Isu ni..
Aku gebang pendek aje.
Kita cerita part yang seronok dulu.
Biasanya, kalau anak murid berjaya, antara orang yang paling gembira adalah tuk gurunya. Tak kiralah si murid itu panggil gurunya itu master, sifu, sensei, mahaguru, powerguru, sang guru, doktor ke walaupun title doktor tu dibeli ke, sir ke, teacher ke apa ke..
Ya. Mereka antara orang paling gembira.
Definisi berjaya itu berbeza.
Ada doktor , gembira apabila anak muridnya berjaya menjadi seorang doktor belah tulang yang hebat di dunia. Semua tulang dia boleh belah. Semua jenis tulang dia tahu. Sumsum tulang mana paling sedap. Kedai sup tulang mana yang paling pekat dan kaw. Pendek kata, tuk guru dia gembira.
Ada cikgu sekolah, suka sampai mengalir air matanya apabila ada anak muridnya berjaya jadi guru besar. Malah, kegembiraan itu berganda apabila, anak muridnya itu akhirnya menjadi menantu beliau. Iitu juga tetap satu perkara yang menggembirakan.
Ada Pakar Motivasi, yang gembira apabila ada anak muridnya juga menjadi seorang pakar motivasi walaupun “niche” yang berbeza. Orang lain semua dia caj ribu-ribu. Tetapi bila Pakar Motivasi itu datang ke program motivasi anak muridnya yang sudah jadi pakar dan tersohor itu, dia tak caj pun SATU sen walaupun tuk gurunya sampai nak mengamuk sebab anak murid tak nak terima duitnya..
Well..itu juga satu pekara yang menggembirakan walaupun jarang-jarang berlaku.
Ini semua berita gembira dan benda bagus.
Kita patut raikan.
The BADAS thing is..
Bila ada tuk guru yang nampak baik dan soleh, tetapi hati jahat.
Ajar anak murid, benda jahat dan jahanam.
..
…
Dan paling seronok dan gembira, si anak murid TURUT sama ajar orang lain cara yang jahat.
Dannnn..anak-anak murid yang entah ke berapa generasi, TURUT serta ajar benda yang sama kepada orang lain yang mungkin naif atau baru nak kejar dunia.
Tipu semua gadis-gadis muda yang dahagakan kasih sayang. Bohong semua makcik-makcik beg besar dalam seminar. Sailang habis duit bini-bini lelaki kaya yang rajin cuba memacam kosmetik tiruan setiap bulan. Sedut habis harta pakcik-pakcik yang gilakan harta dunia tapi nak juga main forex, Kikis habis duit pemuda-pemudi yang cetek akalnya dan linus membaca tetapi rajin jugak join MLM dan skim cepat kaya..
Ini sangat jahat. Ini perkara jahat.
Ini sangat tidak bagus.
Ini tidak patut diamalkan.
Ini patut ditentang dan wajib dihentikan.
Sebab itu, korang akan lihat dalam dua tiga menjak ini, banyak orang yang nampak baik kat mata orang lain, dijatuhkan dengan sewenang-wenangnya. Dan LEBIH ramai lagi skemmer akan jatuh satu demi satu tidak lama lagi.
Gua-gua di Malaysia ini akan penuh.
Trust me.
Gelombang pertama dah bermula.
Gelombang kedua “on da way” je sekarang.
Skemmer yang dulunya berani, kini MENIKUS.
Otai yang hebat dulu kalanya, kini hilang ke mana. Nak nyorok dalam gua pun, ramai orang MU kat dalam tu.
Tak berani.
Tukar gua lain. Ada plak geng Chelsea. Tak dan nak celah masuk, depan gua dah ada bas besar parking.
Last, last..gali lubang kubur sendiri. Kambus tanah sendiri.
Nyorok dalam tu.
Dengan harapan, orang awam yang baik hati itu tidak akan jumpa.
..
…
So,
Untuk penjahat online semua dan anak murid yang jahat belaka tu..
kalau penah buat jahat kat orang, cepat-cepat mengaku minta maaf.
Pulangkan semula apa yang korang hutang.
Minta maaf kepada SETIAP orang yang korang kenakan secara personal.
Mintak halal kalau tak mampu nak bayar hutang.
Mintak diampunkan dosa korang.
Mintak jangan dikacau anak dan isteri korang.
Mintak tempoh masa untuk bangkit semula.
..
…
MINTAK beb.
Sebelum terlambat.
Sebab manusia tidak akan berikan peluang kedua..
selepas peluang pertama untuk bertaubat kau DUSTAKAN.
Sekian.
Ini spoil penamat untuk novel terbaru karya saya.
Nantikannya dipasaran dalam masa yang terdekat.
7,244 total views, 3 views today
kahkahkah.. lam gua ade geng MU
sat, sejak bile leh bukak blog ni ? hmm
sejak geng MU keluar dari gua la.
Nak pergi lepak dengan geng yang duduk luar gua larr..
Err blur jap .. siapakah dimaksudkan ni?
Keadaan ekonomi yang merundum ada yang tertewas dengan janji bulan dan bintang oleh si jerung.
memang pedas…. harap yg dah sailang duit org tu, pulang ler ke pangkal jalan….
cam harem haha kejap bola kejap gua kejap scammer..
silap silap Soton juara tahun ni
Bab penipu online nie yg bahaya
terutama yg orang tua 2,
nak blajar forex dah xfaham sangat,
last sekali kena tipu dengan “broker”
ahaha…
yang bab chelsea 2,cam sial skit
Guru ini ibaratnya berdiri di atas tebing. Sebelah neraka. Sebelah syurga. Ke mana guru itu jatuh bergantung kepada apa yang dia ajarkan kepada anak muridnya.
memang ramai sungguh yang membuat onar..tambahan plak apabila kena dengan nama Coaching bagai…aduss
paling kelakar bila citer MU masuk gua pun ko ada tulis…
hahaha..
tapi memang jangan berani-berani nak masuk skim yang tak tau hujung pangkalnya ni
Wah dah mengganas semula blog AF. Kat fb ada nampak juga pasal ni cuma tak kenal orangnya. Kalau nak semuanya mudah, memang mudah, mudah ditipulah. Takde apa kerja pun yang petik jari jatuh duit, takde. Magician pun kena tuntut ilmu dulu.
em…kak x tahu nak komen… buat la sesuatu yg baik untuk kita di dunia.. ia nya bekal kt sana nanti…
ni citer pasal MU VS Arsenal ke atau citer pasal scammer ni?hehe
Hutang memang wajib dibayor
Citer scammer..coaching… Dot dot…sontot…memang sangat kencang sekarang kan..
Sekarang tengah tuntut hutang dengan si penentang..
jgn nanti merangkak di padang mahsyar mintak mahap udah ler….. pulangkan… pulangkan…. (nyanyi lagu misha omar)
Semoga kita semua dijauhkan oleh Allah dengan sifat2 “tuk guru borek” tu..
Ni kes scammer yang di havoc hari tu..tengok nama power-power belaka. Ramai berselindung dengan identiti hipokrit. Macam-macam.
takut pula rasanya…menakutkan juga dunia blog ni ye…
wah hebat..cerita yang penuh beremosi dan ada berkaitan dengan cerita yang berlaku sekarang ini..
Nak belajar pun kena belajar macam mana nak kenal guru yang mursyid… supaya tak kena sailang dan jadi pailang dikemudian hari..
Biasa la tu kalau ada blog, nanti kena tipu jugak sekali-skala oleh hosting hehe..
Dengar-dengar macam-macam benda jadi yang melibatkan duit sekarang ni… Nampak sangat sana sini orang makin susah, duit makin kurang dan makin susah nak dapat
bila tuk guru berbicara, pekena jus tuk guru gak
kalo dah pecah tembelang jadi scammers terulung dah tentunya menikuss jadinya…
Terkadang ada manusia yang diberi peluang kedua pun tetap didustakan juga…
Penuh dengan maksud tersirat, kena fikir lebih lama lagi ni…
Mujurlah tok guru saya baik orang nya..sekaligus saya pun turut menjadi anak murid yang baik..hehe
Cerita pasal siapa ni bro?
Nampaknya saya ada tertinggal sesuatu.
Cuma, janganlah cakap fan chelsea dalam gua tu.
Malam tadi menang tau. 🙂
Scammer kategori penjahat online ke? hahahah.