Asal-usul Tarian Harlem Shake.
Ok. Aku sebenarnya malas nak ambil tahu sangat pasal Harlem Shake ni. Tapi bila aku terdengar aje muzik official Harlem Shake, boleh plak orang sekitar aku buat aksi bangang dlam 10-30 saat. Aku terajang perut tu kang, terkeluar air vitagen yang diorang minum semalam.
Harlem Shake ini sebenarnya merupakan tarian yang tak ada peraturan dan tiba-tiba boleh pula jadi terkenal di planet Bumi yang aman sejahtera ini. Namun celah mana pula boleh popular benda ni dan apakah asal usul Harlem Shake ini?. Pada awal kemunculan gerakan Harlem Shake ini bermula pada tahun 1981 di Harlem, permukiman besar di New York, AS, di mana ada seorang yang bernama Al Bm membuat gerakan tarian yang menggerak-gerakkan bahu keluar-masuk,dan seluruh tubuh. Kemudian gerakan itu dinamainya sesuai dengan huruf depan dari namanya, menjadi “Albee” atau “Albee in Harlem”. (Ini aje puncanya? Demm..)
Macam Harlem Shake ni berkembang?
Tarian ini terus berkembang dari semasa ke semasa sehinggalah mendapat sambutan yang hangat sekitar tahun 2011 setelah G Dep seorang rapper dari Harlem mempersembahkan gerakan ini di dalam videonya. (Mamat ni la angkaranya rupanya hidupkan benda yang mengarut ni.. ) Pada tahun 2006 rapper Mase juga ada mempersembahkan gerakan ini di dalam video muziknya berjudul ‘Welcome Back’.Pada tahun 2012 ,gerakan ini kembali popular dan seterusnya “Harlem Shake,” sebuah judul lagu bass heavy instrumental telah dihasilkan oleh produksi Baauer. Video ini telah dimuat naik ke laman youtube pada 23 august 2012 dan telah mendapat respon yang menggalakkan dari seluruh dunia.
Tarian ini kemudian berkembang dan dikenal sebagai Harlem Shake. Kemuncaknya adalah pada tahun 2001, di mana kepopularitian Harlem Shake semakin meningkat kerana digunakan oleh beberapa artis hip-hop asal New York, seperti Jadakiss, Cam’ron, dan P. Diddy termasuklah mamat-mamat Malaysia yang menari bukan-bukan kat Youtube tu. Aku rasa nak terajang aje..
Pada tahun 2012, Harlem Shake ini kembali muncul sebagai gaya tarian hip-hop yang mcam bangang, sekaligus menjadi sebuah judul lagu instrumental yang diproduksi oleh Baauer, nama panggung seorang produser Amerika, Harry Rodrigues. Lagu tersebut diunggah ke YouTube pada 23 Agustus 2012, dan mendapat tanggapan positif dari blog musik, dan juga para artis seperti Diplo, Brodinski, dan lainnya.
Harlem Shake di Youtube? Bagaimana?
Kemudian, baru pada bulan Februari 2013 ini, tepatnya tanggal 2 Februari 2013, salah seorang pengguna YouTube dengan ID DizastaMusic (Ini juga salah seorang punca sebenar berlakunya fenomena Harlem Shake bangang ni.. ) upload video parodi dari tarian Harlem Shake ciptaan Baauer tersebut ke Youtube. Sejak saat itu, bertambah banyaklah pengguna YouTube yang upload video-video parodi Harlem Shake, hingga sekarang ini menjadi popular, bahkan Harlem Shake ini disebut-sebut mampu mengatasi fenomena Gangnam Style di tangga musik internasional. (Bagi aku, Gangnam Style still takde sesiapa boleh kalahkan)
Jadi, Harlem Shake VS Gangnam Style.
Gangnam Style menang!
Tak. Tak. Aku bukan penyokong Gangnam Style atau Harlem Shake. Cuma kalau dari satu sudut..popularity Gangnam Style masih kekal popular. Harlem Shake? Bila-bila masa orang akan lupakan..
Yang aku tak boleh tahan, orang Malaysia pun boleh terikut dengan fenomena ni. Aduh..
2,356 total views, 2 views today
Tak ada video ke?kalau ada mesti best..haha