Okeh.
Oleh sebab boleh tahan ramai gak yang tanya tentang Tenko T7 yang aku dah beli beberapa hari lepas itu. Aku akan cerita sikit pengalaman aku guna benda ni dan juga cerita bagus atau tidak benda ni.
Perkara yang baik tentang Tenko T7 ni..
Murah dan berpatutan.
Bagi aku, harganya murah. Kenalah dengan spec yang ada dalam Tenko T7 tu. Maklumlah, Barang dari China. Hasil peniruan yang boleh aku katakan memang hebat dan menakjubkan.
Cuba tengok spec Tenko T7 yang dipaparkan.
- 7″ screen
- Android 4.1 Jelly Bean
- 4GB internal / 512MB RAM
- All Winner A13 Cortex A8 1.2GHz
- WiFi
- 0.3MP front / rear cameras
- microSD up to 32GB
- Supports external 3G dongle
- Antara Top 5 tablet yang paling laris dijual di Lazada.
Skrin yang besar dan masih boleh masuk poket seluar kebun aku. Tak perlu beli beg besar-besar macam makcik-makcik selalu pakai. 7 inci tu beb. Bukan kecik sebarang. Kalau lempang murid aku pun, takkan meninggalkan bekas yang nyata. Cuma terasa sakit dihati sahaja. Pendek kata, puas hati.
Bagus ke Tenko T7 ni?
Tak ada masalah bila nak surf online. Nak tengok notifikasi facebook, nak tweet dan nak tengok email kat Yahoo dan Gmail pun tak ada masalah. Yang penting, setup betul-betul dan pilih aplikasi yang sesuai dengan spec yang Tenko T7 ni mampu tampung.
Oleh sebab RAM dia cuma 512 MB, tak sesuailah aku nak main game-game besar dan juga game-game yang berat-berat. Kelajuannya tidaklah selaju korang pakai smartphone dan juga laptop. Kalau nak download benda berat-berat pun, aku tak galakkan sebab lama nak tunggu. 512 MB maa, celah mana leh lawan kelajuan laptop baru aku tu yang ada engine 8 GB untuk RAM sahaja. 16 kali ganda lebih laju kalau nak dibandingkan. Haha..
Ada wifi.
- Leh main internet, main facebook, install aplikasi yang best-best.
- Leh download benda bukan-bukan.
- Leh tengok peta, leh sokodeng Fatin Liyana hari-hari..
- Dan macam-macamlah.
- Leh gak tengok komisen jual ebook dah masuk ke belum.
Kualiti gambar dan video.
Gambar, memang takdelah selawa yang aku ambil dengan videocam aku. Jauh sekali lebih lawa jika kita ambil dengan Samsung Galaxy S4 yang aku review hari itu. Jadi, kualiti gambar adalah biasa-biasa sahaja. Ada kamera depan dan belakang.
So, kalau korang nak beli. Korang mesti bersangka baik dengan harga yang ditawarkan. RM149 tu, cukup murah. Dapat spec yang bersesuai dengan tablet tu. Space yang diberikan memang kecik gak la. Tak besar sangat. Tapi korang boleh topup dengan external microSD ke 32 GB. Bolehlah letak video berat-berat dalam tu kalau nak.
Tak boleh buat call.
Oleh sebab benda ni takde fungsi nak buat call disebabkan tak ada simcard dalam Tenko T7 ni. Jadi, tak perlulah nak maki hamun kalau korang tak jumpa walaupun dah merata korang cari “button call” dalam benda ni. Aku terajang korang korang tujuh kali berturut-turut nanti.
Tapi kalau mengada nak buat call, korang gi install apa-apa aplikasi yang boleh buat call macam skype ke apa. Leh la layan secara percuma sampai habis bateri.
Benda ni bagus sebab kalau korang bagi anak atau isteri pakai atau kekasih hati, tak perlu nak pening kepala nak fikir pasal kena topup prepaid atau bayar bil bulanan internet setiap bulan. Murah dan jimat.
Ya. Agak lama la jugak. Biasanya 5-6 jam aje. Tapi aku pernah dapat guna selama 7 jam. Memanglah bukan direct 7 jam aku pakai. Tapi, boleh tahan gak la lama. Takdelah aku kena caj banyak-banyak kali.
Cincai, puas hati la. Harap boleh tahan lama.
Oh ya, kalau korang JADI beli nanti. Korang boleh caj Tenko T7 ni melalui 2 cara. Satu guna plug yang dia bagi. Tu bukan plug yang biasa tu. Ada plug khas dia. Tak pasal-pasal aku kena gi kedai beli plug baru tu. Dan satu lagi, leh cucuk ke laptop korang. Nanti dia curi sikit tenaga elektrik dari laptop tu, transfer ke tablet kecik tu.
Warna tablet Tenko T7.
Ada warna hitam dan putih. Aku terambil warna putih.
Tak apalah. Putih itu suci. Sesuci hati aku. Haha..
Kesimpulan.
Masih puas hati. Kena plak dengan harga semurah itu. Jadi, takdelah aku terasa sangat nanti kalau rosak atau apa-apa yang tak baik seperti berlaku keretakan atau pendarahan dalaman berlaku nanti.
Benda ini sesuai jugaklah kalau korang nak bagi hadiah hari jadi kat anak-anak korang yang kecik-kecik tu. Sekurangnya, bolehlah diorang layan main game yang mudah-mudah tu. Takadalah korang risau diorang merayau tak tentu pasal kat luar sana.
Dah,
Itu sahaja.
Siapa nak beli, beli kat Lazada. Klik link ni – Tenko T7
13,825 total views, 1 views today
hehehe…sayakah Cik F tu?hahaha 😆
RM 149 untuk tablet 7 inci memang sangat murah.
Berbaloi sgt la spec dengan harga tu kan. Tp , disebabkan smartphone pun belum ada lagi. So , better kumpul duit untuk beli smartphone dulu.hehe
Boleh tahan juga tablet ni,harga memang berbaloi..anak sedara minat main tablet jugak
Buat untuk anak-anak memang sesuai. Tempoh hari kena lempar oleh anak pecah skrin. 🙂
Aku takut tak tahan je…
budak sekarang memang pandai men tablet tu.. umur kita dulu ape pun tak tahu.. haha tahu men guli je lah..
Boleh belikan untuk anak aku nanti..l
murah memang murah…tahan berapa lama agaknya…pernah beli yg murah tak sampai setahun dah out…huhuhu
Kena jaga elok-elok la.
Baru boleh tahan lama maa..
hm.. cam best je
upload stock rom die bleh x
ok dah tu ngn harga..ngam ngam jer =)
mmmg sesuai dgn harganya…
kalau tablet skrg dah rosak boleh consider beli buat anak main…
wokey, dapat bonus, kawe order dari Lazada
kira berbaloi la ngan harganya kan
murah gila ni. jaga elok-elok rasanya boleh tahan lama.
Siapa yang bergelar Jutawan @ Usahawan berjaya tu.
InsyaAllah, rasanya boleh beli 10 tablet atau 30 dan keatas tablet ni & sedekahkan kat anak-anak yatim.
InsyaAllah, berbaloi sangat. 🙂
Memang aku tengah cari tablet harga bawah RM200 ni. Aku nak beli 2 biji. Anak aku asyik berebut je nak main ipad. Tunggu bonus bulan januari nanti , lazada tunggu aku. harap masih dapat beli dgn harga murah mcam ni…
la…ingtkan boleh buat call..baru jer nak beli tadi..hehe
[…] try macam-macam gadget seperti Tenko T7, Samsung S4 dan Ninetology […]
patutlah ramai orang beli tab ni…tp sayang xblh bt call kan..
Sya pnh bli tab ni..tahan lasak..beli untk ank sy baby learning..hampir setaun pakai..b3 tahan lma..full cas tahan la 2 hri..tu untk bby yg mngadap..org tua mcm kt ni xtaw pulak brapa lm boleh than..tp sygnya tab tu dah rosak sbb bby sy pijak..hmpuk ats tilam lntai screen xpcah tp blank je..nk anta baiki mcm xbbaloi..pd yg nk bg kt ank ssuai la sbb than lsak n murah.
Bole simpan video x nk bg anak tgk video jer