Ya.
Aku ada terbaca tentang “Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor” nih.
Rasanya bolehlah apply kot?
Tapi syarat kena 5 tahun menetap di Johor tu, memang membuatkan aku tak layak nak buat permohonan rumah mampu milik negeri johor ni.
Tapi kalau guna nama bini aku untuk apply, aku rasa tak ada masalah kot. Dan kalau ikut gaji + elaun bini, rasanya layak gak apply untuk kategori RKR 4 dan ke bawah. Kalau gabung gaji suami isteri, kategori PKJ A, PKB B dan RMMJ pun lepas dah lebih dari layak.
Syarat Permohonan Rumah Mampu Milik Johor
Sebolehnya, nak ada satu rumah kat Johor dan ada satu rumah kat Selangor nih.
Mudah untuk pergerakan dan kerja aku. Takdelah nanti pergi Johor, dok asyik menumpang aje. Dan bolehlah kengkawan blogger nanti datang beraya kat rumah aku di Johor nanti. Tak perlu dah datang ke Banting. Jauh tu. Dan kalau nak buat rumah terbuka pun, orang Johor pun boleh datang beraya sekali dan singgah pekena cendol simpang renggam. Orang Selangor dan KL pula, haruslah turun ke Banting ye. Lepas tu, jangan lupa pekena cendol banting.
Jadi, dok bincang dengan bini.
Ok ke tidak.
Nak ke tak nak.
Ke nak rumah lagi MAHAL lagi?
Kalau bini comel tu setuju, aku ON aje.
Maklumlah, rumah nama bini. Aku rasa dia mesti suka.
SEBAB aku yang akan BAYAR semua tu. Tak nak satu sen pun bini yang bayar.
Dan juga kerana aku rasa aku mampu beli dan bayar rumah harga nih.
Kalau aku mati nanti, sekurangnya, dia dah ada rumah untuk tempat tidur dan tempat berlindung dari serangan raksasa oren dari Planet Gorgos yang tidak berhati perut. Jangan risau, nanti aku pasang pistol laser kat bumbung rumah. Raksasa tu datang je, automatik kena tembak sebelum masuk ke orbit Bumi.
Paling tidak pun, anggap aje ini sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan yang pertama walaupun belum lagi genap setahun.
“Awak suka kan hadiah saya ni? Ni je yang saya mampu untuk awak..”
…
….
Untuk memohon, mohon disini –> Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor
** Tapi, permohonan itu lepas atau tidak. Kena tengok lah. Kalau lepas, ok. Kalau tak lepas, tak apa. Cuba lagi sampai lepas. Haha..dan korang pun boleh BELAJAR cara nak beli rumah, leh baca buku ni –> Rahsia Pinjaman Perumahan yang patut Orang baru kahwin tahu.
Ps: Cuma kena isi borang nak online sahaja. Mudah gak la benda ni.
13,425 total views, 1 views today
Untung bini dapat suami macam ni. hahaha
Yang untung, bini gua.
Gua takdelah untung sangat. hehe
elok sgt tuh, kalau dapat ambik. Kalau tak duduk sewakan atau pun buat homestay. Homestay lagi best.
Haha.
Itu plan kedua.
Plan gua, memang nak duduk sana terus.
Untung laa satu nama dekat johor satu nama dekat selangor 🙂
Sekali lagi..
yang untung adalah BINI gua.
Harap maklum.
Dengan komisen affiliate yang masuk tiap bulan, rumah yang tak mampu milik pun boleh dimiliki ni….
Bolehlah sikit-sikit.
Dapat beli satu dua rumah pun dah cukup bersyukur dah.
Tengah berkira-kira nak beli jugak. Tapi bila memikirkan dah menetap kat selangor, hold dulu la.
Ohh..
orang rumah orang johor kah?
Bahagia doh rasanya jadi isteri encik titan…emm saya pun sekarang ni cuba usahakan dan cari jalan..supaya dapat satu rumah atas nama sendiri..kalau saya mati pun, rumah tu akan jadi harta anak-anak..tak nampak kejam sangat saya ni..hahahaha… 😈
Ya.
Gua harap bini gua bahagia disamping gua. Haha
“Kena menetap 5 tahun di Johor”
Hmm.. macam mana dia tentukan samada kita ada menetap selama 5 tahun di Johor tu?
Haa..
yang tu aku pun tak tahu camana diorang tetapkan.
Aku ada email diorang.
Kalau diorang tak balas, aku kena call la gamaknya. Haha
Takpe Banting dari Putrajaya xdela jauh sangat. Leh lajak gi mandi kat Morib. hehe
beli ja rumah kat sini, senang aku nak jumpa blogger mcm hang,..
bagus juga beli rumah kat Johor ni.
Ambe dah beli sebiji kat Johor ni…
Nanti kalau bro dah duk Johor bolehlah ngendol selalu…huhu
tahniah anda ada banyak info dlm blog ni. akak sangat suka baca blog anda dan ianya banyak menajdi rujukan dalam penulisan akak. tq yr.. dari http://www.yatiadam.com
saya anak jati johor tapi skang keje dekat selangor..camne tu??? mesti tak lepas untuk apply kan..
kawan saya dah berjaya dapat..