1. Sana-sini, aku lihat sudah ramai orang mencari pen Al-Quran Digital dimerata-rata. Bersepah cerita tentang al-quran digital. Tak kiralah promosi difacebook, diblog ataupun disurat khabar. Semuanya sibuk cerita pasal al-quran digital ni. Betul tak? Ke hanya aku aje yang merepek kat sini?
2. I-Furqan juga merupakan salah satu jenama baru yang mempromosikan produk Al-quran digital beserta pen magik Al-Quran digital yang mempunyai pelbagai kebaikan untuk mereka yang tak reti membaca Al-Quran atau mahu memperbaiki tajwid ketika membaca al-Quran. Ya. Aku faham. Semua orang sibuk bekerja dan tak ada masa nak membaca. Tapi, susah sangat ke nak baca satu muka surat setiap hari? Bukan lama pun. Tak sampai 15 minit.
3. Aku tak tahu. Setiap tukang promosi atau blogger yang mempromosikan Al-Quran digital ni ada satu al-Quran digital dirumah masing-masing. Kalau ada, itu cukup bagus. Jangan asyik jual aje. Tapi tak amalkan. Perempuan tak suka lelaki tak tahu baca Al-Quran.
4. Ramai umat Islam hari ini. Hanya pandai cakap aje. Pandai berhujah sana-sini. Tapi bila berhujah bab-bab hukum hakam dalam Al-Quran..semua main cakap lepas. Main ikut logik. Huh, suka hati kroang aje kan?
5. Sekali lagi, kalau korang memang tak reti membaca jawi dan Al-Quran..mungkin dengan membeli al-Quran digital ini, akan membantu korang memperbaiki bacaan dan pemahaman korang tentang Al-Quran. Sekurangnya, kalau ada anak nanti. Boleh jadi ustaz untuk ajar diorang. Tak perlu dah upah mana-mana ustaz untuk ajar anak korang. Membazir sahaja. Padahal, duit tu boleh aje korang gunakan untuk perbaiki sport rim kereta korang, kan?
6. Berapa ramai antara korang yang membaca Al-Quran setiap hari? Itu belum lagi kalau aku tanya yang solat 5 waktu sehari semalam? Jangan paksa aku tanya pulak tentang solat sunat. Apatah lagi amalan sunat nabi yang lain.
7. Memang mahal harga Al-Quran digital ni. Tapi kalau nak bandingkan dengan harga rumah, harga kereta dan harga dinner yang korang makan kat hotel tu..harga al-Quran Digital I-Furqan ini tersangatlah murah. Malah, I-Furqan merupakan jenama yang menawarkan harga yang paling murah setakat ini. Jadi, sila beli satu.
8. Berapa ramai antara korang ada senaskah Al-Quran dirumah? Paling teruk pun, dalam laptop atau komputer korang. Takkan takde save kot? Tak malu ke? Bukan mahal pun. Boleh aje beli baju kurung beratus-ratus, boleh aje beli rantai emas, boleh aje tukar handset ke iPhone 5. Takkan beli senaskah satu untuk diri sendiri pun tak mampu?
9. Sebanyak 3750k carian bagi perkataan “i-Furqan” di google search engine. Ini menandakan ramai orang mencari maklumat tentang Al-Quran Digital ini. Manakala sebanyak 18.2 juta carian bagi perkataan “Al-Quran Digital” di google search engine. Sebanyak 3.86 juta pula untuk carian “quran digital“, kelebihan al-quran digital pula mencatat carian 1.49 juta carian, 2.4 juta carian bagi pen al-quran digital dan kelebihan i-furqan pula mencatat 306 ribu carian digoogle search engine.
10. Berapa diantara korang yang isteri anda tidak tahu membaca al-Quran? Anak korang pula pula, berapa ramai yang membaca al-Quran atau muqaddam setiap hari? Tak sedihkah?
11. Belilah I-Furqan satu dan jadikan sebagai hadiah hantaran anda jika anda hendak berkahwin nanti. Ianya mudah dibawa, ringan dan tidak membebankan.
12. Mungkin Al-Quran versi buku tidak menarik dan berat. Malah, korang mungkin tak minat membacanya. Jadi, cubalah I-Furqan. Mana tahu, terbuka hati korang untuk membaca al-Quran digital ini setiap hari?
13. Aku tak paksa korang beli. Tapi kalau ada satu, memang korang super kacak!
14. Daripada asyik baca 3 blog pilihan terbaik dihati korang setiap hari, cuba luangkan masa 15 minit untuk membaca al-Quran. 15 minit tu, tak lama kan?
15. Dah. Pi beli kat sini >> I-Furqan – Al-Quran Digital paling murah dipasaran.

2,945 total views, 2 views today