Huh.
Dalam 8 hari ini, perang antara Ukraine dan Russia semakin panas.
Dari sudut hati kecil, Russia akan menawan dan menjajah setiap inci muka bumi Ukraine,
dalam sebulan dua ini.
Ya.
Mungkin.
Sejarah mereka mungkin lama.
Atuk dan nenek moyang mereka pernah bersatu hati menghalau musuh yang sama. Tetapi setelah masing-masing membawa haluan masing-masing setelah menang dalam perang yang lama itu, kini Ukraine acah-acah mengusik Russia.
Balasannya, Putin terus buka buah silat sampai kepala nuklear misil diaktifkan diseluruh negara dan membuatkan satu dunia terpana. Satu dunia rungsing dan risau. Satu dunia membahaskan isu yang sama.
Tak sangka bahawa Putin akan berbuat demikian.
Biden tak tahu nak buat apa.
Zelensky terus tak tahu nak buat lawak apa yang mampu mengendurkan hati Putin agar tidak lagi menyerang negara Ukraine.
Zelensky keseorangan tanpa siapa mahu membantu.
Hanya sekadar “lips services” sahaja dari kawan-kawannya.
Ini perang, yang pastinya akan melukakan hati ramai orang.
Kita sebagai “orang luar” yang tak macam luaq sangat ni pun tak tahu nak “react” macam mana.
Nak sokong Ukraine pun, depa pernah sakitkan hati umat Islam. Nak benci Russia pun, depa pun macam tak ngam dengan kita.
So, kita duduk atas pagar sahajalah buat masa ini.
Ya.
Dalam Islam, perang itu perlu bila agama itu tercalar atau diperkotak-katikkan.
Perang nabi palsu, perang agama palsu, perang orang yang murtad.
Dan sebagainya.
Malah, perang saudara selepas nabi wafat pun pernah berlaku. Perang antara umat Islam sesama sendiri.
Inikan pula perang kafir lawan kafir.
Susah nak cakap.
Kita sebagai “spectator” juga terkelu lidah untuk berbicara walaupun dah cukup jaguh dalam Red Alert 2 atau Warcraft 3 apatah lagi Age of Empire 2.
Nak menang dalam Clash of Clan pun dah cukup susah nak kawal kubu setiap hari.
Inikan pula nak berperang dengan kedudukan kita yang belum cukup ampuh.
Ditambah lagi, kita sendiri masih berperang dengan Covid-19 yang tak pasti bila akan sampai titik noktahnya.
Dingerikan lagi dengan serangan banjir dari kiri dan kanan.
..
…
Tak cukup lagi, perang dalam Facebook dan Twitter yang tiada kesudahan yang pernah baik.
Cukuplah weh.
Geram sebenarnya. Sedih sebenarnya.
Hati ni dah cukup penat.
Penat dengan perangai orang dunia yang pentingkan kepentingan peribadi yang tidak ada batasnya.
Kesimpulan
Sejujurnya, aku tak nak tulis kisah perang ni.
Kita mencari pelangi yang indah.
Pelangi kedamaian dan cahaya keamanan bersinar setelah pilu dari kesan Covid-19 masih berterusan.
Aku cuma harap perang ini tidak melarat ke negara lain.
Mujur pak Biden cukup penakut untuk membantu Zelensky. Mujur negara lain tidak mampu untuk membantu. Jika tidak, aku tidak tahu apa yang bakal berlaku.
Mujur juga Mando dan Boba Fett tidak membantu.
Memang perang akhir zaman itu berlaku.
Itu maknanya tanda kebangkitan dunia menuju ke hari pengakhiran.
Itulah, itu.
Mungkin ini adalah titik mulanya.
Mungkin api kemarahan sedang ditiupkan.
Mungkin sudah hilang sikap adab dan akhlak manusia untuk terus bertoleransi.
..
…
Ya.
Segalanya mungkin.
1,347 total views, 3 views today
Atas kertas, serangan Russia adalah satu jenayah. Tapi atas conggakan teori konspirasi, tindakan Russia adalah perlu untuk membendung NATO dan keperluan akses ke Laut Hitam.
Ya.
Semua orang tahu.
Tapi diam adalah senjata ampuh yang mereka tahu.
agak tidak adil bila dalam bolasepak rusia kena boikot. team chelsea pun kena tempiasnya. bila pemain tunjuk solidariti untuk palestine pemain tuh pulak kena tindakan. bila ukraine kena, diaorang buat solidariti boleh pulak..
Ya.
Memang tidak adil.
Tapi itulah sahaja keadilan yang mereka tahu.
didoakan rakyat mereka selamat..
konflik pemimpin maka rakyat akan menerima akibatnya..
inilah perang yang wajar kita elak..
peace no war
Kerana kesilapan pemimpin, rakyat yang menanggung kesannya.
Ada sebab politik Russia terpaksa bertindak apabila Ukrine mohon diterima keanggotaan NATO. Russia masih nampak berkuasa dan disokong oleh negara China.
Ya. Politik punya angkara.
Semuanya jadi serba tak kena.
Masa perang ni, apa2 berita yg keluar dari kedua-dua pihak tak boleh percaya 100%, sbb itulah tektik perang, menipu dibolehkan. Masa perang juga boleh lihat perangai negara lain.
Perang samada menang atau kalah, kedua2 akan mengalami impak yg sama tidak kisah besar atau kecil iaitu Kemusnahan harta benda dan kehilangan orang yang tersayang.
Ya. Perangai yang membuatkan rakyat merana untuk satu tempoh yang lama.
Sedih, tapi benda dah jadi.
Sebuah perang menelan korban,
Yang jelata menjadi mangsa.
Berkubur hidup yang aman,
Angkara mereka yang berebut kuasa.
Ya.
Telan korban yang besaq.
Akibat kerakusan dunia dan mengejar kerakusan dan ketamakan diri.
semoga perang ini tidak berpanjangan..
Dah panjang sangat dah ni.
Tak tahu apa kesudahannya.
Rakyat yang tersepit jadi mangsa.Semoga negara kita dijauhi dari peperangan. Lama tak datang sini baca post. 😁
Ya.
Rakyat tersepit.
Kita yang melihat, hanya mampu terus melihat kerana sukar untuk mengubah sesuatu.
Dah berbulan mereka gaduh. Harap-harap krisis makanan tak sampai melarat ke negara kita la ye.
Dah sampai, ada kilang biskut tutup rugi juta2