Bila kena batuk sejak kebelakangan ni, aku teringat masa aku kecil dulu. Selalu demam dan batuk. Memang aku agak menyusahkan mak dan abah aku ketika kecil. Sudahlah nakal, buas bukan main. Tapi yang paling aku tak leh lupa, aku memang selalu sakit masa kecil.
Demam, batuk, selsema, sakit perut, pening dan macam-macam lagi. Belum lagi campur campak, cacar, kudis buta dan sebagainya. Pendek kata, berhabis juga mak abah aku hantar aku gi hospital, klinik dan sesape yang pandai berubat. Bermacam-macam jenis ubat aku dah telan. Kiranya dalam badan aku, ada macam-macam dadah dah masuk sebab telan banyak sangat pil-pil tu dari kecik. Masa dah besar sikit ni, agak kurang sikit la. Tak seteruk dulu. Tapi aku akui, dulu memang aku sendiri rasa memang aku sakit. Kalau tak, tidaklah aku ingat sampai ke hari ini.
Hari ini aku batuk lagi. Teruk juga. Biasanya, aku telan dalam 2-3 botol ubat batuk. Dan insya-Allah, batuk aku akan berkurangan dan akan hilang. Tapi macam tak kebah-kebah lagi batuk ni. Esok dah kena drive ke Lipis. Aku harap selepas tidur nanti, batuk aku kebah. Tak best kalau drive ketika batuk-batuk ni. Boleh menganggu pemanduan aku yang berhemah tu nanti.
Dari tadi, memang air suam yang aku minum Takde selera betul nak minum air lain. Selain ubat batuk, panadol selalu menjadi peneman setia. Aku tahu tak berapa elok bantai panadol selalu. Tapi itu sahaja yang aku ada ketika ini. Nak gi klinik, malas. Bukan mahal pun bayarnya. Tengoklah, kalau minggu depan masih macam ni, aku gi cari antibiotik la kat mana-mana klinik.
Serius, aku tak suka batuk-batuk ni. Sakit jiwa dan kerongkong mahal aku tu..
2,658 total views, 2 views today
Semoga kesihatan bertambah baik..
Doa gua agar lu cepat sembuh. Batuk ni susah nak hilang, gatal tekak uhhh dasyat.
paling lama aku tak batuk pun 2 tahun, lepas tu batuk balik.