1. Esok majlis kenduri perkahwinan kaklong aku akan bermula pada jam 12 tengah hari. Tapi kalau ada yang datang pukul 11 pagi, kita orang takde hal. Takkan nak halau tetamu pulak kan?
2. Aku memang sibuk sangat dalam seminggu ini. Ambil barang tempahan, jahit langsir, kemas tempat letak kereta..tampal banner..tampal poster kat lampu isyarat dan segala bagailah. Tugas mengiring pengantin lelaki..atau PA pengantin lelaki..aku serahkan pada adik lelaki aku. Takkan semua benda aku nak hadap.
3. Paling penat, kerja bungkuskan jajan-jajan untuk ole-ole mereka yang datang esok. Dekat 2 ribu lebih. Aku harap semuaya habis. Tak larat nak habiskan kalau tak habis. Kalau tidak, aku open table, jual kat Banting atau tolak kat kedai cendol.
4. Petang ni, kita orang akan ramai-ramai gi masjid Banting. Kaklong aku akad nikah kat sana. Bakal abang ipar aku tengah ondaway dari Ipoh. Satu negeri yang jarang sekali aku bertandang. Lepas ni..bolehlah lepak sana kalau ada masa. Ada wakil keluarga dah sekarang.
5. Minggu depan, giliran kami pula pergi ke sana. Abah dah tempah bas. Kami semua naik bas. Mudah, jimat, tersusun dan terancang. Tapi mungkin aku bawa kereta standby untuk apa-apa kes diluar jangkaan.
6. Yang paling sibuk kat rumah, bukannya kaklong aku. Selepas emak aku, aku orang kedua sibuk. Kemudian baru diikuti oleh abah dan adik-adik aku. Kalau aku kahwin nanti..takkan aku kena sibuk macam ni jugak? Ayoo..
7. Ada lagi 3 jam sebelum pergi masjid. Aku masih tak mandi lagi dari semalam. Malas.
8. Jap. Siapa ya nama bakal abang ipar aku tu?
9. Aku baru aje jumpa dia dua kali. Itupun bila aku tak tersengaja balik. Kalau rancang nak balik, memang tak pernahnya dapat jumpa. Allah tu memang adil dan maha mengaturkan segala perancangan yang terbaik untuk umatnya.
10. Hasrat mak aku dah tercapai. Lepas ni, aku dah tak ada alasan untuk kahwin lambat. Kalau tidak, adik perempuan aku dah ON untuk langsung mendahului aku. Mak abah aku dah bagi lampu hijau. Oiit, jangan ko nak derhaka ngan abang ko yek!
11. Ok. Aku sayangkan kaklong aku. Walaupun aku selalu marah dia sebab banyak sebab. Tapi, aku sayangkan dia. Selain mak aku, makcik-makcik aku..dia sorang aje yang pernah tukarkan pampers aku. Aku tak tahu. Tapi mak aku yang bagitau. Demmla..hilang macho aku.
12. Oh ya. Tak lupa, aku sayangkan mak aku.
13. Habis dah cerita.
14. Kalau ada kelapangan, sila jemput datang ke Banting. No.10, jalan seluang 5, Taman Sri Putra, 42700 Banting, Selangor darul Ehsan.
15. Nak cendol. Datanglah. Tapi macam biasa, tetamu kena belanja dulu.
16. 2012 – tahunku yang paling kacak. Salah satu sebabnya, kaklong aku kahwin. Dan kaklong aku sangat manja pada aku.
17. Aku jugak yang kena ejas tajwid akak aku dari semalam. Alhamdulillah, banyak dah ok sikit berbanding awal-awal masa training dulu.
2,018 total views, 1 views today
x jemput aku ke titan?
Emm akhirnya..hehe..perancangan Allah kan rapi..hehe
Alhamdulillah, dah selamat bergelar isteri orang.. =)