Huh.
Dalam seminggu dua ni, aku terjebak dengan dua benda.
Chinlone dan Chilindo.
Dua-dua ini bagi aku adalah sejenis sukan.
Haha..
Apa itu sukan Chinlone?
Chinlone ni sejenis sukan tradisional.
Sukan ini berasal dari Myanmar. Pertama kali sukan ini diperkenalkan dan dipopularkan ketika sukan SEA di Myanmar pada tahun 2013. Dari titik itu, sukan ini mula jadi popularlah juga walaupun aku rasa langsung tak popular kat negara kita.
Aku syak, sukan ini direka untuk memberi kelebihan kepada Myanmar pada sukan SEA tahun ini.
Mana tidaknya, tahun itu, depa SAPU bersih ENAM pingat emas dari acara sukan Chinlone ini sahaja. Semua kategori depa sapu.
Haha..
Terbaik punya.
Tapi yang kelakar, tahun ini, Myanmar tak hantar pulak pasukan Chinlone dia.
Takut kalah kot.
Dan Skuad Chinlone Malaysia kali ini berjaya mencuri SATU pingat emas, 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa HANYA dari acara Chinlone ni.
Jap.
Korang tahu tak apa menatang Sukan Chinlone ni?
Chinlone macam aku beritahu tadi.
Sukan ni popular kat Myanmar. Sukan ni gabungan tarian dan sukan.
Elemen sukan tu datang dari bola takraw.
Dan bola takraw dia, besaq sikit banding bola takraw yang biasa kita main petang-petang tu.
Cara nak main plak, korang kena timbang bola takraw tu macam korang main sepak raga dalam bentuk bulatan. Tak boleh jatuh. Dia ada disiplin atau peraturannya tersendiri. Sukan Chinlone ni juga ada kategorinya tersendiri. Tak reti aku nak senarai semua sebab aku sendiri masih FAIL nak main sukan ni.
Nak kena timbang selama 10 minit.
Aku nak timbang bola takraw 1 minit pun terkial-kial.
Lainlah timbang bulu tangkis.
Satu jam pun aku pernah buat tanpa jatuh dengan bantuan raket.
Haha..
Pendek kata, sukan ni tak kena dengan jiwa aku.
Sebab itu aku tinggalkan.
Ok.
Cukup cerita pasal Chinlone.
Kita cerita pasal Chidori plak.
Eh, tak.
Pasal Chilindo.
Senang cakap, ada dekat DUA minggu aku dok main bid-bid kat Chilindo nih.
Asal aku acah-acah main aje kat Chilindo nih, mesti tak pernah menang satu benda pun.
TAPi..
bila aku serius, nahh..
dengan RM50 sahaja, LAPAN bijik barang aku berjaya menang.
Itupun, jenuh melawan dengan “bot” dan taktikal keji penjual.
Apa lagi, dengan kelajuan jari-jemari aku niih, berjaya juga aku sambar benda yang aku nak.
KEna faham.
Bila bid, kena bid benda yang kita yakin kita boleh menang.
Kalau tak yakin, modal dari segi skill, dari segi duit dan dari segi ketangkasan jari..
jangan harap korang leh menang main kat Chilindo ni.
Huhu..
Kesimpulan
Dua-dua game ni nampak menarik dan merbahaya.
Persamaan antara Chinlone dan Chilindo adalah kedua-duanya memerlukan ketangkasan. Chinlone kena tangkas menimbang dan menari. Chilindo pulak kena tangkas otak berfikir dan jari menari.
Senang cakap, elemen tangkas ada dalam dua-dua sukan nih.Β
Pilih satu atau jangan pilih langsung.
Kalau dah terjebak, nanti anak bini merajuk.
Merajuk sebab bapak asyik pegang remote tengok sukan sea kat tv dan merajuk sebab sambil tengok tv boleh layan shopping online kat Chilindo.
So, berpada-pada.
Bila beli online ni, beli benda yang kita perlukan.
Bukan ikut kehendak tekak dan nafsu.
Kena faham, walaupun duit tu tak bawa masuk neraka, tapi kat dunia ni duit itu satu keperluan yang sangat diperlukan oleh manusia lemah macam kita nih.
Faham?
11,228 total views, 16 views today
Baru taw ada sukan nama Chilone bro.haha adui noob gila.. Lepas baca artikel ni terus cari video. Letak video baru syiokk sikit.
Berkenaan Chilindo tu berkenan dgn TV Led tu..tapi bila berjaga malam ke, siang ke, awal pagi ke..tetap ada org yg bid. haha..nak sedap bid time org dh tidur atau waktu kerja sedap sikit π
Malas aku nak letak video.
Nak bid, kena pandai pilih waktu gak.
Chilindo ni bini aku rajin la layan. Dah dua kali order barang dari Chilindo. Aku pun tak paham… sama ada dia beli sebab dia memang nak barang tu, atau sebab dia seronok dapat menang bid.
Dia seronok la tu sebab dapat guna duit laki dia.
kau ni memang mengundang nafsu betul la⦠RM50 untuk 8 barang? Biar betul?
Ya.
Lebih tepat RM53 untuk 8 barang yang agak berguna untuk aku.
ni first time dengar chinlone..
Takpe.
Lepah ni akan dengar untuk kali kedua dan kali keseterusnya.
Cuma chilindo je pernah dengar…ramai dah orang tertarik dengan permainan bid membid chilindo..
heran juga sebab tak pernah dengar nama chinlone ni..
Chinlone ? First time dengar sukan nih.
hahaha.
Tersekat plak kat web chilindo tu.
Belum berjaya menang pape lagi.
Berjaya bid kat chilindo tapi belum bayar lagi hahahah
Perbezaan Chilone dan Chilindo.
Satu tak addicted, satu lagi addicted haha..
Chilindo ni pandai jugak..tak pasal2 beli barang yang tak perlu huhu..
masa dapat tahu Malaysia dapat emas pertama. sukan apebende la tu.
haha
Takpe.
Sekarang dah tahu, kan?
cHINLONE NI ada dalam silibus kat sekolah tak? π
Takde silibus khas.
Tapi leh masuk dalam kategori serangan dan hadangan.
Kalau bid dkt chilindo then menang seronok bkn main.
Kalau menang, memang seronok la.
Mana ada yang sedih.
Oh ya ka memang susah nak bid dekat chilindo ni. kawan tak pernah try lagi .,mungkin belum jumpa lagi ps4 dengan harga rm1 kot hihihi
Takpe.
Nanti try la kalau ada masa.
Sukan Chinlone ni Thailand pun garu kepala nak menang tau. kahkah
YA.
Semua negara tergaru-garu nak menang.
Bukan Thailand aje beb.
aku dah berapa kali main chilindo ni, selalu mesti dapat dalam 5 barang, tp x bayar dan wat x tau, bukan sebab x mau beli, tp duit plak xda dan belum gaji
Takpe.
Tak lama lagi gaji dah mai dah.
Aku pun bid basikal dekat Chilindo ni last-last dah memang manager cakap tak perlu lah beli, hahaha sadis
Bagus manager tu.
ingat nama kapal terbang,., hhehe
Tak.
Ni bukan malindo.
Kedua-dua ni pernah dengar dan satu pun aku tak faham.
Yang aku tahu Chinlone dan Chilindo dua permainan berbeza.
Tahniah Malaysia dapat Chinlone di sukan sea kuala lumpur 2017.
Takpe.
LEpas ni dah faham dah.
baru tahu nama sukan chinlone dan chilindo ni…
Semoga akan lebih tahu lepah ni.
Chilone first time dengar, dulu masa sukan sea kat myanmar tak ambil kisah pun..heh
Biasalah tu.
Siapa nak kesah.
Bila dah Malaysia menang Emas kat Sukan Sea baru tau sukan ni wujud.
Haha
Bukan ke sepak raga dalam bulatan ni sudah popular zaman kesultanan Melaka dulu. Sukan inilah yang menyebabkan tanjak anak Sultan Melaka jatuh sampai dia membunuh anak Bendahara?
Betul la tu.
BEzanya, sukan ni ada lagu.
Hahahaha Chilindo tu memang berhantu sangat!!
hantu apa yang ada kat situ?
Baru tahu pasal chinlone ni. Itupun lepas Malaysia menang emas. cakap pasal Chilindo pula, pernah beli Gitar,earphone, toys, dan banyak lagi.haha
Ni gila sakan shopping nih.
first time dengar sukan ni. Tq bagi info
Takpe.
LEpas ni akan dengaq untuk kali kedua plak.
haha.. betul3. kedua-dua game ni mmg menarik
Apa yang menarik?
nak ketawa aku..macam mana boleh chinlone vs chilindo..padahal satu bid beli barang satu lagi main sepak2 haha
takde vs.
ni dan je.
Boleh release stress ni. Hehe
Release try haq mana tuh.
first time dengar permainan macam tu. hahaha. yang second dok heboh main bid2x.. dah memang bid hari tu tapi tak beli.. cam malas plak nak beli. haha
Takpe.
Leh jimat sikit duit tuh.
Patut lah aku dengar kecoh-kecoh dekat radio pagi tadi. Aku pikirkan sape lah Chinlone ni. Rupanya bukan sape, tapi sejenis sukan. Kah! Kira hebat juga kalau Mesia dah boleh pegang pengat emas dalam sukan rare ni. Bila nak bawak masuk sukan ni dekat sekolah pulak bro titan haha
Ya.
Kira hebat la tuh.
Kat sekolah, yang timbang bola pun tak ramai pandai. Camana nak bawa sukan ni plak. Ramai budak kaki bangku sekarang nih.
Haha..
memang menarik sukan nih, memang asia terkenal dengan sukan dan seni, amerika pun takde sukan macam nih
Ya.
Orang sana tak berapa reti sangat kot main benda ni.
hahahaha~ tak tertarik pasal Chinlone – tapi ilmu baru gak la..yang tertariknya pasal Chilindo.. ketagih terok weyh.. serius terok.. tak tido malam kalau tak bid..
Ni teruk sangat dah kalau tak tido malam.
ada bid hari tu dan success tapi lupa bayar. bila cek balik dah takde.
Boleh pulak lupa bayar eh.
kaknil baru tahu sukan chinlone ni, hahaha tq for info bro
Sama-sama.
Semoga akan lebih tahu selepah ni yek.
berbelit-belit juga otak saya nak bayangkan bagaimana pelik untuk dijalankan
kalau ada video best juga
Cari kat youtube.
Ada aje.
Baru tahu apa itu Chinlone. Ingatkan game sepak raga bulat yang direbrandkan.. suspen aje.
Memang diberi nafas baru oleh negara Myanmar.
Haha..
memang sepak raga bulatan tapi ada format tertentu yang dibuat oleh Myanmar.
dan adalah sukan rakyat diorang tu
Ingatkan 2 letter code for Airline.
OD – Malindor Air. huhu ..
Bunyi dekat-dekat je ..
Aku pun ingat macam tu dulu.
Sekali bukan daa..
masa malaysia menang emas pertama baru tau chinlone ni..
ingatkan apa.. rupanya sepakraga bulatan tapi ada format tertentu.. memang myanmar kuasa besar ni..
tentang chilindo plak.. aku belum try lagi tapi tgk kadang2 harga bid macam gila mengarut.. ada caj tersembunyi ke kalau menang dgn harga rendah bangat?
Dia caj 10% dari harga barang yang kita menang dan rm8 untuk penghantaran.
dari satu segi, kita rasa untung.
Dari satu sudut lain, kalau barang tu tak berapa bagus, kita yang rugi.
Nasib baik belum terjebak dgn Chilindo, takut ketagih n beli benda yg tak perlu
Takpe.
Jangan terjebak ye.
Bahaya.
Haha.. tak pernah lagi main bid kat sini.. bimbang pulak nak main bid2..