Tadi..sempat mengeteh dengan kawan satu pejabat.
Semuanya sibuk bercerita tentang hal yang tak pernah tamat ceritanya.
Tentang duit tak pernah nak cukup. Tentang gaji tak pernah nak naik. Tentang harga barang naik tak pernah turun. Tentang BRIM baru dapat, terus gembira kejap. Tentang duit tepung anak dah makin meningkat harganya. Tentang tengah kumpul duit nak kahwin baru. Tentang itu dan ini. Pendek cerita, semuanya tentang duit.
Dalam erti kata lain, ini dah masuk bab REZEKI.Β Bila masuk bab rezeki, kadang-kadang orang kita ni lalai dan leka. Cukup suka bersungut, memberi alasan dan macam-macam lagi.
“Hang nak duit..tapi hang malas. Macam mana nak dapat rezeki lebih?”
“Celah mana nak cari rezeki lebih bro. Bila dah kahwin ni, serba-serbi jadi susah. Kalau wat part-time, kena tinggal bini dan anak lagi. Itu belum cerita bab masa lagi..itu belum cerita hal keluarga susah lagi..”
Itu dia. Alasan yang selalu aku dengar.
Ya. Aku tahu, itu memang alasan kukuh dan memang tak boleh dinafikan lagi. Tapi aku nak beritahu korang semua.
Itu semua ALASAN sahaja.
Kalau korang tak nak ubah nasib korang, memang macam itulah sampai BILA-BILA.Β Kalau korang tak sanggup nak ambil risiko dan sakit sikit untuk keluar dari bawah tempurung itu, memang sampai bila-bila korang takkan jumpa tempurung emas yang lebih besar dan mewah.
Sebenarnya..aku dah penat dengar macam-macam alasan yang korang berikan. Nak rezeki lebih, nak gaji tinggi, nak naik pangkat cepat, tapi usaha nak atau tak nak sahaja. Kalau rasa dah usaha bagai nak rak, apa kata korang usaha lagi sampai tercapainya matlamat dan impian korang. Jangan mudah berputus asa.
“Jadi, bagaimana nak dapat rezeki? Bagaimana pula nak menjemput rezeki yang melimpah ruah? Cuba Bro cerita sikit pengalaman bro tu..”
Perjalanan aku mencari rezeki dalam dunia blog.Β
Banyak derita dari gembira. Gembira itu hadir setelah bertahun-tahun berusaha. Senang cakap, kalau aku tak terjun dalam dunia penulisan blog ni, memang aku tak dapat apa yang aku ada sekarang. Bagi aku, menulis blog adalah “core business” aku. Menulis sudah mampu memberikan pulangan yang LUMAYAN bagi mereka yang mengetahui potensinya.
Tapi ini tak bermakna aku PAKSA korang terjun dalam bidang yang sama dengan aku. Ada 1001 macam bidang yang lain. Cuma, aku lebih selesa dengan cara aku. Mencari rezeki melalui penulisan blog. Bila dah nampak potensinya dan bila dah tahu caranya, ianya jadi lebih mudah. Cabang rezeki lebih terbuka dan lebih ramai yang berminat nak bagi rezeki pada kita. Dengan syarat, kita berusaha tanpa kenal erti putus asa.
Teringat masa mula-mula menulis blog. Memang niat nak ubah hidup. Nak lebih banyak makan nasi. Dah penat makan biskut kering cicah dengan teh o tanpa gula. Kalau dapat makan roti telur, rasa nikmat seminggu. Sedih campur ngeri juga dibuatnya. Tapi, berkat biskut kering itulah, aku nampak potensi diri dan peluang untuk dapat rezeki melimpah ruah datang walaupun kadang-kadang sakit menerpa, onak duri mencelah dan taufan beliung menerjah.. Aku pegang sendiri dengan satu kata-kata keramat yang aku karang sendiri 7 tahun yang lepas. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Dah tak terkira dah berapa kali aku nangis sebab dapat makan nasi selepas itu..
Ya. Rezeki itu 100% datang dari Allah.
“DAN DIA MEMBERINYA REZEKI DARI ARAH YANG TIDAK DISANGKA-SANGKANYA. DAN SESIAPA BERTAWAKAL KEPADA ALLAH, NESCAYA ALLAH AKAN MENCUKUPKAN (KEPERLUAN)NYA.” – At-Thalaq, Ayat 65: 3
Tapi, takkan kita hendak bertawakal, berserah dan berharap sahaja. Kena faham maksud dan konsep “tawakkal” itu bagaimana terlebih dahulu. Baru kita nampak jalannya. Kita kena buat sesuatu, ubah sesuatu dalam diri korang dan kehidupan korang. Belajar dari mereka yang dah berjaya. Cari jalan penyelesaiannya. Jika kena berguru, carilah guru yang sesuai dan layak dengan korang agar cita-cita dan impian korang akan tercapai. Jangan tunggu dan mengharap sahaja rezeki itu jatuh bergolek ke riba montel kita tu..
Orang puteh kata..
“Do something DIFFERENT. Feel the pain, trust your heart and guts. Create your own skill, believe with your potential and start do your work. Then, you can CHANGE your own world..”
Tapi masalah orang kita ni sebenarnya..
- Orang kita cepat “over-confident”. Rasa dah cukup dah tawakal tu, dah cukup dah berserah..dah cukup berharap..tapi rezeki tu masih tak datang.
- Orang kita cepat putus asa walaupun dah rasa macam sudah usaha siang dan malam. Tapi, rezeki tetap biasa-biasa aje. Tak melimpah ruah. Dengki dengan anak jiran sebelah yang jual burger sampai dah bukak 18 cawangan seluruh Malaysia..
- Orang kita mudah rasa macam dengki aje dengan rakan-rakan yang rezekinya melimpah setiap tahun..
- kenapa kena cari dan jemput rezeki? Kenapa tak biarkan sahaja rezeki itu datang bergolekkk?? Memanglah..hang nak goreng telur pun, kena gi kedai apek depan rumah dulu. Beli sepuluh bijik dulu. Baru leh wat telur goreng kicap kaw pedas meletup..kan?
- kenapa hati rasa tak tenang selalu..
- kenapa solat tidak khusyuk selalu..
- Orang kita mudah rasa bahawa setiap rezeki DAH DITETAPKAN..jadi bila dah terasa macam tu, terus malas dah nak berusaha kuat-kuat mencari rezeki.
- kenapa rasa macam Allah bersikap tidak adil dengan rezeki kita walhal ramai lagi orang lain yang lebih berjaya sampai boleh kahwin empat dan pasang banglo bertingkat-tingkat..
- dan sebagainya..
Oleh itu, aku cadangkan korang sertai “Talk Show Limpahan Rezeki” jika korang mempunyai permasalahan diatas..
Bila?
Sila hadir pada 1 Mac ini berbertempat di UNITEN Bangi. Ahli panelnya terdiri daripada:
- Tan Sri Ali Hashim β bekas Presiden Johor Corp (JCorp)
- Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (Dr. MAZA)
- Saiful Nang
- Ustaz Syaari
Program tersebut akan bermula jam 9 pagi sehingga jam 5 petang. Antara tajuk-tajuk panas dan menarik yang bakal dibincangkan:-
- Konsep rezeki dalam Islam
- Limpahan rezeki dalam bisnes di Malaysia
- Al-Fateh: The Art of Business
- How Does Giving Makes You Richer
- Mudahnya menjemput rezeki
Jika berminat, boleh buat pendaftaran disini – Pendaftaran Talk Show Limpahan Rezeki
Dalam ramai-ramai tu..aku berkenan untuk dengar cerita dari Saiful Nang. Seorang yang boleh tahan “lazer” juga mulutnya dan sangat tajam ketika menulis dan mengulas sesuatu isu. Teringin aku tahu apa peristiwa atau titik tolak yang membuatkan Saiful Nang tampak lebih berjaya pada hari ini berbanding mereka-mereka yang sama usia dengan beliau.
Ps: Dah..jom ramai-ramai pergi Talk Show Limpahan Rezeki ni. Hoho!
15,489 total views, 1 views today
Apa lagi bro, murah rezeki, jom turun Australia. π
Australia tu kat mana?
Dekat ke dengan Banting? Hehe..
Huntungg lahh duit blog masyuk.
Gua BR1M tak masuk lagi pun, nak bayaq duit blog ni haa..
kang esok tutup main blogspot ja la … lagi best, anak emas Google π
But the way, i’m totally agreed with the point. ahaks, nampak dunia blogging pun kena pandai cakap BI kalau nak advitiser datang ke kita π
Jujurnya, kita kena belajar.
Baru rezeki tu masuk dari macam-macam pihak.
Menda ni nampak remeh, tapi besar peluangnya. Orang kita nampak, tapi tak nak rebut peluang yang dah depan mata. π
do something different! aku suka tu. kebanyakkan yang berjaya ni adalah mereka yang mempelopori sesuatu bidang dengan bijak dan bertindak pantas! tak tunggu masa dah. macam hang la, laju je promote produk yang akan cepat naik. π
Haha..
Kalau dah nampak, haruslah bertindak dengan segera.
Rezeki takkan tunggu kita kejar dia. Kita yang kena rebut dan kejar.
uii, pandai encik titan mengulas, hikhik. Memang betul lah apa yang dikatakan di atas pun. Orang kita banyak beri alasan, dari melakukan, hehehe.
Ya.
Orang kita memang cukup SUKA bagi alasan. π
Pergh.. Seronoknya baca pengalaman perit jerih Cikgu Titan dalam penulisan Blog… Sehingga akhirnya dapat peluang makan nasi pada setiap masa…
Ya.
Bukan senang tu nak makan nasi setiap hari. Susah. π
menarik barisan panel yang dibawakan tapi malangnya tarikh tersebut ada halangan buat aku…keluarga harus diutamakan.
Tak apa.
Keluarga memang harus diutamakan terlebih dahulu.
Saiful Nang… x sifu photografi my sis… seorang yg tak kedekut ilmu. klu selalu dekat dgn dia, mcm2 ilmu bolah dpt. tapi biasa larr… dia jenis out spoken, dan disebabkan itu, ramai anak2 murid dia yg jadi musuh dia gak…
yup, klu ada peluang, saya pun nak join talkshow nih. sbb nak dengar talk dr saiful nang gak… cancel dah join seminar baitul muslim 1 mac nih… mungkin akan turun ke bangi nanti…
Jadi ke turun bangi hari tu?
alamak,, tak minat betul gi dengar talk,, hehe
wajib ada kahwin empat π³
Haruslah begitu.
Kahwin empat bermakna..rezeki pun munkin kali ganda dengan empat kali. haha..
best talk ni..rugi sape yang tak pergi…ilmu harus di tuntut hehe π
Hang pergi tak talk ni?
Konsep rezeki ni semakin dikejar semakin dia lari jauh dari kita. Allah dan tentukan, buat apa kita nak sampai lupa akhirat mencari rezeki. Kalau kita cari rezeki sampai lupa kepada Pemberi Rezeki, memang sampai tua la kita tak kaya. Mudah cerita, kita jaga hak Allah, Allah akan berilah apa yang sepatutnya kita perlu.
Betul.
Jaga hak Allah. Insya-Allah, Allah akan permudahkan kehidupan kita didunia dan akhirat. Mudah-mudahann..
Dulu dalam bidang wedding photography, memang Saiful Nang tu idola… Artwork Custom Album dia memang superb dan jadi rujukan untuk dapatkan idea buat album utk customer… Out spoken? salah satu karektor orang yang berpengalaman luas dan menempuh pelbagai untuk berjaya… En titan kita jer tak se ‘out spoken’ tu kan? kan?… Wish I could go and meet Saiful Nang in person… tetapi… (tak suka perkataan tetapi ni sebenarnya) belum masanya lagi kut… Memang ada aral…:)
Aku pun memang tak dapat pergi.
Ada hal kat luar negara waktu tu. π
Menarik talkshow ni,ramai yang power-power
btul3…org kita nie..sentiasa bg alasan…nak lebih..tp x nak usaha…dah bg jln….tp..x nak buat…nak yg senang je….
Bestnye kalau dapat attend talk tuh~ gaining knowledges π
setiap usaha pasti ada ganjaran
sambil usaha kena juga berdoa agar murah rezeki π
panel yang menarik semuanya tu.. Memang the best lah untuk awal 2014 ni..
semoga suatu hari saya bisa dapat limpahan rezeki dari blog juga seperti en Titan ini
Mudah-mudahan begitulah hendaknya ye.
Semoga berjaya. π
wahh..introduction yang bagus π
setuju dengan pendapat sdra.kalau setakat berangan nak kaya, semua orang boleh buat.tapi untuk usaha keras,rajin dan belajar dari orang yang berpengalaman kaya, berapa kerat je yang sanggup.Saya ada baca satu artikel tentang seorang lelaki terkaya di Asia, beliau sarankan sesiapa yang nak kaya, kena rajin membaca buku2 yang mengajak kepada kejayaan.Daripada beli benda-benda takde pekdah, baik beli buku untuk dapat ilmu jadi kaya.haa..tulah katanya.hoho.thanks for gud sharing..:)
Itulah orang kita sekarang.
Berangan memang nombor 1. π
majlis ilmu yang bermanfaat utk semua
ilmu yang sangat berguna buat mereka yg ingin berusaha untuk mencari rezeki….terima kasih
Memang banyak pengalaman bro dalam berblogging ini
menarik.. banyak pengalaman dengan berbogging ni ya. π
jemput singgah http://iluvtour.com
memang nampak rezeki sentiasa melimpah tu
alhamdulillah
Alhamdulillah.
Rajin-rajinlah kita mencari rezeki. π
menarik..tapi jauh lah pulak….hehe
ada banyak rezeki yg perlu kita syukuri..bersyukur bukan setakat dibibir yang manis..perbuatan kita juga perlu pamerkan rasa bersyukur
Ya.
Sentiasalah rajin bersyukur ye.
Dan bila ada rezeki lebih, rajin-rajinlah bersedekah. π
Emm sangat berguna ni…tapi dah tahu dah..mesti tak dapat joinkan diri..err ni bukan alasan ekk..betul2 tak leh pergi.. πΏ ..hahaha..memang perit la..tambah2 tengok orang best aje makan nasi hari2..kita ni cicah biskut dengan teh o ais aje..dari kesusahan itu akan timbulnya rasa kuat untuk sikit2 berusaha mencari tempurung emas dan mewah tu..hehe
Hang tu, datanglah sekali sekala ehh..
Aku rasa macam nak pergi talk ni.. tapi kena double check timing dulu. Panel semua dah hebat sangat dah tu. Rugi plak macam tak pergi.
Jadi ke hang pergi talk ni?
Kalau aku kat malaysia, memang aku pergi rasanya.
Tengah mencari alasan untuk berjaya.. doakan saya.. =)
http://www.momsavenues.com
Ohh..
sampai kena cari alasan rupanya. Hehe.. π
Yakinlah rezeki Allah ada di mana-mana..InsyaAllah..
SEPANG & NILAI
Mudah sebenarnya nak buat duit melalui blog, yang sukarnya nak jana wang ribu-ribu sebulan. Kalau setakat RM200-300 sebulan ok la..hehe