Korang tahu kan bahawa aku ada beli Sony Pendrive untuk Smartpohone Note 2 aku tempoh hari, kan?
Ya.
Benda tu sudah sampai.
Dan mengambil masa yang LAMA jugaklah.
Tapi, itu bukan satu masalah besar bagi aku.
Asalkan “BARANG RARE” yang aku hendak itu, selamat sampai ke tapak tangan aku.
Jujurnya, memang aku pelik gak sebab beg HyperGear yang aku beli tu dah sampai terlebih dahulu.
Sedangkan, Sony Pendrive 8GB tu plak tak ada dalam bungkusan yang sama. Haruslah aku pelik dan hairan. Bila dok tanya-tanya. Rupa-rupanya, Lazada akan hantar dalam DUA bungkusan yang berbeza. Sebab salah satu syarikat yang jual produk tu adalah syarikat yang berbeza. Dan store diorang bukan kat Malaysia.
Tapi, di Hong Kong. Itu yang lambat sampai tuh..
Maklumlah, benda ORIGINAL.
Dah la harga mahal. Memang padanlah macam SUSAH benar nak dapat benda rare nih.
So far, aku memang agak puas hati dengan pendrive Sony nih.
BIla cucuk kat telefon pintar aku tu, smooth sahaja.
Bila transfer pun, cepat aje transfer. Kelip mata 4-5 kali, dah habis transfer.
Maklumlah, saiz setakat 10mb hingga 20mb memang kecik. Tak hairan laju transfernya. Haha..
Kalau transfer 1GB punya file, memang lambat sikit la. Normal la tu.
Kesimpulan.
Servis Lazada tip top. Bila aku email tanya kenapa barang lewat, diorang jawab. Siap bagi aku link untuk semak bila barang sampai dari Hong Kong dan bila sampai ke Malaysia. Dan bila diorang akan proses nak hantar ke rumah aku. Pendek kata, aku faham walaupun mungkin akan sampai lambat. Maklumlah, hantar barang asing-asing.
Beg HyperGear 20L dan Sony Pendrive 8GB (Original) untuk telefon pintar dalam keadaan yang baik.
Dan yang lebih BEST, kos penghantaran ditanggung oleh pihak Lazada.
Aku tak bayar 1 sen pun. Â Haha..
Of course lah aku tahu, pihak pembekal dan Lazada akan ada “habuan” dalam percent masing-masing. Diorang pun hendak untung walaupun seposen. Itu aku pejam sebelah mata. Lumrah berniaga. Kalau diorang tak fikir bab untung, jangan MIMPI nak berniaga. Tak ada orang berniaga untuk rugi, kan?
Dah, kalau nak beli pendrive untuk Smartphone korang, leh beli kat Lazada.
Ada banyak yang murah-murah.
Kualiti pun boleh tahan juga.
Aku suggest beli jenama SONY walaupun agak mahal. Tapi yang Kingston pun ada gak. Lagi murah sikit.
–> Beli Pendrive OTG untuk Smartphone
7,670 total views, 1 views today
Untung Smartphone dan Tablet yang ada fungsi OTG.
perghh beli dari jauh tu – kedaionlinemy.com
Jauh jugak perjalanan nak sampai.. Pinjam bleh?
Aku pun ada terbeli dua produk dari lazada. Derang hantar secara berasingan.. Ada satu produk yg aku nak beli tu aku taip nama produk tu dan tak semena2 dapat detect 1 item dgn harga yg berbeza. Dan dah tentu dari pihak syarikat yg lain2. Dgn lancarnya aku terpaksa buat pilihan dgn harga yg berpatutan. Hahaa
Menarik tu Encik Titan sampai juga barang yang ditempah. Tak pernah lagi beli online dari luar cuma kat Malaysia ajer.. Yang risau barang tak sampai aje. Macam kisah di Melaka beli iphone yang sampainyer lesong batu. heh.heh.
Barang rare tuh..perghh sponsor ke apa ni. Mesti ada diskaun manyakk ni beli kat Lazada..hehe
OTG memang puas hati guna kalau skrin smartphone tu 5 inci keatas, senang bawa…
sempoi en titan..ada setengah org penantian tu suatu penyiksaan 😛
dulu pernah jugak beli produk dr luar negara tp guna platform ebay..nnt nak try jugak lazada ni.
canggih wooo..dah boleh transfer gambar dari henfon guna OTG ni..lepas ni lu beli la pulak OTG keyboard dan mouse sekali..hu3
Wow murah dan berbaloi beli di Lazada ye..free shipping lagi tu..
8 GB? Besar dah tu..berbaloi beli di Lazada…dah menjadi trend kini membeli barang secara online…
Meh kita pakat beli di Lazada gedung online terkemuka di Malaysia…
pembelian yang berbaloi, barang import lagi. Untung
Aku beli camcoder hari tu RM 99.00 jer..tapi kualiti video dia memang best..giler arghh best.terima kasih lazada
Jauh perjalanan pendrive tu
Barang rare, harga mahal design pun cantik. Fuh! SERBA lemngkap pakej dia mai noh 😉
seorang pembeli yang memahami ni
jauh perjalanan luas pandangan
lambat la nak sampai ke tangan
Memang lah lambat sbb dia tulis (IMPORT) kt description product.tempoh penghantaran plak 8-14 hari.hari ke13 baru mende ni sampai ke tangan AA.anyway,AA pun puas hati dgn pendrive SONY ni.tp yg x bestnya,x compatible dgn Windows XP.laptop buruk AA masih guna XP.ke,nk kene godeh2 lagi ek.dan lagi,port Note8 tak berapa nk ngam dgn p3ndrive ni.nk kene tekan pendrive sepanjang masa.kalau dgn note2 mmg cantek..dgn Sony Z Ultra pon cantik.mostly okay lah kecuali note8 yg gedabak tu je dia xnk kawan.
teringin juga nak beli belah kat Lazada nih 😀
Huhu…barang rare kan..memang lagu ni la..huhhh..ingtkan kopi 1gb laju berdesup..hahaha
Macam lighter jer.smart jugak
blom lg dpt mrmbeli belah di Lazada sbb bnyk sgt dgr kes tipu dan produk k.o. kurg keyakinan. mybe 1 day nk try gak sbb mls kuar n xsempat kuar bli belah ni
wow…macam tau2 je tgh cari menda ni
Ada lagi tak thumb drive tu. Mcm berminat