Ya.
Kisah sontot bagi pemain Emas ETA(Estimated Time Arrival) menjadi panas pada tahun 2015 ini.
Aku rasa ramai dikalangan kawan-kawan aku yang dah terkena dengan skim Emas ETA ini. Ada yang ambil loaded tu, loaded ini, ada yang ambil BKB la, apa la, BFF la, pump la dan memacam lagi bergantung pada bahasa pengelola yang buat skim tuh..
Geng cikgu-cikgu, geng kerani, geng surau pun ada, ustaz sana-sini pun masuk gak, pensyarah kolej pun ada, yang kerja bank pun ramai masuk dan orang-orang kampung pun terjebak sama.
Semuanya nak duit cepat aje, kan?
Kisah Sontot Pemain Emas ETA 2015
Yang masuk 5-6 ribu tu, aku boleh kata takdelah teruk sangat ruginya. Lagi-lagi kalau diorang masuk awal. Bulan-bulan yang awal tu dapat la juga sikit habuan sikit, tapi yang jadi masalah adalah pemain-pemain Emas ETA yang masuk lewat. Baru masuk 4-5 bulan lepas, masuk aje tahun 2015 ni, duit dah tak dapat bayaran. Duit pending, hari-hari dok check akaun bank online dengan harapan duit refund tu dah masuk..
walhal hakikatnya dalam hati diorang..
Semacam dah tahu, memang 99% agak mustahil diorang boleh dapat semula duit diorang.
1% aje harapan untuk dapat duit semula itupun kalau pengelola NAK bayar semula.
Cerita Sebenar Tentang Emas ETA.
Lebih kurang ginilah ceritanya. Aku copy paste aje isi kandungan dari laman web Hargaemas.com untuk memudahkan korang faham. Dan aku adjust sikit ayat agar semua jenis manusia boleh tangkap maksudnya.
Bulan pertama
Ada satu orang ni, dia digelar Tok Sombong.
Tok Sombong ada modal 200k, dia beli emas 1kg = RM135,000
Dia akan jual emas ni dengan harga murah, contoh RM100,000 tapi perlu delay selama 30 hari. Tetapi dia tak buka di facebook, dia approach orang-orang yang mata duitan dan tak berapa bijak matematik dan memang pakar dalam bab-bab ajak orang. Orang-orang ini pula menamakan diri mereka sebagai pengelola/wakalah akan order pada sipolan A ni,
Tapi pada client, mereka akan beritahu yang mereka order dari kilang ( tak wujud pun kilang, sebenarnye order pada si A aje) dan pengelola pun buka la skim Emas ETA 30 dengan harga RM110,000 untuk 1kg.
Bulan ke dua
Balance duit Tok Sombong, ada RM165,000. beli lagi emas 1 kg, RMharga RM135,000. Tok tu gi jual emas ni harga murah lagi RM100,000 pada pengelola. kerugian kali ni, pun sama RM35,000
total kerugian = RM70,000.
Jangka masa untuk dua transaksi ini adalah 2 bulan dan dalam masa 2 bulan. Nama pengelola dah naik, sana-sini pung-pang trusted kiri kanan, Penyokong dan peminat susah mati pun tumbuhlah bagai cendawan diwaktu hujan. Diceritakanlah segala ilmu, teknik pusing, teknik ar rahnu, teknik cincin belah rotan walaupun tak logik sampai orang kita TERPAKSA percaya dan akan percaya.
Tapi Tok Sombong tu rilek je kat rumah, no publisiti. tak ada orang kenal pun, yang orang sebut-sebut dan maki-maki tu hanyalah pengelola sahaja.
Dalam cerita ni Tok Sombong adalah yang paling bijak. Sebab dia akan beli ETA dari pengelola secara senyap dengan jumlah yang banyak dari berpuluh-puluh pengelola yang lain dan lipat gandakan melalui beberapa orang yang dia percaya.
Sampai masa berKG emas yang dijanjikan pada pengelola, diorang tak deliver (sbb barang mmg takde), tapi pengelola perlu dahulukan duit sendiri untuk jaga nama, dan juga berharap kilang akan deliver.
Tapi sayangnya mereka pun tak faham sangat PERMAINAN ni. jadi bergadailah membayar emas client (termasuklah emas Tok Sombong yang diorang tak sedar Tok Sombong ni pun order pada diorang) dan juga Tok Sombong dah ada berpuluh-puluh bijik rumah berpuluh-puluh bijik kereta, hasil daripada tukaran dengan emas sebelum ini, sebab Tok Sombong ni tahu, orang yang tukar barang dengan emas ni, takkan pulangkan balik emas, sebab PASTI akan tersontot. sebab sistem ni dia yang cipta.
Jadi dia tahu apa kesudahannya.
Okeh.
Sekarang dengan modal RM200k Tok Sombong ni, agak-agak korang berapa juta agaknya dia berjaya kaut? Berapa banyak aset dan harta yang dia ada atas nama dia atau keluarga dia? Aku tahu ramai yang fikir “cilaka tok bomoh ni tipu aku hidup”, dan menganggap bahawa tok bomoh itulah Tok Sombong ni. Tapi aku rasa, tok bomoh ni pun kene tipu jugak, cuma depan orang ramai perlulah berlagak bijak. Leader marketing, biasalah, semua nak nampak bagus..
Dah. Itu aje ceritanya. Tak larat aku nak adjust ayat lagi.
End of story.
Apa pengajaran yang kita boleh dapat dari skim Emas ETA yang dah kena sontot ni?
Jika ada skim pelaburan yang beri keuntungan atau dividen lebih dari 8% atau 10% dalam sebulan, jangan sertai sebab memang skim macam ini memang akan jatuh tak lama lagi. Paling lama pun, 2-3 tahun itupun kalau “pandai jaga” dan tak ramai yang sertai.
Jika ada orang tawarkan jual beli emas atau jual beli rumah atau jual beli blog dan bagi umpan agar kita KENA deposit duit ribu-ribu ringgit dan kita dapat duit tiap-tiap bulan ke akaun bank kita secara tetap, aku harap korang takkan sertai juga program atau skim pelaburan emas sontot macam nih.
Trust me.
Benda ini tak lama. Yang untung, pengelola, leader atau wakalah yang sengih lebar. Yang masuk lambat, yang kecik-kecik tu..semuanya tunggu masa nak kena sontot. Pengelola pun nampak sangat tengah berdolak-dalik dan memang tahu cara nak lepaskan diri sampai korang pun tak boleh buat apa.
Nak report BNM, nak report polis dan nak report sana, takut duit kena kebas dengan BNM.
Jadi, macam mana sekarang? Apa tindakan korang yang seterusnya?
Emas atau modal dapat balik tak?
Dalam kes skim Emas ETA ni, bila dah jadi ramai join sampai jumlah Emas ETA terkumpul mencapai beratus-ratus TAN..korang agak lah..korang dapat balik tak emas tu? Modal korang tu leh dapat balik tak bulan-bulan? Untungnya tu lagi? Banyak tu nak bayar..pihak bank pun mesti pelik bila ada transaksi banyak-banyak nanti..
Itulah salah satu sebab benda ni akan sontot jugak tak kiralah korang suka atau tak. Walaupun kes kali ini sebenarnya mungkin disebabkan pengelola pun dok kena tipu dengan orang lain. Jadi, nak tak nak..kena susun strategi la untuk tutup program nih dengan segera sebab dah takde duit dalam tangan nak bayar..
Tipu atas tipu la kiranya. (Macam Liar Game aje dah aku tengok Skim Emas ETA nih..)
Kilang Emas kat Penjom tu pun..berapa ketul jongkong je keluar dari kilang dalam sehari.
Aku tahu sebab aku pernah praktikal kat sana. Tapi aku tak boleh beritahu berapa. Rahsia.
Dan kepada pemain skim Emas ETA ataupun pemain skim silver ke, rumah ke, skim token, skim lot 10 ke dan macam-macam skim lagi yang dah bersepah kat internet nih..
Jangan salahkan orang lain.
Pertama sekali, SALAHKAN diri korang. Sebab korang memang dah bersalah sebab terlalu percayakan cakap orang lain terutamanya pengelola yang nampak alim dan sangat dipercayai. Wakalah dan leader pun korang percaya gak..
Korang kena fikir betul-betul sebelum berniat nak join benda ni. Tanya orang lain. Tanya orang yang ada ilmu sikit. Tanya pada mereka-mereka yang ada kepakaran dalam skim labur-labur ni, tanya pakar kewangan, pakar ekonomi dan mereka-mereka yang arif tentang ilmu pelaburan ni.
100% dari mereka akan kata..
“JANGAN MASUK!”
Ya. Aku tahu..ada yang masuk juga sebab anak mata dah bercahaya-haya nampak duit yang bakal dapat.
Tapi, nahh..apa sudah jadi sekarang?
Nak refund modal pun tak lepas. Dengar cerita, pengelola nak bayar RM100 bulan-bulan dulu sebab takut kena serang ataupun takut kena saman atau takut ahli keluarga kena ugut macam-macam nanti..
RM100..nak bayar hutang bank bulan-bulan pun tak lepas, kan?
Macam mana pelabur dan pemain Emas ETA ni tak mengamuk?
Dan dengar cerita, ada yang dah bergaduh laki bini sampai nak bercerai, ada yang dah berhenti kerja sebab tak nak jumpa kawan yang kena sontot, ada yang bermasam muka bila jumpa kawan, ada yang bergaduh sana-sini dalam facebook sebab kena perli dengan kawan akibat tak nak dengar nasihat..
Malah, ada pelabur emas yang cuba bunuh diri apabila pelaburan emas dibekukan..
Nampak dah permainannya tu?
“Liar Game” macam ni, dah pernah berlaku kat negara kita. Kita pun semua dah besar panjang. Dah tahu apa akibatnya dan tahu apa ending bagi permainan yang macam ini. Tapi kenapa kita nak cari NAHAS juga masuk benda-benda macam ini?
Kadang-kadang, aku tak faham dengan pemikiran orang kita.
Korang nak duit cepat aje, kan?
Tolong.
Fikir banyak-banyak kali selepas ini.
..
…
Allah bagi otak tu, untuk berfikir. Bukan untuk perhiasan lutut, kan?
.
.
Dah, lebih baik korang baca artikel 10 Malaysia Best Blog 2015 nih.
Lagi banyak faedahnya. Huh..
27,188 total views, 3 views today
dulu ramai penyokong ETA jadi pendorong, sekarang semua dah tersorong murung.
Haha..
geng-geng ETA kat sekolah..
semua dok sengih aje bila jumpa aku. 😆
bro nak tanya siapa tok sombong tue..hahaha
orang yang paling pandai cari duit sambil goyang kaki
tok sombong tula tok belagak..ada kisah kawan aku masuk dari wakalah berdaftar dia…dia kata ramai pelabur sangkut sebab tok belagak kata tok belagak kena tipu dengan orang yg dia order emas..gila sorang wakalah sangkut sampai 1.5 juta pelabur tak dapat
tu pasal la ngeri aku baca kat group diorang tu.
tak tahu bila dapat refund diorang tu.
Entah.
Aku pun tak kenal.
Rumah pun tak tahu kat mana. 😆
pelaburan emas memang ada yg mcm2 sekarang nih 😯 😯
aku dah lama reject skim2 cepat kaya ni..biarlah orang kata aku bodoh…peluang depan mata tak nak ambik….yang penting aku senang hati…xda nak fikir duit pelaburan tu lingkup atau apa2 jelah…
klu tok belagak den kenal lah..tp klu tok sombong hmmm…
Adik beradik dengan tok kerek..hehehe..
kena hati-hati sebelum melakukan pelaburan tanya yang jago dululah mengenai pelaburan
Hmmm.. ramai kawan saya yang masuk benda ni.. ada tu siap ajak saya join sekaki..
Bagi saya kalau nak jadikan enas sebagai pelaburan, kenalah beli emas fizikal.. beli emas 10g, dapat 10g kejap tu juga.. tanpa delay.. kalau delay, inilah padahnya. .
Ehhh tak tau pula smpai keluar fatwa bagai semua nie?
Tapi memang ramai sangat kawan2 yang join siap ajak join sekali.
Katanya emas takkan jatuh.
Pelaburan masa panjang.
Bukan kecik-kecik duit tue.
Nak cepat kaya sangat nie.
Simpati kepada yang menjadi mangsa… 😕
like 1 juta kali artikel ini. Baru boleh hadam mcm mana permainan emas diaorg ni.Tapi sampai skang tak boleh nak hadam mcm mana boleh ada stok penimbal sampai 6 tan. Harap-harap ramailah celik mata dan hindarkan pelaburan yang meragukan ini. Nak main emas, pergi keluar duit dlm bank, beli jer kat kedai emas. emas pun dapat, boleh simpan sampai ke anak cucu.
setuju sangat. kesian tengok yang dah bergadai duit, tapi bila nak guna duit tu untuk sedara yang sakit,tak boleh. sebab dah hangus. lagipun pembelian emas secara bertangguh ni tak patuh syariah. bila tak patuh, maka tak berkat. Wallahualam. semoga menjadi ikhtibar
Ngeri juga ikut skim macam gini. Lagipun tak modal la banyak-banyak tu…apapun thanks for info admin..
nak buat apa pun pastikan benda tu patuh syariah..dan cara nak kenal biz tu betul ke tidak adalah jika dapat duit atas angin yang mudah bagaikan tak payah buat satu usaha pun. pada mak jemah takde benda yg boleh dapat duit secara terlalu mudah…
Mujur bukan jenis gila emas. Rantai tangan emas ni pun pakaikan juga demi menjaga hati mertua yang kasi hadiah kawen dulu….
Mujur tak join masa dapat duit EPF hari tu. Ada orang nasihatkan jangan join walaupun diejek penakut oleh rakan ofis.
betul tindakan Cikpin tu
puh……..asyik menyontot aje kerjr deme.
Makcik memang tak kose, ramai gak yg ajak masuk..makcik buat dekk aje, dah tahu dah benda ni tak akan kemana
Tidak berani main emas seperti ini. Lebih beli barang kemas untuk isteri tentu sayang ketat-keta kepada kita. 🙂
Haha..
Itulah yang seharusnya walaupun tidak sampai tahap sewajibnya.
Kawan-kawan saya ramai ajak masuk mende ni walaupun diriku ini memang saiko bila nengok emas. Takut sebab macam senang sangat dapat duit.
Benda kalau senang tu..
jauhkan.
Lebih baik main dengan anak kucing. Lagi banyak fekdahnya. 😮
beli emas dapat emas.. bukan dapat resit ke, buku bank ke.. adoii..
masalahnya, resit pun tak dapat diorang nih.
haha.. nak bawak gi mahkamah pun macam susah nak menang.
Terima kasih abam cendol sebab tak muak2 bukak citer2 orang kita yang nak lekas kaya nie.. tau abam cendol marah ngan tok belanga abang angkat tok sombong tue tapi mereka pandai pusing citer sampai roda tak berhenti pusing.. 😛
siapa lagi nak nasihat kalau bukan bangsa kita sendiri?
aku respect betul la orang2 yg buat sistem camni.
camna la diorang boleh terfikir idea nak create skim2 ni.
sebab nak duit cepat dan mudah.
jadi, otak akan lebih ligat berfikir. 😆
Money game datang dalam pelbagai bentuk
macam macam hal nak kaya punya pasal. duk kejaran skim cepat kaya tu buat apa? tak pasal2 diri sendiri yang susah…
mudah sangat terpengaruh…
jadikannya sebagai pedoman hidup.. jangan terperangkap lagi masa depan. Agaknya ada lagi tak skim emas nih?
kini masing-masing sudah mula mendiamkan diri terutamanya sang pengasas.
Macam-macam jak sekarang.. semua nak kaya cepat.. huhuhu
Saya lebih selesa dengan membeli emas fizikal jika ada duit…
Dulu kawan2 ramai ajak, bila kata xnak join, mereka xnak berkawan dah dengan kita yang xreti nak rebut peluang keEMASan ni. Sekarang tengok sapa yang keLEMASan. 😎 😎 😎 😎 😎
itulah.
sampai kena kutuk kat kantin tauuu..
sian saya. 🙁
aku melabur kat pasar je
bagi duit dan bawa balik sayur dengan ulam
best je makan nasi cicah budu
yup.
budu memang best.
tapi sambal belacan tetap da best.
sambal tempoyak pun hebak gak.
haha..
Jual beli emas ini sepatutnya straight forward business.
sepatutnya begitulah.
tapi biasalah, semua nak duit cepat atas angin.
malas buat kerja.
Kedai makcik sombong ada laa. Dah terkenal seluruh dunia.. Tok sombong jadi tok terpeleot daa…
kalau ada unsur gharar, lebih baik dijauhi.
sebab tu la aku penat nak nasihatkan orang pasal ni.
semua nak duit cepat. 😐
Ramai kawan-kawan saya peniaga emas sejak tahun 2009 sertai skim emas sontot ni. Malah tidak sedikit yang jadi wakalah. Saya serba salah nak komen.
RFS
Kadang-kadang diorang ni bila kita nasihat diorang ni kalis nasihat dan cakap kat diri diorang sendiri ini program yang betul… Kalau tidak dah lama kedai emas dah buat program macam ini… Orang kita masih berminda lama..nak cepat kaya ..nak mudah dan…nak goyang kaki…Nak goyang kaki pergilah cari mesin jahit ambil upah barulah masyuk…
pengasas dah tersontot, yang jadi pembantu bakal tersontot sama.
Sokong kata sifu 🙂
Ramai nak cepat kaya.. keluar modal siket tuggu bonus masuk tanpa perlu buat apa2 kerja.. haha
kawan aku ramai yg tersontot sbb program emas ni. pernah gak diajak dulu tapi aku mmg tak minat ngn program camni. biar susah2 dulu asalkan tak menyesal akan datang 🙂
Kalaulah mangsa2 yang tersontot tu belajar ilmu hartanah atau pelaburan saham. InsyaAllah mereka lebih kaya sekarang.
Gua senang je..xde nak join skim melabur eta bagai..ada duit lebih, beli je emas.. Beli murah2 je yg 1g cukup. Harga naik, kalau rasa nak pakai duit enjoy lebih skit,cari buyer, jual..pusingan gua mcm tu tu..yg eta bagai ni mmg gua x nampak tang mana untungnya natang skim tu melainkan penganjur je yg telan kaw2
Ada banyak lagi skim pelaburan yg akan tersontot…. salah satunya ARBA.
Pulangan 6% – 8% hanya dengan produk kopi dan entah apa2.
Macai2 ARBA memberi alasan ada lesen la, islamik la dan macam2 untuk menghalalkan skim ini.
Yang nak melabur tu, elok fikir 1000 kali, jangan kena sontot…PASTI!
Melaburlah dalam BSKL, lebih selamat tapi kena ada sedikit ilmu!
arba tu memang mengarut la.
tapi tang mengarut camtu la orang kita suka.
bukan sikit punya pelaburan tu, puluh ribu dan main juta-juta gak tuh..
tak faham betul aku bebudak zaman sekarang ni.
Emm apa boleh buat..mata-mata lebih bercayaha bila nampak duit tebal sikit haaa…haha
ya allah takut… minta dijauhkan.. aamiiin…
kalau x hari tu dah join dah benda nieh
walaupun utk rm10k tp sebab masa tu ETA 1 bulan
terus fikir laju2 apa jd kalau dalam 1 bulan xde apa2
jgn kata satu bukan 1 minggu pun dh fikir bukan2
nasib x join ……
peh.
nak labur 10k?
takdenya.
baik letak kat tabung haji camtu. hehe..
semakin bijak orang untuk kaya dengan cara menipu orang lain..
masalahnya rang yang bijak-bijak pun ramai yang kena tiaw gak.
tu yang gua pelik tu.
ustaz-ustaz pun ramai join gak. Aduhai..
Aku dah tak larat nak gelak dan kesian dengan mangsa-mangsa sontot ni. Patut kerajaan kena buat sesuatu dah, sebab dah ramai sangat jadi mangsa. Tiru cam negara China tu, bunuh terus. Baru senyap puak scammer ni semua.
Tu la.
Memang dah penat dah nak gelak bahak ni semua.
Kekadang, kesian gak. Tapi bila kita tegur, kena marah plak.
Bila dah ada kena ugut, baru la tau cendol banting tu memang sedap rupanya.
Kat kedai kopi tadi, ada cikgu2 duk sembang tentang skim ARBA.
Ramai sudah gabra, nak keluar sebelum tersontot.
Eloklah tu!
arba ke apa ke..
jauhkan la.
kerja je kuat-kuat.
buat bisnes yang betul.
hasilnya pun nanti akan lebih berkat.
Haih…skim2 cepat kaya yg illegal mcm ni ramai beno yg nak masuk…yang legal yg dah bertahun2 established macam unit trust taknak pula masuk..ye lah lambat kaya kan..huhu
kesian lah pada yg terkena tu.ambil2 lah pengajaran…takde cara senang nak kaya..
orang kita memang jenis suka duit riba.
tu pasal diorang tak kesah masuk dan huluq duit ribu-ribu macam nih..
dunia. xmahu ikut hukum. terang2 ada amalan riba.
Tamak nak kejar duit punya pasal..
Dah kena tangkap ke belum ni? Pengubahan wang haram.
takde apa yang berlaku.
duit refund tak dapat.
Diorang yang kene sontot ni pun tawakal ajelah dan terus menunggu..
Kesiannnnn mereka yg komen2 nii…..huhu
DRP BLOG DR ZAHARUDDIN:
OALAN
Saya ada terdengar cermaah Dr di radio dan Dr ada mengatakan sebuah pelaburan Islam tidak boleh dijamin keuntungan dan juga modalnya, oleh pihak pengusaha. Bolehkah Dr memberikan sedikit penjelasan khususnya dari segi fatwa badan ulama Islam dan dalilnya jika boleh. Jutaan terima kasih diucapkan.
JAWAPAN
Memang benar, hampir semua orang yang mempunyai lebihan wang untuk melabur sukakan sebuah pelaburan yang rendah risiko dan tinggi pulangannya, namun itu di luar norma kebiasaan dan sifat sesebuah pelaburan menurut perspektif Islam. Islam amat mementingkan kesaksamaan di antara pelabur dan pengusaha dan walaupun jaminan keuntungan itu dianggap sebagai suatu yang sangat disukai, ia sebenarnya mengakibatkan ketidakadilan kepada pengusaha, lantaran terpaksa membayar sesuatu kepada pelabur di ketika mengalami kerugian. Ketidakadilan pula kepada pelabur lantaran akan hanya mendapat peratusan terhad yang dijanij di waktu keuntungan melepasi peratusan yang dijanjikan.
Perlu difahami, rasa tidak adil dan rasa ditindas BUKAN penentu (‘illah) halal haram dalam bab riba, justeru jika sekiranya pihak penguasaha secara SUKARELA menawarkan jaminan keuntungan sekalipun, ia tetap haram kerana wujudnya illah pengharaman iaitu, ‘hutang wang dengan pulangan lebih yang dijanjikan’, tidak kira sama ada kedua-dua pihak suka sama suka atau tidak.
Menyentuh bab jaminan modal dan keuntungan ini, pelbagai resolusi persidangan cendiakawan Fiqh telah dikeluarkan, antara yang paling berpengaruh adalah seperti berikut:-
1. Badan Perakauanan dan Kewangan Islam Antarabangsa (AAOIFI)
Majlis Sharīʾah AAOIFI memutuskan seperti berikut:-
يد الشركاء على مال الشركة يد أمانة فلا ضمان على الشريك إلا بالتعدي أو التقصير. ولا يجوز أن يشترط ضمان أي شريك لرأس مال شريك آخر.
Ertinya: “Tanggungan para rakan kongsi terhadap modal perkongsian adalah tanggungan jenis amanah, maka tiada jaminan boleh diberikan kepada rakan kongsi kecuali apabila wujud pencerobohan atau kecuaian. Tidak juga harus disyaratkan jaminan (walau) diberikan oleh mana-mana rakan kongsi kepada modal rakan kongsi yang lain.” (Al-Maʾāyir al-Sharʾiyyah, AAOIFI, hlm 164)
Selain itu, dalam resolusi berkaitan Ad-Ḍamānāt, AAOIFI memutuskan sebagai berikut:-
لا يجوز اشتراط الكفالة أو الرهن في عقود الأمانة ..لمنافاتهما لمقتضاها ما لم يكن اشتراطهما مقتصرا على حالة التعدي أو التقصير أو المخالفة وبخاصة عقود المشاركات والمضاربة..ولا يجوز تسويق عملياتها على أنها استثمار مضمون.
Ertinya: “Tidak harus disyaratkan kafālah atau rahn dalam kontrak-kontrak amanah…disebabkan bercanggah keduanya dengan kandungan kontrak amanah, kecuali jika syarat itu hanya terhad kepada ketika wujdunya kecuaian dan pencerobohan atau percanggahan, khususnya dalam kontrak mushārakah dan muḍārabah..dan tidak harus juga dipromosi seolah produk pelaburan ini adalah sebuah pelaburan yang dijamin”
2. Majallah al-Ahkām Al-ʾAdliyyah
Dicatat di dalam klausa nombor 768:-
الأمانة غير مضمونة، فإذا هلكت أو ضاعت بلا صنع الأمين ولا تقصير منه لا يلزمه الضمان.
Ertinya: “(Kontrak) amanah tidak boleh dijamin, justeru apabila musnah atau hilang bukan disebabkan perbuatan yang pemegang amanah dan buka asbab kecuaian darinya, tidak boleh dimestikan baginya jaminan (gantian)” (Syarh Al-Majallah, Salim Rustam Baz, hlm 426)
Perlu difahami, kontrak pelaburan Islam dikategorikan sebagai kontrak amanah yang mana kedua-dua pihak dalam kontrak amanah seperti mushārakah adalah rakan kongsi yang perlu saling bantu membantu atas dasar keduanya pemegang amanah (amīn) terhadap wang modal masing-masing. Mereka bersepakat menggunakan modal tadi bagi menghasilkan keuntungan yang boleh dinikmati bersama, bukannya satu pihak terpaksa menjamin keuntungan atau keselamatan modal rakan kongsi yang lain. Jika itu dilakukan, ia mencarikkan asas utama kontrak amānah. Tiada alasan munasabah dan boleh diterima hukum Islam boleh menjustifikasikan tindakan terbabit, kecuali apabila terdapatnya pecah amanah dan kecuaian yang jelas. (Al-Maʾāyir al-Sharʾiyyah, AAOIFI, hlm 67)
Seterusnya apabila pemberian duit atas nama pelaburan, kemudian dijanjikan pulangan tertentu dan jaminan modal maka ia akan berubah sifatnya menjadi riba, tetapi nafsu manusia yang sukakan keuntungan pastinya akan merasa tidak selesa dengan hukum ini.
Inilah punca utama pelaburan dengan jaminan keuntungan menjadi batal, berikut Majlis Penasihat Shariah Dunia, AAOIFI berikut teks fatwanya :-
إذا شرط أحد الطرفين لنفسه مبلغاً مقطوعاً , فسدت المضاربة
Ertinya : “Apabila mana-mana pihak menetapkan baginya satu jumlah untung yang tetap dan pasti, maka rosaklah aqad pelaburan Mudarabah itu” ( Al-Ma’ayir As-Syaiyyah, AAOIFI, hlm 240)
Ingin tegaskan sekali lagi bahawa keputusan Majlis Fatwa kebangsaan yang mengharamkan Pelaburan Melalui Internet adaah kerana beberapa ciri tertentu, yang paling utama adalah kerana jaminan dan promosi keuntungan tetap dan jaminan modal dalam sebuah pelaburan. Sebenarnya ciri ini juga telah diputuskan haram secara sepakat Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia pada tahun 1992 yang mewartakan :
“إنه لا يجوز في المضاربة أن يحدد المضارب لرب المال مقداراً معيناً من المال , لأنه يتنافى مع حقيقة المضاربة ولأنه يجعلها قرضاً بفائدة”
“Sebarang pelaburan yang mana pihak pengusaha (mudarib atau syarikat) menjamin satu kadar pulangan tertentu kepada pelabur (peserta), maka ia adalah haram oleh kerana ia telah menukar sifat pelaburan secara Islam kepada elemen pinjaman dengan janji faedah Riba” ( Majma Fiqh Al-Islami, Qarar wa Tawsiat)
Malah Ijma ( persepakatan ulama ) dalam hal ini juga telah ada, ia di catat di dalam Keputusan Majlis Kesatuan Fiqh Sedunia apabila disebutkan:
وقد أجمع الأئمة الأعلام: على أن من شروط صحة المضاربة، أن يكون الربح مشاعاً بين رب المال والمضارب، دون تحديد قدر معين لأحد منهما،
Ertinya : “Telah ijma seluruh imam-imam (mujtahid) di mana termasuk dalam syarat sah sesebuah pelaburan “mudarabah” itu adalah mestilah pembahagian keuntungan dibuat secara nisbah untuk si pelabur dan pengusaha tanpa menentukan jumlah tertentu bagi sesiapa antara mereka ”
Maka jika ditentukan 2.5 % dari modal akan diberi sebagai untung atau 250 % dari modal sebagai untung atau RM 150 setiap bulan, maka ia adalah sama bercanggah dengan nas fatwa di atas, kerana ia sudah ditetapkan, berbanding cara yang sah di sisi Islam iaitu meletakkan peratusan 30 % dari keuntungan ( jika ada)..maka jumlah hanya akan diketahui apabila perusaha itu sampai tempoh matangnya , kiraan untung akan dibuat tatkala itu, dan barulah boleh diketahui berapa jumlah 30 % dari untung itu. Malah jika tiada untung, maka tiadalah guna lagi 30 % itu.
BEBERAPA DALIL
Selain dalil hadis yang telah disebutkan banyak kali sebelum ini dan juga dalil Al-Quran yang melarang sesama manusia memakan harta yang lain secara bathil. Antara dalil tambahan yang menunjukkan jaminan sebegitu tidak dibenarkan adalah dari kata Sayyidina Ali :-
لا ضمان على من شورك في الربح
Ertinya : “Tiada jaminan ke atas sesiapa yang dikongsi keuntungan dengannya.” (Al-Mughni, Ibn Qudāmah, 5/32)
Jika terdapatnya jaminan keuntungan atau jaminan modal, ia juga akan mencanggahi prinisp asal pelaburan Islam yang meletakkan konsep :-
الغنم بالغرم
Ertinya: Keuntungan adalah melalui penanggungan risiko. (Al-Qawāʾid Al-Fiqhiyyah, Al-Nadwi Ahmad.A, Dār Al-Qalam, Syria, 2000), p. 411; Durar al-Ahkām Sharh Majallah Al-Ahkam, nombor 87, 9/90)
Dalam keterangan kaedah ini disebutkan:
من ينال نفع شيء، يجب أن يتحمل ضرره
Ertinya: Sesiapa yang berkehendak mendapatkan manfaat dari sesuatu, mestilah baginya menanggung kemudaratannya. (Durar al-Ahkam Sharh Majallah Al-Ahkam, nombor 85, 9/90)
Bermakna, pihak yang boleh menerima keuntungan adalah pihak yang sama-sama bersusah payah menanggung risko kerugian, sejurus mereka cuba menghilangkan risiko terbabit, bahagian keuntungan tidak lagi wajar diserahkan kepada mereka yang terjamin.
Hasilnya, dalam kontrak pelaburan Islam, kesemua pihak pelabur dan rakan kongsi akan sama-sama menanggung kebolehrugian, atas dasar tersebut kesemua mereka berhak menerima keuntungan. Manakala keuntungan (jika ada) boleh dikongsikan sama ada berdasarkan peratusan modal yang disuntik atau apa-apa nisbah yang disepakati. Demikian menurut athar dari sayyidina ‘Ali kw :
الربح على ما يصطلحا عليه الشركاء والخسارة على قدر المال
Ertinya : Pembahagian keuntungan adalah diatas apa yang dipersetujui manakala kerugian mestilah di atas nilai modal masing-masing. (Musannad Ibn Abi Shaybah, matba’ah al-Rushd, Riyadh, jil 4, hlm 268)
Sekian
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net
16 Syawwal 1432 H
16 Sept 2011
YANG HARAM TETAP HARAM
JAUHI SKIM2 EMAS, ARBA,….
DAHLAH SKIM CEPAT KAYA..HARAM! URUSANNYA PUN HARAM..JADI HARAMJADAH!!
REZEKI YANG HALAL MEMBAWA BERKAT.
Itulah orang kita.
Bab riba selamba aje makan.
Pening aku tengok diorang ni.
Biarlah diorang kata benda ni cepat jadi kaya pun.. aku memang tak caya. Dah banyak sangat kes. Still lagi mangsa2 ni taknak beringat. hohoho
Pedih lagi menusuk kalbu kalu baca ni, kesian geng2 emas ni tu la haritu riak takbur siap bagi bukti la hadis la kate ni semua khilaf bagai la.
Boleh mati katak dibuatnya join skim cepat kaya karut lagu nih.. Nak byr hutang satu hal.. Kalo yg buat loan dgn benk pulak, maunya tak sengsa nak membayornya.. Byk weyh.. Bukan sikit. Giler punya kerja buat loan semata mata nak kejar duit dgn skim emas delay sedemikian rupa..
Cara mudah pinjam duit untuk buat skim pelaburan. Maka dgn itu jika nak pinjam duit yg cukup mudah boleh buat skim pinjaman mudah orang ramai. Dgn plan pemasaran yg cukup indah sekali.. Acaner tu? Tanya pakcik tok eta delay dan pakcik pak ponzi serta tak lupa jugak pakcik pak man telor. Itu skim cepat kayap daaa… Dah nampak jalannya?
ni semua skim ponzi. belajar mcm mana ponzi beroperasi. konsep sama. cara je lain yg scammer2 ni manipulate. ponzi ni dari zaman charles ponzi. tahun 1920 lagi. aku nasihat takmo dgr. harap2 tuhan tolong mangsa2 ni.
Melaburlah di ASB. Biar lambat asalkan selamat. Ini sahaja cara yg ada untuk melabur duit di Malaysia.
Yg best nye.. penyontot2 emas ni x bayar hutang tp siap boleh bukak kedai emas lg.. x kisah la agen ke apa? Sapa2 ada sangkut dengan taariq or Dayrieq Gold or Azwan Egt boleh cr dia di jb.. kedai emas Aurora.. baik punya dia jual barang kemas dr duit2 sontotan tu.. cilake duit aku x pulangkan!!
wahh..
siap bukak kedai emas lagi tu ker?
post ni bertarikh 24 Januari 2015…masa tarikh ni pun semua ETA dh berkubur…so xde fungsi jugak post ni keluar…next time kalau rasa dah tau lebih awal, buat ingatan lebih awal, baru la berguna…kalau cakap masa semua dh jadi bubur, tak berguna jugak…
fungsi dia, agar lepas ni takde la lagi orang tersontot ikut program yang lebih kurang sama.
lagipun, masa benda ni keluar..ramai yang tau benda ni akan sontot juga.
Faham la sikit beb.
Penyontot hidup tenang je…xcaya g tgk kat restoran anak dia bistro mama seksyen 15 shah alam…
Tok sombong tu ada lagi 2 beradik kn?tok arrogant dgn tok belagak…kekekeke…