Huh..
Aku masih sibuk dengan hal sekolah.
Minggu ni, sibuk mengemas bilik-bilik khas.
Bilik PJK, Stor Sukan dan Bilik KOKO.
Sebagai Setiausaha Sukan kat sekolah aku ni, aku kena jaga bilik PJK dan Stor sukan.
–> Mandatori.
Maksudnya, memang aku kena jaga.
Sebabnya, aku major dalam bidang nih.
Bukan cikgu lain tak boleh jaga, boleh je. Takde masalah.
Tapi memandangkan aku sorang aje yang major dalam benda ni dan takde juga yang minor dalam bidang ni, nak tak nak aku terpaksa pikul sengsorang disamping dibantu oleh cikgu-cikgu PJ yang lain. Tapi bila dah namanya sekolah kecik, memang ko sorang ajelah yang buat kerja.
Sebab cikgu lain dah sibuk gila dengan fail-fail diorang.
So, aku tak ada sebab kukuh untuk paksa diorang tolong aku.
Sebab nak bayar upah, memang jangan haraplah.
Aku kan kedekut.
Setakat roti sardin tu tak apa lagi. Ni minta beg tangan La Gucci, Kain Prada de Sauza, piza lobster, nasi lemak anak dara, cendol abam kacak, kuih keria antarabangsa..
Memang tak la.
Gila lantak nak layan semua.
Tapi tak apa, aku ok.
Benda ni leh setel sorang.
Tak susah.
Cuma penat tu banyak sikit ajelah.
Lagipun, sejak dah anak nih.
Kerja aku jadi lebih mudah.
Aku suruh aje dia tolong.
Upah, mintak susu kat emak dia.
Bukan susah pun.
Takkan, dengan bapak sendiri pun nak berkira, kan?
Haha.
Das ist mein Sohn.
Huh.
7,886 total views, 1 views today
haha sibuk benar ya hang sekarang nih…
Ya.
Memang sibuk bangat nih.
amboi sibuk benor sejak jadi setiausaha sukan..
makin comel anak hang..rasanya sebab ikut muka mak dia..haha…
Tak.
Dia ikut muka aku la.
Kan hensem.
Kalau hensem, mestila macam bapaknya.
anak saya pun camtu juga suka betul menyapu. semoga besar nanti pun rajin kemas rumah
Semua budak suka tiru apa mak pak dia buat.
Bukan sebab rajin.
Hehe
Wah dah dapat kaki dah. 🙂
Ya.
Dah dapat kaki dah.
Gebu anak tuan… sihat alhamdulillah. Bapak borek, anak rintik.
Ya.
Gebu macam bapak dia.
wahh, baguslahh rajin gituu anak, memang patut didik dari kecil.
Semoga akan kekal rajin pada masa hadapan.
haha comey hang dok pegang baby tu
aku memang comel selalu.
haha..jd setiausaha sukan plak..
makinbz la..nti xsmpt nk main dgn anak la..
Ya.
memang making busy.
pergghhh besar dah anak lu.. dah boleh tambah lg ni
in-shaa Allah, akan aku tambah banyak-banyak.
penat2 balik pj kat skola tengok muka anak hilang lelah
Ya.
Hilang lelah.
Ajaib sungguh.
Hahaha… Mulut aje kata kedekut.. Tapi hati baik kan.. haha.. firas x mintak adik lagi ke? Kesian dia tak ada teman bermain.. hahaha
Hati aku memang baik.
Ada tu nanti adik dia.
Tunggu aje.
“That is my son” bila baca laju-laju, bunyi dia ada macam bunyi inggeris jugak ho ho
Bahasa jerman.
biasa la tuh.
lepas ni minta tolong dgn anak lah…dah besar dah tu.
ya.
memang suruh budak kecik tu je sekarang.
rajin bebenar sekarang nih.
Hoho…firas dah semakin membesar….coming soon adiknya ya…ameen
Semoga terus sukses menjadi cikgu sukan yang terbaik!
Ya.
Adiknya akan datang nanti.
Nak dekat bukak sekolah ni makinlah sibuk mengurus macam2 🙂
Ya.
MEmang sibuk.
Kena sibuk.
Sibuk.
satu je nak tanya, apa maksud tajuk dalam bahasa melayu?
This is my son.
..
…
Itu je maksudnya.
Keren Gan, Fotonya kawai banget, hhehe
Ya.
Gua memang kawai banget.
tahniah anda memang bapa yang mithali! tak pelah, busy hari ni je pun. nanti anak dah besar insyaAllah dia akan balas jasa abang.