Aku rasa, ramai yang pernah kena, kan?
Tapi, dalam banyak-banyak..aku PALING TAK SUKA
bila kena macam gambar dibawah ini.
Aku tak hargai usaha korang update info terkini.
Asalkan artikel korang menarik untuk dibaca, ya. Aku suka. Lebih menakutkan lagi, bila artikel korang ditulis dengan gaya bahasa dan gaya penulisan yang MENARIK dan tak terkalah, aku takkan segan-silu untuk LIKE atau tekan butang G+ untuk artikel tersebut.
Tak perlu nak paksa-paksa macam ni.
Kalau korang yakin dengan blog korang, yakin dengan artikel korang. Like-like itu akan datang sendiri. Itu lebih membanggakan daripada korang BANGGA bila blog korang dapat banyak LIKE berbanding dengan menggunakan cara paksa-paksa begini.
Dah la paksa orang like. Nak tekan butang PANGKAH pun tak ada. Nampaknya, memang kena like, barulah leh masuk blog ni. Â Sama juga dengan blog yang nak masuk, kena tunggu 9999 saat. Kalau kita like, terus boleh masuk.
CUBA bayangkan kalau ada orang TAK ada akaun Facebook? Bayangkan makcik-makcik dan atuk-atuk korang yang tengah dok cari maklumat tetiba masuk ke blog dan jumpa menatang kat atas tu.
Tak sakit jiwa atuk-atuk tu??
So..kembali ke persoalan asal.
Aku like atau tidak?
..
…
Korang dah tahu kan apa aku buat?
Bagus.
Tak payah aku taip.
Ps: Ayat hang kacak tak terkalah. Aku memang like banyak-banyak punya. Tak perlu risau. Aku yakin dari 346 orang yang like tu, 99% rasa menyampah masuk blog tu.
4,166 total views, 1 views today
Betul tu, ada sesetengah tu MJ terus kilik (X) je.. Sbb nak LIKE ni nak kena baca dulu kan, kalau menarik baru boleh LIKE kan 🙂
itulah.
biarlah. budak-budak. Malas kekadang nak layan.
kompem aku menyampah..ahaha
hang memang menyampah aje sepanjang masa. haha
yang terus ada butang pangkah tu masih ok, tapi yang siap ada masa tuh yang tak syok tuh…den terus cabut…
yap.
selalu gua blah terus.
betul tu tak yah paksa2..kalau nak letak jugak, letaklah sekali butang pangkah…
masalahnya, ramai yang guna skrip yang sama. skrip tu plak, memang takde pangkah. ayat pujuk baik punya..
tekan LIKE berbentuk (X) kat browser je senang..
itu yang selalu aku buat.
entalah..nak like sangat la katakan..
buka setakat sakit jiwa sakit hati kerna aku tak reti nak buat macam ini kui,kui,kui
bukan susah pun nak buat.
janji lu ada skrip aje. skrip banyak yang free-free kat luar sana.
Betul tu..saya tak setuju..kalau ada butang pangkah dekat plugin LIKE tu saya pangkah jer…paling teruk lagi, itu mungkin persinggahn saya yang terakhir..hahahaha..melainkan blog tersebut tiap2 hari singgah mengomen di blog Pondok Kecil..
dia rajin komen ke tidak. kalau aku dah menyampah, menyampah la gak. haha
memang aku tak baca dah blog ada camtu. aku lari blog lain
peh, sempat lagi hang lari ekk. hehe
Orang macam ni, caranya mudah.
Tak payah jadi blogger / penyampai berita.
Menyusahkan. 🙂
hoho..
biarla dia. malas dah aku masuk blog tu. Tahu dah siapa dia kat facebook.