Hmm..
Bulan Disember tahun 2014 ini sebenarnya adalah antara bulan yang paling SIBUK dalam hidup aku.
Maksud aku, sibuk dengan aktiviti online aku yang dibawa ke alam offline.
Aku terlibat dengan beberapa “kelas” RAHSIA yang tak dapat aku kongsikan disini. Maklumlah..dah nama pun rahsia, kan?
Takkan la akuk nak derhaka pula.
So, apa yang aku boleh cerita tentang apa yang berlaku pada bulan Disember yang meriah ini?
IKR Gathering 2014
Ya.
Aku terlibat sebagai salah seorang yang meraikan dan meramaikan “gathering” ini.
Aku kenal IKR (Info Kerjaya) ni sejak tahun 2009. Ini bermaksud, aku dah kenal Muaz Hadi ni kira lamalah jugak. Termasuklah Ikhwan Fahmi dan Syed Faiz. Tapi secara online ajelah. Nak bersua muka tu, memang tak pernah. Jadi, bila Geng IKR ni buat gathering, memang aku bersemangat jugaklah nak pergi.
So far, ingat nak bawa bini pergi sekali. Tapi tak dapat sebab bini dengan rakan sekerja diorang pergi ke KL untuk mencukupkan ruang meja kerana syarikat tempat bini aku kerja ni menang award tahun ini. Menang award apa, aku tak tahu. Cuma aku tumpang bangga ajelah.
Jadi, bini aku gi event dia. Aku gi event aku. Naik kereta lain-lain. Tapi aku sampai Banting dulu. Bini aku dah petang barulah nak sampai kat KL tu. Entah siapa yang drive, aku tak tahu. Haha..
Berbalik kepada IKR Gathering nih..
Apa yang aku dapat dari IKR Gathering 2014?
Banyak.
1. Dapat jumpa ramai orang.
Dapat jumpa dan borak kejap dengan ramai orang terutamanya orang-orang lama dan top affiliate yang lain.
Muaz, Sham Raja Adsense, Ikhwan Fahmi, Zeo Unic, Akma Omar, Pendekar Berkuda, Jamal Sifufbads, Prof Hariz, Tok Puteh, Zul Smartusaha dan macam-macam lagi. Termasuk juga dengan Top Affiliate yang lain. Talk dari mereka memang “OPEN” habis. Majoriti strategi diberitahu secara terus terang walaupun aku tahu, bab-bab teknikal dan taktikal tu..diorang tak terang habis. Haha..
Maklumlah, bab teknikal dan taktikal tu, memang susah sikit nak terang pakai mulut je.
Kena dok depan laptop, baru leh dok gebang rahsia segala bagai tu.
2. Perkongsian ilmu dari Top Affiliate IKR 2014.
Haa, ini part yang penting gak. Aku rasa, ramai orang datang ni pun sebab benda nih.
Berbeza sekali dengan niat aku yang cuma sekadar nak jumpa orang aje.
Walaupun semua teknik dan strategi yang diorang buat tu hampir 100% aku dah tahu. Tapi sekali-sekala, dapat refresh semula ilmu yang kita dah belajar lama-lama dulu, membuatkan diri ini terasa masih banyak benda yang perlu dipelajari dan masih banyak benda perlu dibuat untuk mengemaskinikan diri sendiri dengan ilmu dan skill yang lebih berguna untuk memaksimakan pendapatan sampingan melalui internet ini.
Ternyata, penangan blog dan email marketing benar-benar banyak membuka mata ramai orang berminat untuk terjun dalam dunia affiliate sekaligus untuk LEBIH serius buat duit dengan affiliate terutamanya affiliate dalam niche kerjaya.
Tersedak air mineral gak bila nama aku sendiri “NAIK” bila ada panel sebut-sebut nama aku.
Haha..
“Naik gak rupanya..haha” sambil tawa aku sendirian di belakang.
“Takpe bro..itu namanya PROMOSI percuma.” jelas satu suara dalam hati aku.
3. Berjumpa juga dengan pengamal kitab PINK dan pembaca blog sendiri.
Ya. Ramai juga yang tegur dan beritahu bahawa mereka adalah antara pembaca blog aku.
Ada yang baca blog ini dan ada yang pernah baca blog lagenda aku iaitu Earncent.com tu..
Haha..
Terharu dan bangga sikit la juga. Maklumlah, aku tulis blog dulu memang fokus untuk buat duit saja. Tak sangka, ramai gak yang membaca dan “follow” blog merepek aku ni dari tahun 2007 lagi. La ni, ada antara mereka yang dah jadi pakar dan siap jadi panel kat seminar pun ada. Yang bagusnya, mereka tak kedekut ilmu dan menhargai usaha-usaha orang-orang lama yang dah penat lelah mempromosikan affiliate untuk pasaran tempatan.
Alhamdulillah, ramai bukak mata dan telinga dan ramai juga yang dah “TAKE ACTION” untuk mula serius tulis blog sambil CUBA serius dalam permulaaan buat duit dengan affiliate menerusi platform blog.
4. Kad nama.
Aku tak ada kad nama. Dulu ada, tapi entah kat mana aku letak.
Seriau gak bila ada yang mintak kad nama.
Tapi, jawapan aku ringkas. Aku memang malas dah nak pakai kad nama.
Jika nak tanya aku apa-apa, boleh hubungi aku diruang contact. Nak bagi job ke, nak mintak aku tolong promosikan produk ke, nak aku cerita tentang produk baru korang ke..hubungi aku melalui ruang contact yang dah aku sediakan dalam blog ini. Dari situ, barulah korang boleh dapat nombor contact aku. Nak call ke, nak ajak jumpa ke..masa itulah.
Bukan aku menidakkan fungsi kad nama, cuma aku lebih selesa begini.
Haha..
Kesimpulan.
Majlis IKR Gathering 2014 ini nampak cantik.
Flow dia memang terbaik walaupun terpaksa mendengar perkongsian ilmu awal pagi begini.
Tapi, kalau masa kat sekolah dulu korang boleh pergi sekolah waktu pagi-pagi dan dengar cikgu berceloteh cerita tentang matematik dan grammar sejak pukl 7.30 pagi lagi, takkanlah korang tak sanggup datang untuk dengar perkongsian ilmu yang datangnya dari mereka yang cukup pakar dalam bidang masing-masing?
Kalau kat sekolah dulu sanggup, kenapa sekarang tidak sanggup?
Nak buat duit BANYAK, kita kena usaha.
Nak usaha, kena usaha sungguh-sungguh.
…
….
Overall, bagi aku ini satu kejayaan besar bagi pihak Muaz sebab berjaya anjur gathering ini. Walaupun nampak ringkas, tetapi PADAT dari segi pengisiannya. Dan ini juga kali PERTAMA aku dapat jumpa “EVENT” yang cukup bermanfaat ini.
Aku harap, akan ada “gathering” macam ini dalam 2 tahun sekali. Nak buat tiap-tiap tahun, dah macam geng Denaihati Network plak.
Tapi kan, kalau buat tiap-tiap tahun pun, OK jugak sebenarnya.
Aku tak kesah.
…
….
Sebab orang hensem dan genius macam aku ni memang boleh masuk kat mana-mana geng.
Haha.
…
….
…..
Dan, gathering ni takde cendol.
Demm..
Kredit gambar – Pendekar Berkuda.
11,061 total views, 1 views today
maaf kita orang lupa nak sediakan cendol masa gathering hehehe.
ehhh tak kan makan cendol jer kot? hehe – kedaionlinemy.com
Memang best gathering IKR ini. Untung mereka yang sapu cukup-cukup. Saya nampak timing yang tepat memang habuan akan dapat. Alhamdulillah balik dari IKR terus buat apa yang dikongsikan tetapi bukan free keluar modal untuk melanggan sesuatu servis. 🙂
nak komen nak bagitahu saya baca dari awal hingga akhir,, huhuu
Akak pun baca A 2 Z tanpa tertinggal 1 pun
bila jumpa semua rahsia akan tahu walaupun tak semua tapi perkongsian baguskan
gua tak nampak gambar cendol…ohoho..takpe..gua makan cendol kt umah orang kawen je..memang sedap..ahaha
Ruginya saya tak dapat pergi ke Gathering IKR… Tuan Zul dari Smart Usaha yang gantikan tiket saya pergi ke sana..
seronok bile dpt jumpe rakan2 maya dalam majlis mcm ni…
seronok bro dapat jumpa kawan-kawan
erghhh… tak berani nak dekat depa kalau masih baru2 jadi blogger ni…
dari atas sambai bawah
tertunggu2 aku nak tengok gambar cendol
haha
tak ada la pulak
Da memang xde..
So..takde la gambarnya.
ok, menarik menarik, lain kali kena pegi nih.
Cam seronok je ni en.titan..hehe
seronok dapat berkumpul ramai-ramai…
memang sempoi la bro titan…..best dpt kumpul ramai2.
memang seronok gathering camni..selain dapat jumpa kawan-kawan yang penting dapat tambah ilmu 🙂
wow lineup yang ada pun power
Pertemuan di even begini spt IKR Gathering memang cukup bagus, dapat bertukar info bagaimana mereka dapat income yang mencanak dan masyuk sepanjang tahun 2014 ini. Jelous gua dgn income yang mereka semua dapat.
Terbaik IKR, baru jer start join… Belum ada apa-apa lagi.. Tapi yak in tengok orang lain berjaya… Jump bro di seminar Iagend Nanti…
Ohh..
Gi ye seminr lejen tu.
Leh la jumpa kat sana.
Tak lama lagi sifu faizal bakal jadi mainstream blogging consultant nih.. keep it up!
Haha..rugi sangat tak dapat join seminar ikr ni..belum ada rezeki ha..haha..
Amboi..trend seluar lipat kaki ekk.. 😈 kiut sangat..hahaha
Ehh..
Gua memang kiut la.
seronok gak jumpa lejen affiliate kat situ…
p/s : gambor last tu adik prof hariz yang kendid… (^_^)
Ohh..
Budak tu yang candid ye..
gathering terbaik.. kalaulah ada masa nak pergi sna.. huhu..
otai-otai affiliate berkumpul..
pasti banyak ilmu dikutip kat situ
bila nak approve akak melanggan tips by email ni sifu… dah lama dah daftar…
Benda tu tak perlu approve la.
saya je yang tak tulis apa2 lagi nih. Haha..
Sebab tu tak dapat emel lagi.
seronoknya. semua otai-otai tue. gulp!!
Bestnya gathering IKR macam ni. Bukan selalu, boleh kongsi2 ilmu walaupun ada yang tersirat tak dapat dibagitau..haha aku masih samar samar tentang taktikal ni, tengok cara otai depa ni jenis deep punya, tup tup meletup, memang boleh jadi leader..
Diorang memang macam tu.
Tumpu dan fokus pada apa yang patut je.
haha serius rasa rugi tak dapat join sekali
Beruntunglah siapa yg dpt pegi. Kawan dpt, ilmupun dpt. Blum ada kesempatan pegi. Tak de modal nak menyeberang laut china selatan.
Seronok dan bersemangat..psati tuan titan yang pakai spect tu ye dalam pic?
Semua pakar dan otai dalam blog buat duit melalui affliate ni..terangsang bro nak join sebagai ahli kursus nanti…
Sapa tak datang, rugi. Tapi kalau datang, tak buat apa-apa lagi rugi. itu aje. 😆
gathering tambah ilmu takpe, isteri pun setuju kalau majlis sebegini:)
Bila hadiri majlis seperti ini, ikatan kawan-kawan semakin kuat, ingatan ilmu pula semakin mantap.
Bulan 12 ni macam setiap minggu ada program ye
kemah molek… otai niche kerjaya. mahsyuk laaa…
Gathering orang-orang kaya. Hehehehe. Berpuluh2 ribu sales ni.
Salah satu medium utk membesarkan network dan contact. Dah lama tak pegi gathering macam ni.