Pernah minum air kotak?
Air kotak jenama atau syarikat manakah yang menjadi pilihan korang?
Yeo’s.
Itulah jenama atau syarikat yang menjadi pilihan aku selama ini. Sejujurnya, aku memang selalu memilih untuk membeli produk dari Yeo’s. Kalau nak difikirkan semula, mungkin sebab dari kecil aku ni memang suka minum air kotak dan air tin, mungkin sebab itulah aku boleh ingat jenama kegemaran aku ini.
Tapi, apakah sebab-sebabnya sampai aku suka benar jenama Yeo’s ni.
Inilah sebabnya.
7 Sebab Yeo’s Pilihan Semulajadiku
1. HALAL.
Sebab ada logo HALAL Malaysia inilah yang membuatkan aku agak yakin untuk membeli kebanyakkan produk Yeo’s terutamanya air kotak. Kalau korang perhatikan, setiap produk Yeo’s MESTI ada logo halal ini. Kadang-kadang, korang mesti tak perasan ada produk lain yang tak ada logo halal Malaysia. Main belasah aje beli, kan? Bila dah habis minum, baru teringat nak tengok logo halal ada atau tidak. Sekali, tak ada? Jadi, nak tak nak terpaksalah bersangka baik dan mengharapkan pelangi kekal ada 7 warna tanpa rasa bersalah.
Apapun, tak perlu ragu-ragu lagi dengan produk Yeo’s. Gunakan tanpa was-was.
2. Harganya Murah.
Kalau merujuk kepada harga air kotak sahaja, air kotak Yeo’s adalah paling murah pernah aku jumpa. Harga sekarang yang aku jumpa adalah SERINGGIT sahaja. Tahun lepas, harganya masih 90 sen. Tapi tahun ini, kebanyakkan kedai aku pergi harganya adalah 1 ringgit. Bagi aku, itu harga yang masih murah. Malah, harga air tin pun masih RM1.20 sahaja. Tapi tak semua kedai lah. Sesetengah kedai sahaja yang masih kekalkan harga itu. Ada kedai, naik sampai RM1.50. Tapi, masih harga yang cukup murah bagi aku. Kena plak perisanya bagi setiap air kotak Yeo’s ni memang sedap-sedap belaka.
Jadi, korang bolehlah mula membeli produk Yeo’s selepas ini. Murah dan sedap. Terbaik untuk dari segi harga.
3. Keselamatan, kesegaran, keaslian dan khasiat.
Yeo’s menggunakan Teknologi Teknologi PET Minuman Isian Sejuk Aseptik (Aseptic Cold Fill PET Technology). Ini salah satu sebab Yeo’s nampak berbeza berbanding syarikat yang lain. Teknologi yang pertama di Malaysia. Produk Yeo’s semuanya diproses dalam suhu bilik dalam keadaan bebas kuman. Tujuannya untuk mengekalkan kesegaran, keaslian dan khasiatnya serta bebas bahan pengawet.
Kiranya dari sudut keselamatan, memang sangat bagus. Tapi tak lama lepas ni, mesti ramai gak syarikat lain tiru. Haha..
Barang baik, produk baik dan disukai ramai, pasti akan ramai orang akan tiru.
4. Perisa yang pelik tapi sedap.
Kalau korang bandingkan dengan jenama air minuman yang lain, Yeo’s memang agak PELIK sekali. Sebab mereka ada jenama air yang pelik belaka. Antara perisa pelik yang jarang jumpa kat syarikat lain adalah Air Soya Hitam, Coconut Juice dengan pulpa kelapa, Teh Kundur, Yogurt Original (ada yang perisa grape dengan orange kalau tak silap aku) dan perisa Durian Belanda pun ada. Ini semua memang perisa kegemaran aku kalau membeli air minuman dari jenama Yeo’s.
Kalau yang Yogurt tu, aku lebih suka perisa Original. Memang hilang dahaga selepas jogging 10km setiap petang. Tapi kekadang, selalu habis kat kedai. Terpaksalah aku minum Yeo’s Yogurt perisa yang lain pula. Mana tidaknya, orang yang selalu borong kat kedai tu, memang akulah selalunya. Macam mana tak habis. Haha..
5. Peneman baik setiap malam.
Oleh sebab sekarang memang aku tengah gila menulis blog. Hampir setiap malam aku akan kerja sampai ke subuh. Jadi, salah satu peneman aku adalah air kotak Yeo’s. Selalu beli terus yang ada 6 kotak tu, letak dalam peti sejuk. Bila rasa haus, bukak peti sejuk, cucuk straw dan minum dengan penuh kasih sayang.
Tapi selalunya, aku bahan 2 kotak satu malam kecuali waktu-waktu kritikal. 6 kotak air kotak Yeo’s tak ada masalah untuk aku baham satu malam.
Ada orang kata kita akan jadi gemuk sebab minum banyak sangat air kotak? Tak ada masalah. Aku selalu jogging setiap petang. Jadi, kalau ada gula yang cuba membuat percubaan untuk menjadi lemak, akan disingkirkan pada setiap petang. Ini barulah dinamakan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Kena jaga diet pemakanan dan selalu bersenam. Barulah tak sakit aje selalu. Hehe..
6. Sejarah dan rekod Yeo’s memang menarik.
Mari kita baca beberapa rekod dan sejarah Yeo’s yang memang berbeza dan menarik berbanding syarikat-syarikat minuman yang lain di Malaysia.
- Merupakan syarikat yang pertama di dunia memperkenalkan minuman dalam kotak (tahun 1967).
- Merupakan PERINTIS bagi produk kari ayam dalam tin.
- Merupakan syarikat pertama di Malaysia membangunkan dan membungkus minuman berkarbonat perisa buah-buahan tropika di bawah jenama “Fizzi” (tahun 1984). Masih ingat lagi tak?
- Merupakan Perintis produk 100% jus campuran buah-buahan (tahun 1984).
- Menganjurkan satu contest yang menawarkan hadiah lumayan sebanyak RM20 ribu dan produk Yeo’s dalam Yeo’s Funderfool Video Contest. Itu tak campur lagi hadiah tempat kedua dan ketiga. Berapa banyak syarikat minuman yang sanggup tawar hadiah macam itu?
- Merupakan penaja utama bagi Sepetang Bersama Blogger 2014 bersama Denaihati Network.
- Mempunyai pelbagai jenis produk. Tidak terhad kepada produk minum sahaja. Antara produk Yeo’s ialah kicap botol, kari ayam dalam tin, taucu, mi cintan, sos Soya dan macam-macam lagi. Haa..TAUCU pedas pun ada jugak tu. Wahh..
7. Tabung Kahwin 4.
Haha..mesti korang gelak punya. Aku ni, memang jenis kreatif sikit. Lepas kita guna produk diorang, aku jenis tak buang baik yang air tin atau air kotak tu. Selalunya, aku akan jadikan bekas letak pen dan pensel ataupun aku buat tabung. Contohnya, seperti tabung kahwin 4 yang aku buat dibawah ini.
Dah penuh tabung tu, aku pindahkan ke tabung yang lebih besar. Ini juga salah satu cara untuk aku kumpul duit syiling untuk bayar tol dan juga tiket parking kereta kat Banting selalu.
Kesimpulan.
Yeo’s memang cukup sinonim dan popular dari branding air minuman. Memang susah nak BEAT dah. Cuma produk-produk yang lain mungkin promosi perlu dilakukan dengan lebih meluas. Sejujurnya, produk mereka seperti Mi Cintan atau Taucu Pedas Yeo’s mungkin tak berapa kenal dikalangan orang kita. Mungkin sebab kurang popular dan promosinya tak berapa cukup. Jadi, memang sayang kalau produk bagus tidak diketahui oleh ramai orang. Betul tak?
Okeh.
Itu sahaja 7 Sebab Yeo’s Pilihan Semulajadiku
Semoga terhibur membacanya.
** Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

25,272 total views, 1 views today
wah..hebat tuan titan kita nie..siap ada tabung kawin 4 tu.heheheh
kenalah.
ingat senang ke nak kahwin empat. Modal mesti besar maa. haha..
yeos dan soya berpisah tiada 😀
Haha..
Betul jugak tu. Yeos soya memang best.
waaaahhhhh… boleh jadi tabung kahwin empat yea…
Bulih.
Apa pasal tak bulih plak. haha
perghh.. kreatif kreatif !
Kreatif bab mana tu? 😯
Ingatkan tuan hanya suka cendol jer…hehe Good luck bro!
p/s: Kena syorkan yeo’s buat cendol dalam kotak…senang nak minum dimana2!
Cendol tu untuk memberi tenaga.
Yeos ni..sesuai untuk dalam kereta. 😉
pergh siap ada bt tabung lg haha..ni cara nak menang ye? 😛
INi cara nak kumpul duit untuk kahwin empat. haha
peti ais kat pantry nie penuh dengan air yeos..
Amboi..sampai penuh peti ais tu.
tabung utk belanja kwn2 cendol? 👿
Bukan hang ke kena belanja aku cendol nih? 👿
Bagus-bagus..jarang ada org bujang nak simpan duit sb nak khawin 4 , selalunya simpan duit sb nak khawin je.. 🙄
Haha..
impian harus digerakkan dengan lebih awal. Baru boleh jadi kenyataan.
pergh… kalau ada yang baca entry ni tapi korang tak mau tinggal komen memang korang pemalas habis…
baru tahu hari ni yeos adalah syarikat pertama memperkenalkan minuman berkotak…
Terbaik dari ladang lah entry ni…
Aku pun baru tahu gak sebenarnya.
Ingatkan syarikat lain.
Bagus! Aku cukup suka bila ada yang ada kesedaran pasal Halal. Nak minum nak beli, pastikan ada tanda dagang Halal JAKIM. Bukan apa, selalu dengar orang kata macam ni
‘ Tak dak logol Halal tak semestinya produk tu tak halal’
Puii 1000x.. Kalau produk non muslim buat perangai macam tu gelap la hati. LOL
DAN YEOS ni memang fav sejak kecik sebab murah. Harap team Yeos boleh apply sijil ISO pulak lepas ni, baru ummpphh produk. Nak masuk Japang pun boleh 🙂
aku memang selalu check kalau beli barang-barang berkotak atau berbotol nih.
good luck, yeos memang pilihan semulajadi 😉
Yeos memang terbaik.
Minumlah selalu.
ingat yeos ingat soya bean
Ehh..
ingatkan ingat mr bean tadi. hehe
7 sebab ni yg buat aku suka minum yeo’s…hhoho
eh, perisa durian belanda pun sodap woooo!
Mostly, perisa yang yeos ada ni memang sedap-sedap belaka.
hahaha..sebab no. 7 tu memang kreatif..
apa pun, nice entry.. 🙂
Hehe..
haruslah begitu. Kan? kan?
dah ada 7 sebab yeos pilihan semulajadi adakah lepas ni cendol diketepikan? hihihi..
Mustahil.
Cendol tetap dihati dan sanubari aku. 😈
oho..dah buat entri dah..lajunya..:D
Ahaa..
dah buat dahh. 😳
cari yang halal itu kewajipan, yang pelik tu buat kita nak cuba.
billion terima kasih kerana sudi sertai Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger, cabaran affiliate dan semoga sukses.
Ya.
Cari yang halal itu perkara yang wajib bagi kita sebagai umat Islam. 🙂
Kenapa tabung kahwin lu terngaga tidak bimbang Micheal pau. 🙂
Maikel tak larat nak pau.
Bawa seposen pun terkehel pinggangnya.. 😈
air yogurt yg perisa original tuh memang sedap~ baru rasa 2 hari lepas… rasa dia unik. tak macam air yogurt original dr jenama lain yg biasanya ada rasa/bau masam…
Nmpknya Yeo’s dh jd faveret baru bro Titan selain cendol..hehe
Tak la.
Cendol tetap dihati. Haha..
terbaik!!! good luc 😉
Oooo minum yeos tak kongsi ekkk..malamni baru nak nikmati air yoes..haha..gud luck encik titan…cendol leh la lupakan lepas ni..kan??? 👿
Tak leh.
Cendol adalah cinta pertama gua juga.
bagus..entri yang terbaik dan menghibur.semoga berjaya kelak!
Jarang kawe beli Yeos ni. Ada perisa kopi tak?
tak pasti la plak ada perisa kopi ke tidak.
Rasanya macam tak ada aje..
Hahahahaha ada tabung kawin tu yang tak mnahan.. kawen 4 lak tu.. amboi adah dah perancangan..
perancangan mesti dilakukan dengan lebih awal.
Baru lah impian boleh tercapai. hehe.. 😈
tabung kahwin 4 tu..macam senang je nak keluarkan duit..hehe
Dah penuh, pindah ke tabung yang lebih besar.
Hehe..tabung besar dah penuh. Pindah ke dalam bank. 😈
nanti aku doakan lu kahwin 4
Aminn.
Aminnn. Mudah-mudahan tercapai hendaknya.
rasanya kena cadangkan kat Yeo’s buat program dengan sekolah pun bagus gak kan…
itupun bagus jugak. hehe..
selamat berjaya tuan titan, idea tabung kawen tu best…hehe
Mestilah best.
Mesti ramai yang tiru nanti. haha
gua nak buat tabung kawin gak la. hahaha
Haha..
Itu kena minta izin bini pertama dulu maa..
oh..bab tabung tu memang takleh lawan ngan sapa-sapa
haha..
hang pun leh wat punya tabung tu kalau nakk..
wah sampai 7..
sop mampu bg 3 jer.. hehehe
kih3.. tabung 4 kahwin tu bos.. salut2
pasai hang minum soya bean ka..
all d best bos
wah minum sampai bekasnya sedikit kemek heee… tak cukup 4 lagi tak tahulah..
penuh satu tabung tuh biasanya boleh dapat berapa tuh bro..?? hehe…
den dah SHARE di facebook ya bro…=)
yang atas2 tu macam ala,, semua orang suka yeos,, tup tup keluar pasal tabung kawin 4,, dah penuh tu,,, dah bilanya majlis? kah3
yang ke 7 tu yg x tahan tuh..hhaha good luck bro utkkahwin 4…semoga bini pertama bg green light..
Salam.. kenapa hanya 7 sebab saja bukannya 10 sebab. Apapun artikel yang meanrik. Semoga berjaya buat bro…
tak membazir sampaikan kotak pun dibuatnya tabung…good luck..dan dah tekan G+ pun kat entri ini
Selamat Maju Jaya Bro 🙂
Ikhlas;
ProfHariz