1. Aku jumpa benda bagus. Kepada yang nak apply PRIMA atau PR1MA ni. Sila baca..
Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012.Terbaru diberitakan bahawa Pendaftaran permohonan pemilikan rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dilaksanakan secara online (atas talian)mulai Sabtu ini 8 Disember 2012
Ia menggantikan sistem manual secara pos yang digunakan sebelum ini dan boleh diakses selepas dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Pulau Pinang, Sabtu ini
Sistem pendaftaran yang bertujuan mengumpul data utama pemohon itu juga bertujuan mendapat maklumat mengenai permintaan rumah masa kini sesuai dengan kumpulan sasar yang rata-rata mempunyai kemudahan internet
Kriteria layak memohon
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat
- Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500
- Pemohon tidak memiliki lebih daripada satu hartanah
- Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri
Cara Memohon
Layari laman web rasmi PR1MA Berhad di url berikut
http://www.pr1ma.my/bm/index.html (Versi Bahasa Malaysia)
Dalam laman web tersebut pemohon boleh mendapatkan informasi yang lebih jelas ataupun maklumat terkini mengenai PR1MA
Ringkasan Langkah-langkah utama mengikut turutan sebelum berjaya memiliki rumah
Semakan Kelayakan
- Pendaftaran
- Permohonan
- Pengesahan
- Pengundian
- Pengumuman Keputusan Undian
- Pembelian Rumah
2. Sumber? Tak ada sumber. Aku copy paste sana sikit, sini sikit. Lantaklah. Janji dapat bantu korang yang tak ada rumah tu untuk beli rumah baru yang agak murah sikit.
3. Kalau menang contest 3 blog pilihan terbaik pun, belum tentu boleh beli rumah baru. Haha..
4. Esok Malaysia lawan Thailand. Harimau Malaya vs Gajah Siam. Singapura dah seri tadi. Haha..
5,445 total views, 1 views today
Rumah yg selesa
assalam…mcm mana nak isi borang pr1ma secara online..boleh tolong?