Ya.
Blog ini kembali beroperasi.
Setelah lebih dari 10 hari hilang dari search engine dan gagal dikesan dari sesiapa pun.
Haha..
Silapnya, memang pada aku sendiri.
Tak perlu nak salahkan pihak hosting atau pihak hacker.
Pihak hacker tu memang dah kerjanya buat dosa kering sepanjang hayatnya. Pi lantak dia lah nak buat apa. Walaupun mungkin aku tak kacau depa tapi bila dah jadi lagu sedih macam ni, memang macam-macam fikiran durjana datang menerpa ke seluruh kerangka badan.
Mandi tak lena, tidur tak basah tilam.
Huru-hara kejaplah jugak walaupun masih ada lagi 5-6 seperate akaun hosting yang masih perlu diberikan perhatian. Haha..
DAN..
dengan bantuan pihak hosting dan beberapa pihak yang memberikan kerjasama.
Akhirnya, blog ini kembali semula.
Begitu juga dengan blog-blog yang bernaung dalam hosting yang sama.
Semuanya kembali seperti sedia kala.
Untuk mereka-mereka yang menggunakan hosting Hostgator, korang kena check diorang punya “TERM” yang terbaru. Diorang takkan urus hal-hal kena hack secara serius. Lebih dari TIGA kali serangan, korang punya akaun akan kena suspended. Tak kiralah serangan tu korang kena DDOS ke, kena sumbat virus atau malware kat artikel dalam salah satu blog dalam hosting korang ke, atau tetiba ada mangkuk yang gunakan email dari hosting korang dan blast email dalam volume yang besar. Tiga kali kena, itu bermakna korang akan kena suspend.
Itu yang aku diberitahu dari pihak hosting buaya nih.
Since aku pun tak baca terma terbaru diorang, so aku tak tahu dan tak ambil tahu walaupun dah bertahun-tahun aku dok membayar 10 dollar ke akaun paypal diorang tetiap bulan. Nasiblah ada duit dollar sana-sini yang masuk ke akaun paypal aku setiap bulan. Bolehlah huluq apa yang patut.
So, lepas kena 3 serangan tu tak kiralah jenis serangan itu sama atau tidak..apa yang kita kena buat?
Ko kena cari pihak ketiga yang kena buat “pembersihan secara total”. Kena buat scanning dan memacam benda agar benda yang sama tidak berulang kali. Dan hasil dari pembersihan tersebut, korang kena hantaq ke pihak hosting untuk bagi bukti agar diorang boleh buat “review” untuk membuka semula akaun hosting korang yang kena suspend tu.
Dan of course.
It’s involve big MONEY.
Berapa aku bayaq untuk servis tu?
Seratus empat puluh tiga dollar and ninety nine cents.
Kali duit kita yang tengah jatuh ni..
Enam ratus.
Lebih. Ada puluh dan sen-sen lagi tu aku dah lupa nak tengok.
Pejam mata membayarnya.
Itu yang sangkut sampai lebih 10 hari. Sebab dok mikir, nak bayar buat pembersihan itu atau tidak.
Atau ada option terakhir, pindah ke hosting lain dan start dari mula dengan backup data yang aku ada dan juga data yang pihak hosting sediakan.
Since aku ni malas nak urus tu semua. Nak kena “SETTING” semula semua blog yang ada dalam hosting tu akan membuatkan aku penat beberapa minggu, jadi aku memilih untuk bayar “servis” tersebut.
PUNCA akaun hosting kena suspend?
- Satu blog utama aku kena malware. Kemudian pihak hosting setelkan kali pertama.
- 2,3 minggu kemudian, blog yang lain pula ada artikel kena suntik malware jugak. Dan disetelkan oleh pihak hosting.
- Dan 10 hari yang lepas, ada mangkuk ayun yang memang bangang dan jahat, dia hantaq “big volume” guna salah satu email aku yang ada dalam hosting aku tersebut.
Dan kesudahannya, semua dah tahu.
Nasihat aku, kalau korang kena sebijik macam aku ini.
Kalau tak ada duit, blah dari hosting itu. Dan pastikan korang ada backup data untuk mana-mana blog atau website yang memang memberikan income pada korang setiap bulan.
Since aku ada banyak blog yang beri income pada setiap bulan, so..agak sakit kalau aku nak selamatkan semua dan pindah ke hosting lain. Korang kena faham, bila kita pindah hosting, prestasi takkan sama. Mungkin jadi lebih baik dan mungkin jadi lebih jahanam. Maklumlah, bukan semua hosting dapat “support” apa yang kita mahukan.
Dan hostgator memberikan aku support yang aku mahu walaupun memang terlintas kat hati aku semacam diorang nak scam aku aje. Siap berpakat dengan pihak Sitelock untuk kaut duit aku.
Ini salah satu bahana bila main hosting luaq dan juga bila kita dah ada banyak blog atau website yang nak kena jaga dan semuanya terletak dalam satu hosting yang sama.
Kalau tak cukup sabaq dalam diri, jangan TIRU cara aku.
Faham?
Okeh.
Aku malas nak cerita panjang-panjang sebab dari apa yang aku tulis ni korang dah boleh faham sedikit sebanyak apa yang dah berlaku dalam tempoh 10 hari lebih nih. Kalau tak faham, tak apa. Aku tak minta pun korang faham walaupun aku tahu majoritinya memang tengah kesian dan simpati dengan apa yang berlaku dengan blog-blog aku nih.
Bukan satu dua blog yang terjejas.
..
…
Banyak beb.
Income sah-sah lari sikit.
Tapi, oklah..dok tengah ada problem nih, ada juga lah sikit-sikit habuan yang masuk.
Kehkehkehh..
Kesimpulan
Ada hosting, JAGA.
Nak jaga, bukan takat kena jaga password. Kena juga selalu tukaq password. Password tu, bukan password untuk login akaun hosting sahaja. Password untuk akaun email-email yang berlambak dalam hosting tu juga. Tukar regularly sekurangnya 2-3 bulan satu kali. Itu tak campur password-password lain yang banyak kena ingat.
La ni, aku baru je habis adjust password yang senang aku nak ingat tapi susah gila pihak hacker nak pecahkan.
Last, nak guna hosting berbayaq nih. Kena faham istilah RISIKO.
Benda ni datang dalam banyak bentuk yang berbeza.
Risiko boleh datang dalam bentuk peluang dan juga bagi kita jahanam.
So, pandai-pandai bermain dengan risko.
Assalamualaikum.
Jemput makan aiskrim sedap ni semua.
Sorang satu kali geget aje.
11,295 total views, 1 views today
Jangan lupa juga bro…mana2 plugin yang perlu diupdate perlu update…jangan nak pasang plugin yang dah tak update 3 tahun keatas…semua tu boleh buat hosting kita lemah…bab hantar email tu aku tak pasti…boleh ke orang buat macam tu? Guna email kita untuk blast email banyak2?…pelik nih…kna siasat jugak ni…huhu…
Welcome back En. LEGEND.
Semoga kembali bersemangat…heehee.
aku dah banned hosting buaya, dulu aku bayar tapi dia kata tak bayar walau debit kad dah potong duit, terus aku minta refund.
duit masuk duit keluar
pakai hosting pihak luar
sekali kena jumlah besar
mesti mahu bawa bersabar
Hadus..lepas ni kena selalu ‘berjaga-jaga’ la dengan password nih…
kalo kene suspend tukar password dekat cppanel…alhamdullilah sy berjaya….huhu mmg terkejut kene suspand
camtulah risiko blog ni.. hosting pun nasib2 lah kalau diorang leh jaga
Tahniah.. berjaya pulihkan kembali blog nih.. walaupun terpaksa kuar modal lebih..
pergh, dugaan betul tu bro
Kalau hosting ke malware…itu salah kita ke?
Baik punya perkongsian. Lebih-lebih lagi tentang term baru tu. Bolehlah bagitahu kengkawan yang tak seberapa nak update tentang term baru ni. Perkongsian yang baik.
wah…teruk gk bro kena ni..
nasib baik masih ada pelangi tu..
Pelangi tu meriahkan hati yang duka lara kan…
Gerun juga dengarnya..
Manalah ada masa nak baca terma panjang berjela. Bukan faham pun dan selalu tekan cepat-cepat.
Ye betul tuh. dah lah panjang berjela-jelan, bahasanya susah nak di fahami pulak.
nasib la aku pakai hosting dalam negara jer. hak hak hak.
kesian jugak bro.
tapi. aku tak leh jugak nak bantu lagi. aduh.
next month aku maybe pindah KL. bebila boleh lah kawtim. wokey?
Bayar mahal tapi support berkira. Aku pun nak ban jugak boya ni.
warghh menyeramkan juga yer pasal hosting ni. harap dapat jadi iktibar juga utk kami yang baru nak blogging neh.
pernah dgr dar kwn2 mslh gni..tapi blom kena lagi setakat ni…n harapnya xkn dapatla masalah gini..aminn
risiko ada dimana-mana. berusahalah untuk menanganinya.
pengalaman aku guna hosting Malaysia..dekat 10 kali kena hack..tak larat..sampai sekali tu abis semua file aku..dah le tak backup..nasib la hosting baik hati setelkan..cerempet betui sama itu hacker..
boya tu jugak pernah buat aku menyirap..ada sekali tu aku ingatkan ada suntik apa-apa ke,nasib baik le lepas aku install Wordfence, ok je..Sitelock tu aku ada pakai juga..haha..la ni kena buat backup sebulan sekali..kalau tak..naya..
bab hosting boya ni dah banyak sgt aku dgr masalah dia…pelik juga…nak tahu bab hosting ni boleh baca kat webhostingtalk [dot] com
pening jugak tuh…aku pun pernah alaminya… last2 malas nak renew… terkubur macam tuh jer…
Guna hosting mana bro? kongsi sikit…
kok bisa hilang dari SE kang ?
Lorr.. patut lah dok bukak asik tak boleh ajer… ingat tak berblog dah.. kena hack rupanya.. banyakkan bersabar ya bro.
fuh, memang susah hati la kalau web kena suspend
Kalau aku mungkin saat ni aku dah pindah rumah lain. Hosting slow pun aku tak tahan, ini kan problem 10 hari. hahaha
Gambaq last jugak buat tertelan ayaq liuq!
Alhamdulillah blog ini dah kembali ceria 🙂
10 hari hilang dari dunia siber yang merugikan tu!
Huishhhh jenuh nak tukar 3bulan sekali password tu
Aku pernah jugak kena attack dengan Malware..last sekali aku pindah aje hosting lain, habis cerita…
pergh..tinggi juga nak kena bayar untuk setelkan masalah macam tu..
Aku duk layan lagi hosting si boya tue.. harap2 takda yg kacau..tp wordfence aku hari2 bagi alert ada cubaan nak hack ..citttt…
welkembek….hoho… 1o hari bagaikan 10 tahun rasenye yer…
den x penah lagi membuayakan diri
Akhirnya blogspot jugak la yang terbaik haha..
Aku pun pakai host boya ni, so far bertahun aku pakai takde masalah lagi tapi tak tahulah terms baru ni. Adeh masalah jugak kalau cenggini baru aku ingat nk tranfer semua blog ke situ je huhu
Nak transfer hsoting pun kurang-kurang 2 hari baru on semula web tu. Agaknya elok di asing-asingkan kot jangan letak semua dalam satu hosting .
bagi resipi eskrem yang last tu boleh? hahaha
welcome back to the dunia blogging bro…heheh adat pakai hosting sendiri. aku pakaihosting yg dah stabil pom masih ada masalah pasal kena DDOS tu..hehe
patutla.. kak x dapat tengo blog ni hari tu.. sabar la.. dugaan semua tu..
10 hari yang buat hati ini terasa merindui kehilangan blog ni…
sodapnyr aiskrim tu… terliur pula..
indahnya warna pelangi itu , hehe sukses mas rizal 🙂
rilex bos…
nanti ko hantar malware balik yea
darah di balas darah
malware di balas malware
Huhhh..hari ni barulah lega rasa hati.. dah rasa ada bahagia yang pelik sikit ini hari..hehe
Nampaknya macam kena scam je dengan buaya ni… hehehe