Ok. Sebab budak Ariff ni dah tanya, jadi aku kongsikan serba sedikit macam mana aku boleh terhabis bayar hutang PTPTN ni. Aku rasa aku ada cerita kat blog earncent aku tu dulu kalau korang masih ingat la. Tapi, blog tu pun tengah down sekarang, jadi aku kongsikan sedikit ceritanya kat sini agar boleh bagi motivasi sikit kat korang agar tak liat nak bayar apa-apa hutang termasuklah hutang PTPTN..
Aku apply PTPTN pada awal tahun 2003. Maksudnya, aku sambung belajar kat UMS, Sabah. Masa tu, tak banyak pendedahan kat aku dalam hal-hal biasiswa dan pinjaman. Bila diorang sebab bab PTPTN, mata aku bersinar-sinar sebab boleh buat pinjaman dan yang lebih best sikit, mak bapak aku tak payah pening kepala nak bayar yuran pengajian aku yang jumlahnya dekat seribu lebih setiap semester. Aku sendiri sekarang, terasa murah aje yuran pengajian tu. Sedangkan, ketika aku belajar dulu..nak dapat seribu ringgit sebulan pun, rasa macam nak muntah aje.. Tapi..
“Aku tetap yakin bahawa aku ada kemampuan untuk bayar hutang PTPTN aku ni nanti..” … ….
Habis belajar di UMS, aku tak toleh belakang. Terus cari kerja walaupun aku masih belum bergraduasi. Jadi, aku cari kerja. Merata aku cari kerja sana-sini. Aku rasa tak terhitung kerjanya. Antara kerja yang aku pernah buat..
- kerja kat pam petrol..
- kerja bantu kawan jual ayam goreng kat pasar malam. Jual air gak kat gerai yang sama.
- kerja jual kerepek. Beli harga borong, jual mahal sikit. Untungnya agak besar gak.
- kerja urut orang. Belajar mengurut dengan paman aku. Kena ikut paman aku malam-malam..
- Jual minyak urut.. minyak kuda warna hijau dan putih tu la. Haa..dah lali dengan baunya. Haha..
- Jual nasi lemak..
- kerja kat pasar raya. Ini jiran aku yang ajak. Belasah aje..
- Kerja kedai apek. Kerja angkat barang dan susun barang aje. Bila berhenti..menangis apek tu sebab mana nak cari orang melayu yang sanggup kerja angkat barang kat kedai dia. Akulah pekerja pertama berbangsa melayu yang sanggup kerja dengan dia walaupun upah tak banyak. Yang lain, india, bangla dan orang cina. Terasa 1Malaysialah plak. Haha..
- Jadi guru sandaran kat sekolah menengah.
- Tulis blog.
Dan dalam banyak-banyak tu..70-80% duit dan gaji yang aku dapat, aku bayar untuk hutang kereta dan juga hutang PTPTN. Duit hasil menulis blog..lebih kepada hutang PTPTN. Yang lain, lebih kepada belanja keperluan harian, sewa rumah, bayar kereta, topup, belanja emak sikit-sikit, bagi duit belanja kat adik-beradik dan sebagainya.. Kalau ingat balik semua kerja yang aku buat, agak ngeri jugak. Ada satu masa, pukul 3-4 pagi masih buat kerja. Sedangkan, pukul 7 dah kena masuk kerja kat tempat lain pulak. Waktu tidur memang tak terjaga. Alarm handset, alarm jam tangan dan juga jam loceng menjadi guru disiplin aku agar aku sentiasa alert dengan peredaran masa. Kalau tidak, mesti lambat masuk kerja. Makan pun tak terjaga. Kurus gak la dulu. Sekarang..dah ada duit lebih sikit. Leh la ada isi sket. Haha..orang hidup bahagia dan gembira lah katakan..
Kalau tulis blog..pernah 2-3 hari gak berjaga semata-mata nak kejar job dan peluang yang mahal-mahal. Pernah satu bayaran untuk menulis review, aku dapat 300 dollar. Pernah dapat gak tawaran untuk 300 dollar untuk sewa satu iklan text link kat salah satu blog aku. Pernah dapat cek beratus-ratus dollar. Dari Adsense, Shareasale, Clickbank dan memacam lagi.. Alhamdulillah, Allah sentiasa sayang pada hambanya yang berusaha. Dan aku yakin, setiap orang ada rezekinya. Yang penting, kena berusaha dan terus berusaha.
Tetapkan target.
Masa aku nak habiskan hutang PTPTN tu..aku memang dah tetapkan target awal-awal. Untuk hutang PTPTN, aku target 5-6 tahun. Tapi, aku dah bayar 90% pada penghujung tahun ke 3. Tinggal seribu lebih masa tu. Tapi..aku malas nak habiskan awal-awal..jadi aku bayar sikit-sikit sampailah dah 4 tahun lebih..aku bayar terus banyak-banyak dan hutang aku habis. Jadi, kepada yang masih huru-hara tu, tetapkan target korang dan belajar mendisiplinkan diri. Aku yakin, korang pun boleh buat jugak.
Ikat perut dan tahan nafsu.
Ya, aku agak ikat perut jugak dulu. Tapi, makan tetap kena jaga. Kalau tak makan, macam mana aku nak buat kerja kan? Cuma jumlahnya tidaklah banyak. Cukup-cukup untuk buat kerja. Pernah pergi kedai makan, order nasi putih banyak-banyak..letak kicap dan kuah kari aje. Kalau ada ikan masin..pehh, terangkat gak dibuatnya. Dah kira biasa aku makan macam ni.
Nafsu nak beli baju cantek-cantek, kasut mahal-mahal..dan smartphone canggih yang tengah menggila masa tu. Semua member aku, pakai smartphone, kereta pulak, Vios atau Honda. Proton? Tak mainlah.. Aku angkat Proton Saga BLM tu pun, hanya kerana nak mudahkan kerja aku untuk bergerak dari point A ke point B. Tak lebih dari tu. Tak ada masa aku nak pakai kereta mahal-mahal. Sebab aku tahu, bulan-bulan pun kena bayar mahal-mahal. Maintainance? Haa..tu part lagi celaka. Mesti korang yang kereta mahal tu kena bayar bulan-bulan, kan? Kereta aku tu, maintainance pun..jarang lebih RM200. Kalau lebih pun, kalau wat major maintainance. Lagipun, aku memang peminat kereta Saga. Bayar bulan-bulan pun murah. So, kenapa mahu cari jalan susah sedangkan ada jalan yang lebih mudah?
Handset? Handset aku sekarang ni..cuma berharga RM58 sahaja. Masih elok. Boleh sms dan wat call. Itu dah cukup. Ada satu game percuma lagi. Game tu la aku hadap bila bosan-bosan. Dah sampai level 37 dah. Susah betul nak masuk level ke 38. Grrr..
Kekadang, mak aku marah gak. Apsal aku tak beli baju cantek-cantek. Nak pergi kenduri kahwin pun, pakai baju batik yang lama-lama aje. Asyik baju kaler yang sama. Tapi tak lusuh sangat la. Aku jaga elok baju tu. Sayang. Banyak kenangan maa. Bagi aku, tak kiralah aku pakai baju lama atau kasut ada koyak kat hujung, janji hutang-hutang aku berbayar. Orang nak kutuk ke, nak keji ke..aku pedulik apa.
“Bukan hang yang bayar hutang aku!”
Tapak kasut atau sandal dah terkopak, aku hantar aje kat brader yang rajin jahit kasut. Dah jimat banyak kat situ. Tak payah nak beli baru walaupun kekadang mak aku bising gak. Haha..
Tips nak bayar hutang PTPTN.
Masa zaman aku dulu, mula-mula aku cuma bayar RM50 aje tiap-tiap bulan. Maintain tanpa miss. Kekadang, ada duit lebih sikit..hulur gak RM100 atau RM200. Kekadang, terpaksa gak bayar RM50 sahaja bila duit macam tak ada. Tapi aku pastikan setiap bulan, aku bayar walaupun sedikit. Bab bayar ni, disiplin mesti kuat. Korang susah macam mana sekalipun, bayarlah walaupun sedikit. Insya-Allah, mungkin berkat korang tak putus asa nak bayar hutang korang tu, Allah murahkan rezeki korang..
Tapi, sejak aku kenal dunia blog..aku rajin menulis blog. Dan hasilnya diluar dugaan. Terlalu banyak tempias yang aku dapat. Dan masa ni, aku dah mula setat bayar RM300 dan ke atas pada setiap bulan. Ada satu masa, aku bayar RM500 kat PTPTN. Sebab ada duit lebih masa bulan tu. Dan akhirnya, pada penghujung tahun 2011, hutang PTPTN aku dah habis bayar.
Kesimpulan.
Tetapkan matlamat atau target korang. Usaha bersungguh-sungguh. Pedulikan pandangan orang lain. Jaga badan dan jangan lupa makan. Rehat kurang tak apa. Dan..buat kerja. Sekarang, jumlah waktu tidur aku, lebih banyak berbanding 10 tahun lepas.
Haha.. … …. Korang kata, korang takde duit. Takde masa nak bayar. Masih tak ada kerja…dan memacam lagi. Bagi aku, itu cuma alasan aje. Kita ada badan yang sihat untuk bekerja dan otak untuk berfikir. Jadi, gunakan sebaik-baiknya.
“Untuk apa badan dan otak tu. Perhiasan??”
..
…
So, usahalah cari duit tambahan.
Ambil pekerjaan sampingan. Usaha sungguh-sungguh. Masa tengah bujang tu, habis je keluar universiti, buat la 2-3 kerja. Sementara masih muda, ada tenaaga yang kuat dan masih belum berkahwin, lakukannya dengan harapan misi untuk langsaikan hutang PTPTN dan hutang-hutang lain akan selesai dengan penuh warna pelangi.
Tak pun, boleh cuba try program Jobdirumah ni.
Dah bagi beribu-ribu ringgit pada aku sepanjang aku sertai mereka. Dapat RM200-RM300 sebulan dari program ini pun dah cukup bagus apa.
Berminat boleh daftar disini –> Daftar Jobdirumah
Ps: Itu je sedikit sebanyak ceritanya. Ada banyak lagi kisah, tapi aku malas nak panjangkan lagi artikel yang memang dah panjang ni. Semoga terhibur.
44,455 total views, 1 views today
nama pun hutang mesti nak kena bayar,
Paman kau ni orang jawa ya hehe
satu review usd300..pehhh..kencang yaa amat….mmang gigih..semangat kena tggi nak bayar abis ni..hoho
dulu je selalu dapat.
sekarang ni dah kurang dapat.
HOho..
Bagus tips2 bayar hutang PTPTN yang dikongsi ni..
Respect! Lu mmg patut jadi contoh utk budak2 muda skrg…
Aku memang suka entri ko ni..memang terbaik bro..no wonder ko berjaya..disiplin kuat..yang kat luar sana tu asyik complain je.
moral yg saya dapat, dapat duit sikit – bayar hutang pun sikit. dapat duit lebih – bayar hutang pun kena lebih.
mcm saya nih, dapat duit lebih – bayar hutangnya pun sama mcm dpt sikit juga… bila nak habis? huhu~
tak per. akan berusaha lagi dan lagi~
kena displin kan diri tu..
Emm terima kasih kongsikan..saya kena buat mcm ni gak..ada duit ke tak ada, tiap bulan memang kena bayar gak…dah 2 bulan tak bayar ptptn..sebabnya nak pakai duit..kalau ikut2 bukan penting sangat pun duit yang dipakaikan tu..hold dulu pun tak apa..sebabnya kurang disiplin dan didikan nafsu yang tak berapa nak tegas..insyaAllah bulan depan akan byr walaupun susah dan liat mana pun nak bayr..
hang ada hutang dengan ptptn ka?
Terbaik.. langsaikan hutang baru hati senang
salute cara kau…terima kasih…boleh jadi teladan pada aku…
Cayalah. Teruja baca pandangan bro pasal proton saga sedang org lain duk hentam proton skrg ni. terbaik
Err..proton ke ptptn ne? 🙄
cukai-cukai hahaha
Tahniah…. Bukan senang nak habiskan bayar hutang PTPTN… Bro Titan antara yang terbaik… 😉
memang bagus panduan ko ni bro…
memang yang penting tu displin.. aku ni lambat nak abis sebab zaman2 awal dulu tak displin.. insyallah tahun depan aku mampu selesaikan
Ko memang rajin n pandai manage duit bro..aku respek ko 🙂
LOL thanks kongsi. Kalau hutang RM18000 setahun camner nak set target. Target lari. Sampai ke tua ler membayar hutang. Peningkatan hidup takde. OKAY SAYA TAK HABIS BAYAR PTPTN. Sebulan RM600…. giler tak?
boleh je.
usaha itu tangga kejayaan.
bagus dikongsikan entry ini kepada mereka-mereka yang liat utk membayar balik hutang PTPTN…
calon-calon pembayar PTPTN sila dan jangan tak baca ni…..takde yang mudah…
perghhhhhhhhhhhhhhhh!
cerita lu ni mmg benar2 terbaik…gua rasa, tak ramai org kita yg macam lu ni..jd tak sia2 gua cakap lu ni mmg genius…
ramai student yg suka bergaya tapi duit takde…adeh…
usaha usaha dan usaha
thanks en titan…blog ni mmg best!
Nak kena ada disiplin yg tinggi kalau nak hutang abis cepat
pergh! menarik kisah nie.. aku nak bayar ptptn pun tak tahulah bila, kerja pun belum tentu dapat..
Walaupun post ni cerita bab ptptn, tp part buat duit tu menarik perhatian aku. Haha. 😎
p/s: Aku masih terus setia membayar, huhu
terbaik bro..
Apa yang ditekankan. tetapkan matlamat.. pasti tercapai..
nak seribu daya..
gua bukan nak tipu..gua memang respect sama lu bab ni..lu memang hebat..gua harap lu tolong bayar hutang gua sama..tapi bukan hutang ptptn la :p
Aku x pinjam ptptn..so xde pengalaman nak share..tapi aku ada pengalaman sangkut kat level 37 tu..mmg celaka..lama betoi sangkut..smlm baru lepas level tu…
Aku sebenarnya sedar awal-awal bahawa “Aku takkan masuk U atau Poli ke Kolej, dan aku ada sebab.”
Sebab utama:
1. Aku nie bodoh sangat, malas nak sambung belajar walaupun aku ada sijil di Sekolah Teknik dulu.
2. Aku tak mampu tanggung duit PTPTN & duit bapak aku.
3. Kalau fail kena bayar balik.
Lebih baik apply koje Gomen, dah terjamin. Tak pening nak sambung belajar.
P/S: PTPTN kan adoooo hahaha
pergghhh,, sunggh sentap bab tak disiplin,, i dont have ptptn to pay but i dont appreciate the allowance given,, dok asrama main blog ngn fb je,, sobsss
Encik Ahmad, berapa total hutang PTPTN anda yang berjaya dibayar tu?
maaf saya tak dapat semak kat artikel di atas
aku tak habis bayar lagi ni, 2,3 tahun lagi kot baru habis, hehe
Tabik spring cara lu manage duit utk settle kan hutang PTPTN tu. Bukan semua org boleh buat cam lu. Well done. Errr dah masuk level 38 tak?
setat?
Hahaha. Lawak-lawak. Ini baru dikatakan super human.
Memang Terbaik! (Y)
Saya doakan Encik Titan serta keluarga semakin kaya, berjaya dan bahagia selalu.
PS: Kalau buat buku kisah hidup Encik Titan, saya yakin ramai yang beli. Percayalah! 😀
Kagum dengan bro..memang tabik spring..nampak gaya nak kena praktikkan tips bro ni untuk “Hutang Personal Loan kawin” gua yang sampai skang tak abis bayar..Hehehe
Syabas, tuan memang kuat pegang amanah. Jika diri dah beramanah hutang pada siapa saja akan pulun bayar sampai habis…ciri-ciri ahli syurga tu, Insyallah!
Saya respect lu!!!! Lu alumni UMS yang patut gua contohi…
Secara peribadi aku sangat suka dengan artikel motivasi ini. Terbaik bro 🙂
Memang boleh dijadikan panduan ni bro.. Terbaiklah.. Kagum jap.
saya sedang cuba utk habiskannya… 😡
Hebat la en.titan. Memang kagum dengan en.titan. Boleh dijadikan panduan kepada mereka-mereka yang baru tamat belajar dan nak bayar hutang PTPTN. TQ bro.. 😛
Alhamdulillah ada point yang menarik untuk aku gunakan dalam proses aku menyelesaikan hutang piutang aku.
Terima kasih untuk tips dan pengalaman yang kau kongsikan ini.
mmg tabik spring kat nko la dik..!
kalau la semua anak bangsa melayu terutamanya mcm nko..
hurrrmmm…
senang je nak bayar hutang.. bukan susah pun.. apa raaa diorang ni
Ok, lepas dah baca keseluruhan entry ni, semangat mula membara untuk membayar secara konsisten.. Pernah dalam 1 tahun byr ikut perjanjian, lepas tu terskip sebab ada masalah, at last hutang bertambah balik.. Frust sebab selama setahun dok bayar cuma bayar untuk kos pentadbiran yang 4% tu saja..huhuu
semangat hbskn hutang..bgs2.. lps hbs hutang mmg lega rasanya..
kes mcm saya juga byr ikut mampu..RM30 pn pernah…. cukup byr interest je…haha…yg penting rekod bayar ada..disiplin la tu
mcm mana nak buat dgn blog..tologggg
berapa total pinjaman?
Atas situasi, i pun nak apply ptptn. bukan semata2 sebab financial je,
ada lah tentang hal lain. banyak jugak dengar pasal PTPTN. Naik takut jadinya,. so, tengah fikir ni. worth it ke amek ptptn dan nak tahu berapa u pinjam dlu ?
saya pun dah habis bayar. hidup gembira tanpa hutang PTPTN 🙂
bila la nak start bayaq ni … 😥
Fresh grad kena ikut tips ni.
respect sama bro, dah habis bayar, sebulan RM500 macam bayar kereta.
10 kerja tu memang jarang orang buat, atau lebih tepat lagi tak sanggup buat.
Sy pon pinjam PT ni..
Dah nak habis belajar, lepas ni kena bayor..
Terima kasih tips2 tu cikgu..
Harap2 disiplin nak bayar hutang
semangat sy tgk ni! 🙂
tak sabar nak habiskan bayar ptptn.
ye betul, jangan miss bayar..
best nmpk pengurangan tiap bulan..
rasa boleh habis cepat.. hehe
thanks for the tipss . sye nk tnya, andai kata sye sambung blja, perlu ke tidak sye hntr borang tangguh bayaran balik tu??
Nk byor tapi pitih dok cukup sokmo setiap bulan.
Steady Bro Titan,teringat zaman saya mula² menapak nk idup di bandaraya besar KL penghujung tahun 80 dulu..sedikit sebyk mmg sama cm kisah Bro..
awal sem dulu apply juga ptptn ni. Tapi xdan pinjam banyak sebab dapat JPa.. 🙂
Jobdirumah boleh percaya k? Cm berminat nk try…boleh wt bayar hutang..
setakat ini boleh percaya.
boleh cuba kalau betul-betul berminat.
Aku memang percaya cerita ni sebab adik aku pun buat style sama.
Satu benda yang orang selalu miss pasal bayar hutang dengan PTPTN/ bank ni adalah jika ditetapkan bayar RM50, even ada durian runtuh RM1000, RM50 jugalah dibayar pada bulan tu.
Memang murah rezeki titan. Aku masih ingat lagi dulu menulis untuk Yahoo, senang2 je dapat USD1k, sekarang dah berubah. Haha..
Job menulis ni sentiasa ada ada, cuma skil kena tingkatkan lagi. Jangan kata English, job menulis dari Malaysia pun aku dapat ribu tiap bulan, semua dalam bahasa Melayu. Syaratnya rajin mencari peluang kerja menulis. Jangan tunggu peluang datang sebab itu mengarut.
Salam.
Nak share sikit pengalaman.
Dulu masuk U, org PTPTN dah ready letak borang atas meja…kita ni budak2 intake baru (kebanyakan bukan org senang) sume kena duduk dlm dewan isi borang PTPTN, kalau tak isi..boleh sila balik rumah tak payah masuk U. Gila ke mak ayah dah hantar utk register dgn penuh harapan ko nak balik. Org PTPTN pun brief sikit2 pasal pinjaman ni, nak tolong la, nak membantu la, bla bla bla…. mase tu zaman internet tak mcm skrg nak2 budak dari kg. Budak2 bukan tahu ada pnjaman JPA or MARA yg jauh lebih baik. So bila dh habis belajar ramai yg terkejut dan menyesal. SEBAB APE? Sebab PTPTN punya RIBA/INTEREST bukan main tinggi, tambah lagi CAS PERKHIDMATAN sebulan yg tinggi?? Bayar lebih interest + cas perkhidmatan dari pricipal yg kita pinjam. #$%^&*?! SEBAB TU LA Byk yg berputus asa bayar. Interest setiap bulan siap dgn Cas Perkhidmatan mcm tu mmg CEKIK DARAH lepasan pelajar U yg terkena dgn PTPTN ni!!
Ni bukan soal disiplin. Saya tetap bayar. Tapi saya TAK pernah HALALkan Interest & Cas Perkhidmatan diorg ni. SEKIAN.
Nice la entry ni… tenkiu bro.. semangat truih aku.. aku baru je nak pnjam ptptn.. tpi aku ragu.. bnyk betoi spekulasi negatif yg aku dngr.. tpi skrng aku yakin dah.. ini hak aku , masa depan aku.. tankiu bnyk2 bro