Aku baru balik dari melancong dari Jepun.
Melancong yang dipaksa-paksa. Bukan kerana kerelaan sendiri.
Akibatnya, penat melanda sampai boleh sakit seminggu lamanya.
Demam, selsema dan batuk.
Keh, keh, keh. kong, kong, kingkong!
Memang sakit jiwa. Aku rasa ramai antara korang sudah tahu hampir setiap tahun aku memang akan kena sakit 3 serangkai nih. Setahun, biasanya ada 2,3 kali memang akan kena. Mungkin ini salah satu caranya untuk membayar dosa-dosa yang pernah aku lakukan selama ini..
Dalam seminggu dua ni..semua kerja advertorial dan review artikel tergendala. Aku minta maaf sebab tak sempat bagitau korang semua tentang kerja-kerja yang bakal terbengkalai. La ni, baru ada kekuatan dan contact sorang demi sorang. Kena plak..hari ini baru dapat line internet. Sebelum ini..susah betul nak online guna laptop ni. Jadi, sempena line tengah laju sikit ni..aku update seperenggan dua untuk santapan rohani korang yang selalu rindukan ayat-ayat merepek aku itu..
Ya..
Aku kongsikan juga buah tangan ini untuk korang. Korang selalu datang nak tengok benda ini, kan?
Yang lain-lain, aku tunjukkan lain kali.
La ni, sibuk sikit.
Tapi inilah hasilnya apabila kita benar-benar “BUAT KERJA” walaupun hampir dekat 1-2 minggu aku tak menulis sangat. Hasil tetap ada. Penangan kitab Teknik SEO Merah Jambu bukan sahaja benar-benar membantu aku. Tapi aku yakin telah banyak membantu mereka-mereka diluar sana. Sampai ada satu mamat ni..dia dah potong “LINE” aku untuk sesetengah program affiliate yang selama ini aku pegang.
Demm sungguh.
Tapi itulah akibatnya bila kita “BERKONGSI” teknik RAHSIA kepada orang lain. Sekurang-kurangnya, aku mampu tersenyum dengan apa yang aku kongsikan itu DAPAT membantu rakan-rakan yang lain.
Ps: Jap lagi, nak pergi jumpa Doktor FL kejap. Dia dah call suruh datang cepat. Katanya nak belanja aku “baby lamb chop”..
7,528 total views, 2 views today
Welcome bacak bro ! Welcome
hohoho datang balik dengan baby lamb chop pulak tuh
aku la tuu.. doktor Farz Li… kate hang yang nak banjer kan, kan ? 😛
Ehhh sama pulak kita sakit ekk..
Kalau macam tu leh le suruh doc FL belanja makcik beg besar sekali..boleh kan kan..:)
makcik beg besar la kena belanja kami berdua duluuuu.. 😆
cantik buah tangan bro…cerita la sikit pengalaman kat sana…heee
tengah kumpul duit nak beli kta merah jambu ni.. 😳 😳 😳
terbaiklah bro, dapat hasil walaupun diam, best plak aku rasa dengan blog ni, hehee
kalau tak best..
dah lama aku bersara dahh.. 😈
Gua doakan lu cpt sembuh. Itu ajerlah nak komennye. 😉
haha..gi Jepun jumpa doraemon rupanya..hoho..harap jangan potong LINE gua juga..
memang kencang bulan April lu..:P
aku doakn semoga kau cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Eh, baru balik dari Jepun kena buat entri bahasa Jepun la. kah kah
aku setuju tang BERKONGSI RAHSIA tu. kadang kita rasa sampai mengganggu periuk nasi kita jugak. memula rasa macam menyesal pun ada. wahahaha. tapi lepas tu kita sedar, rezeki masing-masing. 😎
Patutla timeline senyap jer 🙂
Nak belanja baby lamb chop? nak sikit. haha
Masyuk selalu dengan incomenya
Sahaja bikin panas. 🙂
Wah… sifu tetap kedepan… bro ada point yang tak highlight ke dalam kitab pink tu? hehe
Tapi memang menjadi mantera dalam kitab merah jambu lu bro… betul2 guna kita lu untuk satu program buat duit saja dah cecah 4 angka income bulan april… average 3 angka sebulan…
Syukur kepada Allah, bro dikurniakan ilham untuk mengarang kitab sebegitu… yang penting ringkas, mudah dan boleh buat segera…