Aku tak ambil port sangat kisah Fizz Fairuz ni.
Tapi sebab dia salah satu watak utama dalam drama dan filem Nur Kasih.
Aku rasa terbawa nak cerita.
Fizz Fairuz ni dah la bawak watak alim gila dalam Nur Kasih. Tup-tup, jadi lagu ni.
Berlawanan dengan apa yang dia lakonkan dalam drama Nur Kasih.
Nampak kontra dan tak cantik.
Samada benar atau tidak dia kena manderem atau permainan sihir. Aku tak pasti.
Bab kena tipu, aku rasa orang lelaki sekarang kena lebih berhati-hati.
Kalau dah nikah..dan jadi macam ni..memang menangis dibuatnya.
Kalau benar bekas tunang tak jadinya tu isteri orang.
Maka, tepatlah keputusannya. Patutnya, orang media tanya sendiri pada mak bapak perempuan tu. Setel. Dan ya, aku salahkan media dalam hal ini. Sebab saja cari pasal.
Sebab bapak dia wali. Even kawin tanpa izin pun, mesti dia tahu juga.
Fizz pun satu. Tak selidik betul-betul. Tapi kalau tanya pun, takkan perempuan tu nak mengaku kan?
Simply. Kita tunggu dan lihat sahaja.

1,709 total views, 1 views today