Sebelum tu..
Korang kenal siapa sebenarnya Hiruma Yoichi?
Kalau tak kenal, Hiruma Yoichi adalah watak sampingan utama dalam manga EyeShield 21. Manga ini mengisahkan bagaimana seorang pelajar sekolah yang bernama Sena yang sangat lemah dari segi fizikal, lembab, penakut, sentiasa dilindungi dan tidak pandai bersukan akhirnya menjadi HERO dalam sukan bola sepak Amerika.
Kenapa aku banyak belajar dari manga ini?
Apa kaitannya dengan dunia blogging?
Hiruma Yoichi.
Bagi peminat dan pembaca tegar manga seperti aku, pasti kenal nama ini. Walaupun tidaklah setanding dengan nama besar seperti Son Goku, Sin Chan, Upin dan Ipin, Kamen Rider, Sakuragi Hanamichi, Kurosagi dan bermacam lagi..tapi aku lebih berminat untuk belajar sesuatu dari watak Hiruma Yoichi.
Hiruma Yoichi yang pada asalnya tidak berminat untuk bersukan, akhirnya jatuh cinta dengan sukan Bola Sepak Amerika.
Hiruma Yoichi, suka bertaruh. Pandai main kad poker, bijak menipu, pintar memanipulasi , kuat berjudi dan yang paling penting, mementingkan kemenangan. Walaupun dia selalu kalah..tapi dia tahu bahawa kemenangan boleh dicapai walaupun peratusan kemenangan itu cuma 1% sahaja.
Biarpun ada orang beranggapan dia akan kalah 99% dalam setiap pertandingan bola sepak Amerika, tapi jika cuma ada 1% kemenangan dalam sesuatu pertandingan, beliau akan cuba menguasai 1% kemenangan itu walaupun hakikatnya memang macam mustahil.
Dalam manga ini, dari sebuah pasukan yang sentiasa menjadi belasahan selama 2 tahun, dia menemui 1% punca atau elemen kemenangan yang membolehkan dia mencapai kemenangan dan menjadi Juara dalam sukan bola sepak Amerika. Dan orang yang boleh membantu beliau menguasai 1% kemenangan itu adalah Sena. Dengan menggunakan pelbagai cara tak kiralah cara baik atau cara jahat..beliau mempergunakan Sena untuk mencapai tujuannya.
Dari sudut ini, Hiruma Youchi merupakan..
- seorang yang mementingkan kemenangan walaupun cuma 1% sahaja..
- seorang yang menguasai elemen-elemen kemenangan walaupun sukar..
- seorang yang bijak, genius tak terkalah dan rajin berusaha
- seorang yang kejam, hati kering dan mempercayai rakan perjuangan.
- seorang yang kuat menipu, bijak memanipulasi, menguasai kelemahan musuh, dihormati oleh musuh dan rakan seperjuangan dan tahu kelemahan diri sendiri..
Dan inilah ciri-ciri yang sama untuk orang yang akan berjaya dalam mengejar impian dan cita-cita tak kiralah korang seorang blogger ataupun seorang penarik beca.
Bagi seorang blogger, jika korang tak cukup hati kering, bila-bila masa korang akan kecundang. Malah, jika korang tak berusaha mencari 1% dari elemen-elemen kemenangan yang boleh membantu korang mencapai impian yang korang impi-impikan, memang impian korang takkan terlaksana.
Kejam? Penting juga bagi seorang blogger. Kadang-kala, kita kena kejam dengan diri kita. Ikat perut semata-mata untuk kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang. Bersusah payah terlebih dahulu sebelum capai impian korang. Begitu juga aku. 10 tahun yang dulu, adalah antara tahun-tahun yang agak NGERI dan kejam dalam kehidupan aku. Kalau fikirkan balik..
Tak boleh. Tak nak fikir. Memang ngeri gak la..
Dan mempercayai rakan seperjuangan juga salah satu perkara yang penting. Kita sukar mempercayai seseorang. Begitu juga aku. Bukan senang aku nak percayakan seseorang. Lebih-lebih lagi jika orang itu berpotensi untuk menjatuhkan aku. Tapi, bila aku dah percaya..memang aku akan percaya orang itu sampai bila-bila. Walaupun Hiruma ni perangai macam setan, tapi dia dipercayai oleh ahli pasukannya dan juga dihormati oleh musuh-musuhnya kerana strategi yang bijak, keberanian untuk bertaruh dan keyakinan yang tidak terkalah.
Kesimpulan.
Aku tak minta korang jadi macam Hiruma Youchi. Cuma contohi sikap beliau walaupun beliau cuma sekadar watak dalam sebuah manga sukan. Dan paling penting sekali, percaya pada kemampuan diri sendiri. Setiap orang ada kehebatannya yang tersendiri. Kuasai elemen kemenangan yang diperlukan, insya-Allah..impian korang akan tercapai.
** Sifat kejam aku banyak juga dipengaruhi oleh sifat Hiruma Yoichi. Haha..
Ps: Aku yakin, separuh dari korang tak kenal Hiruma, kan?
9,170 total views, 14 views today
banyak juga watak anime yang pengaruh aku, seperti luffy- never giveup..
pengakuan ikhlas…mmg tak kenal nama tu… huhuhu… baca entry ni pun mcm blur2 sikit.. 🙂
gua layan naruto dengan goku je.. tapi kisah bro ni buat aku nak cari manga tu.. macam best je weh..
mmg tak dpt dinafikan,yang anime ini kadang-kadang memberi motivasi kepada aku….
gua kenal Hiruma Yoichi dan gua tau lu salah eja nama dia hahaha
haha..biarlah. Hiruma mana berani marah gua. 😈
Jepun jugak…!
nak tahu jugak kisah kejam bro. ❓ cerita la..
Sure la tak kenal. Inilah pertama kali tertengok nama tu.
Tak kenal la cikgu..
Layan dragon ball je
Entry Terkini : Kereta Milik Anggota Polis di Curi
Ambik pengajaran yang positif je.. yang buruk tu buang jauh-jauh sempena bulan ramadan dan syawal..
watak eyeshield 21 yang dah abis pun.. cuma tak dapat layan anime sampai abis..
memang watak hiruma ni cool.. bijak mempergunakan orang tapi ketika dalam game dia mempunyai kebijaksanaan menukar strategi perlawanan.
terbaik
ok ni first time gk aku dgr nama Hiruma ni..En.Titan dh selalu dengar
Mungkin ade orang tak pernha dengar pasal Eyeshield 21 nie.
Hiruma nie kejam kot. Pandai trick orang, mmemanipulasi dan macam2 lagi.
Sebenarnye, Sena masuk kelab football tue sbg Setiausaha je kan? Lepas kene manipulasi, deception dan kekejaman hiruma, barula die jadi running back..
Best anime nie..
secara jujur memang aku x kenal pon, hahaha
kalau kita amati watak manga jepun nih semua nya lebih kurang sama
Tapi manga yang ini je macam aku tak pernah baca
Terima kasih..insyaAllah apa yang dikatakan ni akan saya turuti..walaupun bukan 100% dapat 30% pun dah kira ok..emm paling penting, misi menambat kepercayaan encik titan pada blog pondok kecil..hahaha..elemen jahat dan keji, susah gak nak praktikkan..
nama EyeShield 21 pernah dengar la. watak ni memang tak pernah tau. adehh
saya suka entri ini…ada cerita hebat yang holeh dijadikan sumber inspirasi
Jom baca entri terbaru saya :10 Blogger Popular Julai 2013
Ramai yg tgk anime just tgk jer…tp yg tgk, macam yg lu tgk mmg tak ramai…
gua mmg tak berapa kenal mamat ni..tp elemen 1% tu gua akan ingat dan akan buat..thanks encik titan!
bro faizal dah boleh join geng2 eye shield ni..hehe
TAZKIRAH RAMADHAN : MALAM 7 LIKUR AMALAN BIDAAH
Dulu layan juga eyeshield…memang best cerita ni..
Belum tgk lagi semangat ichigo bleach….
nak kena baca dulu ni…heee. tapi baca kesimpulannya dapat tangkap makna.
eyeshield 21 antara komik feveret aku masa sekolah dulu.. 🙂
Patut aku mcm pnh dgr nama animasi ni, tapi nk bat cmne, aku bukan kaki anime hahaha 😛
baca ni baru kenal heheheh