Hah..
Apa pasal la pulak kena buat apa yang orang lain tak suka buat plak?
“Lu dah gila ka bro?”
“Lu memang suka cari pasal, kan?”
“Kenapa saya kean buat apa yang orang lain tak suka buat?”
Dan memacam lagi persoalan bila aku berbincang tentang “isu” ini.
Jawapannya mudah.
Bila kita bercerita tentang buat duit, tentang cara nak dapat sales, tentang cara nak jadi promoter yang berjaya menghasilkan ribuan ringgit setiap bulan dan yang sama waktu dengannya..
kita kena MAHIR dan MEMAHAMI mengapa orang lain tak suka buat. Kita kena tahu mengapa orang lain tak nak buat benda tu. Kita kena dalami konsep mengapa orang lain tak nak guna teknik ini..dan kita kena tahu mengapa orang lain atau diri korang sendiri tak suka buat macam itu..
Contoh.
Bab nak bagi contoh ni..tak yah pergi jauh sangat. Bagi diri sendiri sahaja sebagai contoh.
Aku tak suka minum susu. Dan dalam kes ini aku adalah prospek. Dan aku tahu, ramai juga orang lelaki dewasa diluar sana yang tak suka minum susu. Termasuk jugalah makcik-makcik dan anak dara diluar sana yang cukup benci minum susu. Jadi, nampak tak.
Keywordnya.. tak suka minum susu.
Jadi..sebagai jurujual atau agen promosi yang berkaliber dan gagah perkasa. Walaupun korang sendiri mungkin minum susu setahun sekali atau minum susu hari-hari setiap malam..korang kena ada skill promosi yang tak terkalah untuk memastikan orang lain berminat nak minum susu.
Dan sebagai jurujual..sudah pastinya korang mesti juga tahu akses kepada susu-susu yang digemari ramai dan juga berpotensi untuk menarik minum susu.
Dan sebagai bukti kukuh kepada cerita hari ini.
Mak aku dalam kes ini adalah jurjual atau promoter, Mak aku TAHU BENAR aku tak suka minum susu. Nama pun mak, kan? Takkanlah tak kenal selera anak sendiri. Sejak kecil lagi..kalau mak aku paksa aku minum susu..mesti susu tak habis. Kalau tidak pun..aku akan berpura-pura minum susu. Mak aku pandang tempat lain..aku tuang susu bawah meja. Akibatnya..jenuh kena marah dengan mak sendiri sebab buang susu kat bawah meja. Punyalah benci aku dengan susu masa tu. Walhal masa jadi bayi dulu..itulah makanan dan minuman feveret aku secara tidak rela..
Jadi..sebagai promoter yang tidak ada degree dalam marketing, mak aku cuma tukar susu yang berpotensi untuk menaikkan selera aku dan juga menarik minat aku untuk minum susu.
Apa yang mak aku buat?
Beli vitagen.
Vitagen juga merupakan keluarga susu. Salah satu aliran susu yang cukup popular bertahun-tahun lamanya. Sejak bila Vitagen masuk ke pasaran Malaysia, aku tak tahu. Yang aku tahu..sejak kecil sehinggalah hari ini, memang aku cukup suka minum vitagen. Susu vitagen sangat sedap. Siap ada warna yang berbeza-beza. Rasanya pun memang ngam dengan tekak aku. Jadi, tidak hairanlah baik dari kanak-kanak atau orang tua..semuanya suka minum vitagen.
Dan sejak hari itu..mak aku dah tak bancuh susu tepung lagi dah. Beli aje vitagen setiap minggu. Of courselah tak dapat hari-hari sebab benda bagus, memang harganya mahal. So..dapat seminggu sekali dah cukup hebat dah bagi aku.
Disamping itu..mak aku buat teh tarik, nescafe susu, kopi susu, sirap bandung, oren bandung dan segala benda yang boleh dicampurkan dengan susu untuk tarik perhatian aku AGAR TETAP juga minum susu. Maklumlah..aku kan kanak-kanak yang sedang membesar dengan gagah perkasanya. Jadi, mengikut pemikiran mak aku, SUSU ini wajib untuk anak-anaknya.
Jadi..susu dah jadi rutin dalam hidup aku sejak kecil WALAUPUN hakikatnya aku cukup tak suka.
Mengapa aku boleh suka minum susu?
Warna susu secara rakusnya adalah PUTIH. Aku memang benci betul minuman yang warnanya putih sahaja. Mungkin mak aku sedar yang warna itu memainkan peranan untuk tarik perhatian tekak aku. Jadi..dia belilah vitagen, dia buatlah air teh tarik, dia buatlah kopi susu, dia buatlah nescafe susu..dia buat sirap bandung..
dan akibatnya..aku boleh dikatakan secara teknikal SUKA MINUM SUSU.
Matlamat mak aku tercapai dengan bijaksananya.
Anak terus sihat dan jadi gagah perkasa dan digilai oleh ramai gadis-gadis comel setiap masa.
Apa kaitan dengan nak buat sales?
Secara mudahnya, untuk buat sales..kita mesti tahu banyak ilmu pengetahuan, kita kena tahu trend semasa, kita kena tahu apa yang orang suka dan apa yang orang tak suka dan kita kena tahu apakah MASALAH popular yang melanda dalam kehidupan kita.
Senang cakap, ada masalah..ada kebencian..disitu ada PELUANG untuk kita buat sales.
Contoh lain?
Aku tak suka menulis blog. Aku tak suka menulis karangan waktu UPSR dulu. Aku tak suka menulis. Aku lebih suka mewarna. Aku juga tak suka nak fikir 4 isi yang diperlukan untuk membuat karangan ketika disekolah. Aku tak suka buat benda yang menyusahkan otak aku untuk berfikir. Aku suka tidur, aku suka duit. Aku suka jajan. Aku suka air gas. Aku suka ding dang dan tora. Aku suka makan cendol. Aku suka gadis-gadis comel. Aku suka jadi orang malas.
Jadi..macam mana aku boleh pula MULA rajin tulis blog, boleh suka mengarut dalam artikel dan boleh plak ada beratusan blog?
Sebab aku nak duit. Duit boleh bantu aku dapat apa yang aku hendak walaupun hakikatnya untuk dapatkan duit itu aku TERPAKSA buat apa yang aku tak suka.
Lumrah alam, bila lama-lama kita BUAT apa yang kita tak suka..lama kelamaan, kita akan mudah JATUH CINTA dengan apa yang selalu kita lakukan.
Trust me. Aku adalah bukti hidup untuk konsep buat apa yang kita tak suka atau buat apa yang orang lain tak suka buat.
Contoh lain lagi?
Ada orang tak pandai jahit baju kurung.
Jadi, ada orang nampak potensi untuk buat sales disitu. Jadi, ditulisnya dan divideokanlah Panduan Belajar Jahit Baju Kurung.
Maka, berdoyon-doyonlah makcik-makcik dan anak dara pipi merah jambu membeli dengan rakusnya..
Kesimpulan.
Buat apa yang korang tak suka buat. Sebab, kalau korang tak suka..ada berjuta orang lagi yang mempunyai perangai yang sama dengan korang. So, tackle mereka, attract mereka, kejutkan mereka, momokkan mereka, umpan mereka..ngorat mereka dengan teknik promosi yang aku dah bagitau hari ini.
Baca lagi kisah lain dalam kitab Teknik SEO Merah Jambu untuk belajar dan memahami konsep untuk buat sales dengan lebih terperinci. Mudah-mudahan kitab yang biasa itu dapat membantu korang buat sales PERTAMA dalam hidup korang.
Dah.
Itu sahaja.
Semoga terhibur.
Ps: Ya. Ayat berterabur sikit. Tapi biarlah..malas nak betulkan. Pepandailah korang adjust sendiri.
8,519 total views, 15 views today
Merapu ke apa yang kau tulis. Tulisan kau tetap sampai kat jiwa. kalau jadi ahli politik memang byk pengikut ni.he..he..he..walaupun sibuk dengan majlis kenduri, sempat buat artikel. Terbaik..
haha..
buat artikel mengarut, takdelah susah macam kena bina twin tower petronas tu. 😈
jauh sangat twin tower dengan menulis artikel..tapi artikel ini memang menusuk hati
Belajar ngorat lepas ni.. InsyaAllah.. 😈
haaa..
nak ngorat siapa tuuu..
aku pom x tahu kenapa ramai yg x suka minum susu…aku suka giler kot susu ni..tp susu segar lah…hehe
susu tepung bancuh..memang aku tak suka sampai sekarang.
haha.. 👿
susu sedap apa…. isi tersurat dan tersirat nasib baik den paham 😀
cikgu-cikgu takkan la tak pahhhhaammm kannn.. 😆
Betul jugak ya. Cari peluang di tempat yang tak terfikir.
Haa..
tau takpeeee. keh keh kehh.. 😈
yep, betul … nak berjaya ..kadangkala perlu buat apa yang orang tak mahu buat … ada rahsia di sebalik kitab seo merah jambu tu 🙂
takde rahsia.
Yang ada..ramai orang tak tahu lagi apa yang ada dalam kitab tu. haha
Memang best baca artikel ni
terima kasih sebab rasa best. hehe
Nampaknya kena paksa diri untuk suka perkara yang tidak suka.
Kalau serius, memang kena paksa.
Semua jutawan memang macam tu. haha..
the best is action. ramai yang cakap nak duit tapi tak ramai yang bertindak. ni kes nak buat benda yang diorang suka je lah ni.
Aku tak terhibur, tapi aku teruja, macam ucapan seorang motivator secara bersahaja, memberi semangat kepada anak didik. 😀
lepas ni entri mesti lagi mengancam..dah ada bini la katakan..muaaahaha
Assalammualaikum…bro titan,
Perkara yang tak suka tu.. sebenarnya lubuk duit bro… yer tak?
mselim3
pls: datang daripada blog faizal…
Tahniah saya ucapkan…semoga berbahagia bersama pasangan dan keluarga. memang jiwo blogger..sempat buat artikel lagi walau menyambut hari bahagia.
dah ada bini nie lain macam sikit..
tahniah… semoga bahagia ke anak cucu.. 😀
honestly suka giler entri yang ni sebab kena dengan jiwa FA.haha.banyak yang sama.adoi..hehe 😈
aku dah tak adjust apa2 dah ayat2 kat sini
semua boleh difahami seadanya…
salah seorang yang tak suka minum susu dan air dicampur susu..kalau vitagen sampai berebutlah dengan anak…kena fikirkan dari luar sikit untuk teknik pemasaran produk.
Dah kalau tak suka jangan dipaksa, memberontak nanti hahaha
Ape pun sesuatu yang membuka mata. 😯
Panjang berjela ayat dikarang, ada lagi yang tidak faham amat susahlah nak dapat income.
terbaik…
memang antara startegi marketing.. banyak aku kena belajar lai…
Emm terima kasih atas perkongsian yang berguna ni…