Tak perlu aku nak nafikan lagi yang Ezani memang layak menang lagi walaupun aku memang nakkan sangat Wahidan menang dalam Masterchef Malaysia musim pertama ni. Nak buat macam mana, kalau tengok dari pelbagai segi, memang Ezani tampak ketara mempunyai banyak kelebihan berbanding Wahidan. Dari awal lagi aku dah anggap Wahidan ni underdog. Dia akan jadi seorang yang pendiam tapi berjaya menewaskan semua pesaingnya untuk sampai ke peringkat akhir.
Tapi sayangnya, beliau tewas kepada doktor gigi ini. Ya, Ezani.

Tu dia. Tu jerawat ke apa?
Apapun tahniah kepada Ezani kerana berjaya mengalahkan Wahidan. Aku yakin beliau cukup gembira malam ini dan cukup sukar untuk tidur walaupun sedang memeluk trofi Masterchef Malaysia. Dialah orang pertama yang dapat title dan trofi itu di Malaysia. Nak jadi yang pertama ni sukar. Nak jadi yang kedua dan ketiga pun cukup sukar. Hoho..
Hemm..jom belajar masak. Persediaan untuk Masterchef Malaysia musim kedua. Haha..
Ps: Ok, tengah test main keyword. Bagi banyak sikit keyword Masterchef Malaysia hari ini. Haha..
2,041 total views, 1 views today
kalah dan menang adat bertanding..bila la boleh tengok citer ni..nak masuk astro duit tak banyak nak bayar bulan2..haha
rileks bro. umah aku pon tak der astro.. aku rasa blom ada keperluan