Ya.
Aku sebenarnya tengah demam.
Dari semalam lagi. Tidur sahaja. Nak buat kerja online pun memang tak sempat la. Nak sentuh tetikus pun memang tak dapat. Sebab mata kabur. Tak boleh nak bezakan antara tetikus dengan cover telefon. Bukan tak berusaha, tapi gagal untuk dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
Kepala dah dok pusing.
Sakit tak terkata.
Lebih sakit daripada sakit berkhatan dulu.
Lebih berpinar berbanding kena tumbuk dengan Son Goku ketika “training” dunia satu lagi tuh.
Lebih jitu kepaduan kesakitannya itu berbanding kepekatan sos tomato dalam tin.
..
…
Pendek kata, sakit gila sangat.
Dan bila sakit..
Aku cuba paksa diri untuk tidur sejak malam tadi.
Dapat tidur.
Tapi sekejap-kejap. Dalam 2-3 jam, akan bangun semula. Tidur semula, bangun semula.
Sampai la nih..aku masih berusaha untuk dapatkan tidur yang melebihi 8 jam.
Masih tak dapat.
Setiap kali aku cuba tidur, aku kena pastikan badan aku penat. Sebab kalau tak penat, aku susah sikit nak tidur.
Macam malam tadi..
tak leh tidur aje, aku angkat dumble. Buat 3 set kat tangan kanan dan 3 set kat tangan kiri.
Lepas itu, skipping dalam bilik.
Sampai rasa nak putus nafas.
Then, campak dumble. Hempas badan atas tilam dan tertidur.
..
…
2 jam kemudian, terbangun semula. Dalam jam 3-4 pagi.
Nak tunggu subuh, memang lambat lagi.
Jadi, pergi ambil baju dan seluar yang terkumpul sejak hari isnin yang lepas. Campak dalam mesin basuh.ย Pasang air, campak serbuk sabun Daia dan sabun Downy untuk kasi wangi sikit.
Tunggu dalam 15 minit,
Gedebak..gedebukkk..gebakkk..
Dah siap basuh. Lepas tu swinggg..kasi kering sikit.
Pergi sidai pukul 4 pagi. Waktu semua orang dok tengah peluk bini atau tengah peluk bantal kat ruang tamu.
Badan dah penat sikit..
Cuba tidur..
tak boleh.tak dapat. Masih ada sisa-sisa badan yang masih aktif.
Terpaksa jugak bersengkang mata disamping ditemani rapat oleh peningan kepala yang melampau.
Masuk aje subuh, terus solat.
Lepas tu, terus tarik selimut dan tidur.
Walaupun ramai yang cakap tidur selepas subuh ni tak bagus dan macam-macam benda lagi. Tapi aku dah tak boleh nak buat apa dahh..memang bisa sakit tu lain macam dari tahun-tahun sudah.
Bisa tu mungkin lebih berbisa berbanding bisa ular senduk kat belakang rumah nenek aku.
Untuk pengetahuan semua, setiap tahun memang biasa aku akan kena paling kurang SATU kali pening yang sakit macam ni. Cuma bisa sakit pening kepala kali ni lebih hebat berbanding tahun-tahun lepas. Biasanya, lepas 2-3 kali tidur yang panjang, bisa tu akan berkurangan.
Jam 12.31 tengah hari. SAbtu.ย
Aku dah terbangun.
Badan berpeluh sakan. Tilam pun basah dek peluh. Selimut pun basah.
Tuala yang aku letak kat dahi dah KERING. Macam takde sebutir air langsung kat tuala tuh.
Ternyata, kepanasan dari badan menyerap penuh air dari tuala tu.
Pening aku dah surut 10%.
Bisa pening tu masih ada lagi 90%.
Aku bukak tingkap bilik.
Mahukan sedikit oksigen yang lebih segar dan lebih pekat.
Aku lihat pemandangan hijau.
Ada kolam ikan. Ada kumbang berterbangan.
Ada pokok pisang. Ada pokok cili yang masih muda dan ada juga pokok rambutan yang buahnya masak ranum isinya. Sebut pasal buah rambutan.
Aku terfikir satu soalan yang sudah lama aku ingin tanya korang..
..
…
“Kenapa buah rambutan tidak berwarna BIRU apabila sudah masak?
Ps: Status bisa pening telah turun ke 65% selepas makan 4 biji buah rambutan yang bukan berwarna biru.
9,356 total views, 2 views today
haha..rmbutan cntik berwarna merah..
teruk gk bro pening ea..
Hahaha…
Soalan KBAT ni….pening den…. ๐
Ingat apa daa…buah rambutan pun boleh duk pk kenapa biru…haha….
yelah orang demam memang pelik soalannya
Sebab biru hanya sesuai untuk warna sabun..
Biru tidak membuatkan orang teringin nak makan. Bila merah berselera sikit…
hehe warna kulitnya merah merekah ๐
Semoga cepat sembuh.
Wah… rupanya bro deman. Musim sekarang ni jerebu, pasti deman lebih parah jika tidak dirawat dengan segera.
Ada ke rambutan berwarna biru. Jika ada nak beli bole 4 kilo
Kenapa buah rambutan tidak berwarna BIRU apabila sudah masak?
sebab dah takdir kaler nya camtu..haha
hahaha memang pening aku baca
Ok, soalan ni antara yang tersusah nak jawab..mungkin warna biru tak nampak sedap dan menyelerakan jika dibandingkan dengan warna merah. Ahha! Hehehe
bukan maen lama aku baca post ko
asyi pasal demam je…
bahagian last baru ada pasal rambutan
adeh22323x…
ahaha
aku ingatkan sebab ko demam ko nampak rambutan warna kuning
eh kuning???aku pun demam gak ke???ehehe
demam-demam pun ko balun rambutan.. memang ganas tu
kalau ada rambutan biru, itu tandanya jadi buah macam cerita avatar hehehe.
kalau ada rambutan biru mesti rmbutan gmo tu
Hahaha… Ada-ada aja ini postingan Wkwkwk!!!
Hi,
Saya pernah kena lebih kurang mcm tu. Pening mcm nak meletop setahun sekali. Semalaman je pun. Tak boleh tidur. Lepas tu tertidur jugak. Macam stress terkumpul utk setahun ke apa.
Komen soalan kbat atas tu lawak. Sebab dia made in malaysia, takde nak biru-biru nih. Merah atau kuning warna kebangsaan kita
biru mata hitamku… ki ki ki.. ni soalan aras tinggi ni..
Sebab merah nampak ranum.??
Kalau demam ni bestnya peluk bini la kan..nasib la bini duk jauh…sabor je laaa..
pening jugak baca kisah bro pening ni haha
Aku pun macam tu jugak ..Demam jarang kena tapi kalau kena dia kena berat dan lama sikit..
Sebab belum ada cerita misteri pasal rambutan warna biru ni..hehe
Berat nanang pening bro Titan ni…sampai ke situ fikirnya
susah betul soalan objektif lagu nih… warna biru bukan warna pilihan mana mana spesis rambutan. warna merah… warna kuning dan warna hijau… hehehe
Sebenarnya buah-buah berwarna merah ni ada anti-oksidan yang tinggi. Selalunya ada anthocyanins dan lycopene. Ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser. Lagi kuat warna merahnya, lagi tinggi kandungan khasiatnya. Sama macam sayur-sayuran juga, lagi kuat warna hijau dia lagi bagus kan.
kerana warna biru itu Avatar yang punyaaa…. hohohoho
semoga cepat kebah demam dan pening kepala. meh la try spray Aura kami
Huhu..kesan sampingan buat mereka yang rajin bekerja mencari duit menyara keluarga tercinta..untung isteri encik titan kan??? haha
Pokoknya, kena makan lebih buah-buahan bro.
Banyak vitamin dan anti-oksidan.
Badan kita ni lemah sebab banyak radikal bebas.
Kalau malas makan buah, beli je supplement vitamin c, dan e. ๐