Okeh.
Aku tahu, ada antara korang yang hari-hari dok belek blog ni.
“Bila laa..mamat ni nak update blog dia nih..”
..
…
Betul tak?
Ya.
Dari SEPULUH orang, separuh dari tu mesti dok pikir macam tu, kan?
Sebab aku pun fikir benda yang sama. Lagi-lagi bila ada blog yang aku selalu datang hari-hari, tiba-tiba dah tukar “patern” dia, update setahun satu kali.
Tak sakit hati ke bila dah EMPAT tahun ko tunggu, tapi masih juga tak update artikel baru?
Lagi sakit, rajin pula “renew” domain dan hosting sampai empat tahun lamanya tu?
Apapun..
Biarlah. Benda dah berlaku. Benda macam ni akan biasa berlaku dan akan terus berlaku.
Sejarah, selalu akan berulang dan terus berulang sebab didunia ini, percaya atau tidak, ada lebih dari 7 orang yang mempunyai cara berfikir yang sama atau lebih kurang sama.
Pelangi juga akan kekal dengan 7 warna..
dan akan terus wujud selagi adanya cahaya dan air hujan.
Apapun..
Dah tahun baru, dah masuk tahun 2016 pun.
Aku mula menulis blog dari tahun 2001. Lebih gigih pada tahun 2003.Jadi “Full Time Blogger” dari tahun 2007 hingga 2009. Dan kekal sehingga kini sebagai blogger separuh masa.
Pendek kata..
15 tahun genap dah aku tulis natang nih.Β
Kalau kira umur manusia, dah boleh wakil sekolah dalam acara badminton bawah 15 tahun.
Silap hari bulan, dah pandai tulis karangan lebih dari 4 muka surat dalam subjek penulisan.
So..
Tahniah pada diri sendiri, sebab masih menten hensem, masih kekal macho dan gagah perkasa disamping terus menulis untuk memandaikan bangsa yang semakin rosak pemikiran mereka Β dalam masyarakat facebook.
Okeh.
Ayat last,Β
Terima kasih kerana
- masih rajin datang ke blog ini dan blog-blog aku yang lain setiap hari
- masih menyokong aku untuk terus menulis blog setiap hari walaupun malas betul nak update sekarang..
- masih mahu belajar sesuatu dari penulisan nakal aku yang kekadang menjadi igauan mimpi korang
- masih mahu bergelak ketawa tentang sinar keindahan TUJUH warna pelangi yang tidak pernah kehabisan cahayanya di ufuk timur.
- masih rajin menulis komen pada setiap artikel-artikel aku
- masih sayang pada diri ini walaupun tidak sesempurna mana
- masih mahu menunggu kerana keempunan untuk lihat wajah sebenar anak aku tu..
- masih mahu tahu cerita hidup aku yang penuh dengan kisah cinta dan kasih sayang
Terima kasih ye semua.
Ada satu ucapan special untuk korang semua sempena tahun 2016 ini..
khasnya untuk penulis blog tegar, blogger-blogger full time, blogger yang hilang entah ke mana, pemain affiliate Malaysia yang masih gigih berusaha setiap hari, IM yang masih tidak putus asa menulis ayat-ayat iklan di emel masing-masing, gadis-gadis bertudung comel yang masih setia membaca blog ini, makcik-makcik beg besar yang rindukan telatah Firas, bapak-bapak budak yang masih berhajat untuk kahwin satu lagi, abam-abam kawasan yang semakin kehilangan kawasan, scammer-scammer yang masih terus berleluasa dan ramaiii lagi..
dengan ucapan..
..
…
“Tengah buat apa tuuu..!!”
9,780 total views, 5 views today
15 tahun.. lama tu.. kalau kawin tahun 2002 anak dah masuk sekulah menengah dah..
Haha..
betul jugak kata hang tuh wehh.
bisa aja nih.. π
hahahaha.. aku pun dah lama follow blog ko ni..
start dari earncent tu…
Lama pulak aku tak update blog yang satu lagi tu walaupun komisen dari sana still masuk.
haha..
yeah earncent..sudah lupa nama blog itu..wakaka
15Tahun lamanya bro dah bergelumang dalama arena blogging…satu tempoh masa yang jarang2 mampu utk semua orang buat.. π
Sebab bro ada ciri unik yang tak semua orang ada….mungkin ini salah satu sebab bro mampu bertahan sehingga saat ini… π
Beruntung firas dapat walid yang sungguh cekal begini… tahniah2!
Ya.
15 tahun memang lama.
Aku setuju.
Makin ramai yang mengundur diri. Manataknya setiap hari ada sahaja broken link.
Yup.
Terpaksa “unlink” aje.
Ramai yang dah blah.
tahniah kerana bertahan selama 15 tahun.. jangka masa yang sangat lama..tak mudah untuk dilakukan..tahniah sekali lagi..semoga terus menulis dan berkongsi
Ya.
Memang tak mudah.
Saya setuju dengan komen anda.
yang lama dah menghilang tuh kemana agaknya…tengok dah bertahun2 masih gitu jugak, hosting nampak macam renew je.. misteri nusantara betul…
sama ada dah run bisnes baru atau dah serender.
tapi hosting masih renew.
mungkin menunggu waktu yang sesuai untuk comeback.
lama juga 15 tahun tu, tahniah tuan
Ya.
Memang lama.
Sama-sama.
saya harap saya dapat bertahan begitu juga, insyaaAllah
jangan pernah berhenti bro, dah jadi sebahagian dalam kehidupan…
selagi nyawa tidak terpisah dari jasad.
walau langit tidak selalu cerah, tapi sinaran yang ada sempat mengeringkan baju diampaian.
Pemain blog juga begitu.
Mudah-mudaha masih ada warna pelangi selepas 50 tahun lagi.
insyaAllah saya pun doakan
Tahniah cikgu..masih kekal dan sentiasa memberi sesuatu kepada pembaca dan pengomen tegar disini..
Ya.
Mudah-mudahan akan dapat membantu apa yang patut.
otai-otai macamni la..nyesal juga berhenti blogging 2-3 tahun..banyak tinggal..harap domain ni kekal selama-lamanyaaaa..huhu..
biasalah.
menyesal tu perkara biasa.
lama giler dah 15 tahun ek..teringat kenangan kenal dr blog earncent.com tu…
ceh ingat nak ucapan pe td..hehe
YA.
lama jugak la sebenarnya.
haha..
Haha, cumil je ayat-ayat. Dah lama rupanya cikgu menulis. Patutlah mantap isinya.
Tengah baca coretan otai blogger nie.
Tak sangka lama sangat dah tue..
Kalau ada anak dah PT3 dah kan..
Wah lamanya cikgu berblogging. Dah alang-alang buat, kena teruskan untuk memandaikan bangsa. Saya suka dengan penulisan cikgu. Fresh.
masih sini walau suam kuku katanya heee..
Cuma satu jer yang saya takutkan.. dulu sampai la ni.. Andainya blog ni terkubu suatu masa nanti, macam manakah dengan semangat blogging Pondok Kecil… Mesti merudum dengan cemerlang sekali..
lama betul bro dah jadi blogger
siap pernah jadi full time 2
tengah tabur umpan dan jala sana sini huhuhu
tengah pikiaq camno nak tiru titan hihi
Adoiii terasa mak sebut bab blog tak update ni
Hidup macam roda bro… Tak semua jiwa kental macam bro. π
punya panjang cik en baca.. last2..
“buat apa tu?”
adeh.. cik en tengah baca entri ni la.. :p