Ya.
Aku dah mula secara rasmi bercuti pada hari ini walaupun secara tak rasminya bermula pada pukul 2 petang semalam.
Niat dihati nak update blog-blog yang terbengkalai sejak beberapa minggu lepas.
Tapi..
satu blog pun aku tak login lagi.
satu artikel pun aku tak karang lagi.
hari ini, baru setat.
baru berjaya tulis 5 artikel sejak pagi tadi.
Syukur, masih ada kekuatan untuk terus menulis walaupun hati ni memang dah malas belaka dah.
Dah la kat sini tak jumpa lagi cendol yang sedap macam kat Banting.
Masih kena mencari lagi la jawabnya.
Masih dok Kulai dulu, ada juga jumpa satu kedai cendol.
Tapi jumpa pun kat pasar malam.
Kat sini, nak jumpa pasar malam pun macam susah aje.
Kat mana eh pasar malam kat Masai dan pasir gudang nih?
Oh ya.
Perkenalkan, ini SOHO terbaru aku.
Cantek kan?
Tak buruk macam bilik korang.
MSMW 2016
Bagi aku masih MSMW 2016 nampaknya masih suram.
Belum lagi meriah macam kemunculannya awal-awal dulu.
Tahun paling meriah adalah tahun 2012 dan 2013.
Sebab, masa tu banyak award untuk blogger dan banyak juga blogger yang masuk bertanding walaupun terpaksa “nominate” blog sendiri.
Termasuk aku.
Dan salah satu blog aku menang satu award pada tahun 2013.
Dari tahun 2013 sampai 2015, salah satu blog yang aku hantaq, akan jadi Top 3 feveret.
Tak menang.
Tapi masih boleh menggembirakan hati sebab tetap jadi feveret.
Untuk tahun 2016, untuk kali pertamanya aku tak nominate mana-mana blog aku.
Sebaliknya, salah satu blog aku dicalonkan untuk kategori “Best Content Blog”
Tak tahu siapa yang berhati murni dan banyak sangat kasih sayang nih..
Blog ini yang tercalon.
Kalau mahu undi agar blog ini menang dalam kategori ini, boleh beri undi dan klik pada link dibawah.
pastikan korang login akaun facebook korang.
Undi disini – Undi blog ini di MSMW 2016
Pencabar dalam kategori ini bukan calang-calang.
Majoriti adalah blog yang mempunyai “content” yang bagus dan menarik untuk dibaca.
Setiap blog ada pengikut masing-masing.
Dan sebahagian besarnya adalah bekas pemenang MSMW yang lepas-lepas. Tak kiralah untuk blog yang sama atau blog diorang yang lain.
–> So, it’s tough competition.
Kalau blog aku menang atau masuk 3 top feveret, itu adalah satu perkara yang membanggakan.
Walaupun tak harap sangat, tapi sekurangnya kalau menang, aku dah ada alasan nak turun KL.
Boleh bawa anak aku pi berjalan-jalan tengok menara berkembar dan juga kenal orang-orang KL.
Yela..
Dah dok kat Johor nih, memang susah sikit nak turun KL.
Selalu, turun banting aje.
Sebab mak abah aku kat sana.
Sebab cendol paling sedap kat dunia pun kat sana.
Sebab kerepek paling sedap kat Malaysia pun ada kat sana.
Sebab aku lahir kat sana.
Sebab nenek aku yang sambut aku lahir atas talam pun masih ada disana.
Sebab ubi keling saja aku jumpa masih jual kat pasar baru banting.
Sebab orang banting lawa-lawa dan hensem belaka.
Sebab aku sekolah kat SRK Sri Langat yang sekarangnya dah jadi sekolah kluster dan ada padang futsal sendiri.
Sebab anak aku HENSEM macam bapaknya.
..
…
Okeh.
Aku nak siap sedia ambil bini.
Dan juga ambil anak aku kat rumah baby sisters.
Esok nak gerak gi melancong.
Survey hotel guna Trivago dan Agoda.
Jumpa yang cun dan dekat dengan pantai.
Leh la bagi anak aku kenal air masin.
Sebab dah dok hari-hari main air paip aje.
6,401 total views, 4 views today
moga menang beb..
Ya.
moga menang beb.
Selamat bercuti… cikgu…
Ya.
Selamat bercuti.
Hehe
sebab gua dah undi bro…gua nak claim cendol
mohon datang masai untuk claim.
jangan lambat.
Pakai IKYellow kualiti bagus ker cikgu… 🙂
SOHO mcm tue pon mampu raih ribu2…pencapaian luar biasa dah tue…
Masuk gak heh MSMW 2016…ingat dah tarik diri dah… 😀
Semoga berjaya bro!
aku pakai kotak aje.
kertas, pakai yang murah punya. haha
tak tarik diri.
dah orang calon, layan je.
okay la simple dan xserabut SOHO tue…
mencurah2 idea masuk nanti…hehe
nati ciktom masuk vote blog sifu..
tepi pantai tu mana?terengganu ke?
Ya.
memang simple.
memang jenis macam ni yang nak.
pantai lain. pantai sana bergelora sangat.
betul.dulu-dulu agak meriah juga. apa-apaun, dah start nampak masing-masing blogger promot blog..moga akan bertambah meriah lagi dari hari ke hari. goodluck kepada semua blogger.
meriahnya ada.
cuma kurang sikit aje.
blogger pun, tak ramai blogger lama aktif cam dulu.
Kali ini macam tidak ramai yang dicalon atau menyertai MSMW 2016 ini.
Memang tak ramai berbanding dulu.
Jadi, peluang nak menang tu semakin luas.
Janji, ada yang vote kita la. haha
MSMW start awal ke?
Memang tiap-tiap tahun mula februari.
persaingan best contest tu power power. all the best bro!
HAha..
susah nak menang.
All da best ajelah ehh..
Bercuti panjang ya cikgu CNY ye, patut nampak pegi main pantai ngan anak kat Fb
Ya.
pegi pantai.
rasa air garam sikit.
semoga menang tuan
boleh tahan la soho tu….masih bersih dan teratur…semoga menang ye tuan…
Haha, all teh best encik Titan.
Apa kata buat cendol sendiri kat rumah, comfirm sedap dan boleh makan banyak kali ehehe
baju handsome like tu mana nak cari?haha..bagus betul mesej dari baju tu, secara tak langsung puji ayah.hehe
Aku dah undi ko Titan. Blog aku lak tak dek org nominate tahun ni. Tahun lepas ada jugak orang nominate. Hehe tak pe lah. nak nominate sendiri tu macam malas je lagipun aku tawar hati sikit bab-bab award nih. tak tau naper.
Apapun aku harap ko menang lah kategori yg dipertandingkan tu. Pastu klu menang belanja cendol sebesen please
ok ambo dah undi.
bole menang ni.
*saje bagi harapan
All the best Cikgu & Slmt Bercuti! 😀
apa benda dlm foof container tu? haha
Good luck cikgu
Wish you the best of luck
kasi la upload gambar anak yang hensem tu bro..
good luck… tak menahan ayat kat t-shirt tu…
Huh.. malas aje sekarang ni sampai lupa nak undi blog yang hot ni..haha