lebih2 lagi untuk Bahasa Melayu Malaysia yang kita tuturkan seharian š Mungkin Bahasa Melayu Indonesia kota mereka faham… Apa pun selamat kembali tuan… terus bekarya
Ya.
Semoga masih terus untuk lebih gagah berkarya.
Ttibe ada entri.ahha.ok nxt post taun dpn ke?š¤£
Mungkin.
Doakan Gua terus konsisten.
kan..
saya perlu berlatih dan terus berlatih.
in shaa Allah saya dan juga bro juga pasti berjaya
Hari2 baca instagram sape rajin tulis situ (yang berkualiti shj) akan dibaca.
Ada gak jenguk blog ni dah agak cikgu sure bertapa heheh.
Welkam back!
Ya. Nak cari yang berkualiti tu memang susah la.
Ya. Bertapa memang ambil masa yang lama.
saya akui bukan mudah untuk menulis walaupun sebaris ayat..
sebab nak cantikan bahasa dan nak jelaskan maksud setepat yang mungkin
Ya.
Bab nak cantikkan bahasa tu, memang tinggi seninya itu.
makin berdebar pulak baca entri ni, tengok semua subjek tu. 2 minggu lagi nak upsr, mak abah yang nerves lebih, anak rilex jek hahaha
Tak lama lagi nak keluar plak result UPSR.
HAha.
ayat sentap.. ” Sebab diorang betul… ko memang setan..” huhuhuh
kalau tak cukup sentap, tak tahu la.
lama sungguh cikgu menyepi
Tak pi mana.
Ada je sini hari-hari.
Lama juga tak singgah sini
Biasa la tu mood menulis dan idea kene ambil masa lebih-lebih lagi di blog
Ya.
Memang lama.
eh sama lah…aku pun baru nak menulis balik lepas 6 bulan menyepi.
Teruskan menulis eh.
haluuu geng. lama gila tak baca blog ko.. lama gila siull.. sori BM aku teghok baq hang.
Teruskan menulis, nanti aku baca lagi.
Ko yang lama sangat menghilang.
Aku gi bertapa.
Haha.
Lama ko tak update..
Ntah kenapa tetiba aku nak singgah sini,,
ALhamdulillah blog aku sepi tapi update seminggu sekali..
hahahah
Ya. Lama.
Nanti aku tulis la bila mood mari.
Baru perasan ko dah udate blog. Lama betul ko tak update blog. Tahniah kerana telah berjaya keluar dari gua.
Ya.
MU menang semalam.
saya juga dari johor…kan skrg bab adap kelaut je memanjang risau tgk bdk zaman skrg.
Ya.
Semua orang patut risau.
Bukan takat mak bapak aje.
Aku ingatkan blog ni tutup gak.. mujur aku tergerak hati nak usha. Sila kembali aktif bro. Banyak blog sekarang dah kelaut ceritanya.. nak baca pun tak ada feel. Blog aku masih cuba untuk elakkan daripada terjerumus ke laut dalam gak. Hahaha
Aku tahu.
Banyak blog dah mati dan takde feel.
So, teruskan mencari blog yang tak mati.
Haha.
Aku?? Masih terus bertapa ni.
Lama hang amik cuti. Income hang dari blog bercuti jugak tak
Ada yang cuti. Ada yang tak cuti.
setuju tu..makin ramai yg x reti bahasa melayu..huhu
Ya.
Bila tegur, tahu plak marah.
Samalah, saya sendiri pun dah lama tak menulis. Bila ada semangat, datang sekejap, kemudian hilang. hhaahah. Lebih 1 buku sehari tu, saya tak sampai tahap tu lagi, lebih 1 buku seminggu itu iya.
Kalau dah biasa, takdehal rasanya.
Hahaha….sama laa…Kami nak tulis 1 post sebulan pun payah. Sepatutnya makin tua makin byk masa utk menulis, tapi nmpknya silap. Bab membaca mmg x blh escape – cuma tak mampu habiskan 1 buku sehari…
Takpe.
Pelan-pelan membaca.