Okeh.
Apa khabar dan selamat malam semua.
Oleh sebab rasa macam lama dah aku tak tulis 2-3 hari ini, jadi hari ini aku nak kongsikan sedikit tentang sejarah-sejarah yang sudah lama kita lupakan. Aku tahu, korang semua pun bukannya rajin buka buku sejarah atau sirah setiap hari, baca al-Quran dan muqaddam pun macam seminggu sekali aje.
Jadi, mari kita buka dan lapangkan hati kita untuk mengetahui serba sedikit tentang orang-orang penting tentang sejarah Islam yang kita dah terlalu lama lupakan.
30 orang yang PERTAMA dalam Islam.
- Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
- Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
- Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
- Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
- Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
- Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
- Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
- Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
- Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
- Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
- Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
- Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
- Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
- Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
- Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
- Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
- Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
- Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
- Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
- Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
- Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
- Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
- Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
- Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
- Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
- Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
- Orang yang pertama menghafal Al-Qur’an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
- Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH.
- Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus’ab bin Umair RA.
- Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.
Haa..
Ingat tak semua ni masa korang belajar sirah Islam waktu darjah 1 hingga darjah 6 tu?
Lepas tu, kalau korang ambil subjek Pendidikan Islam masa tingkatan 1 sampai tingkatan 5, mesti korang belajar juga semua ni kan? Tak kiralah dalam subjek Muamalat ke, Feqah ke, Usuluddin ke, Tajwid ke, Tauhid ke, Fardu Ain ke, mesti ada terselit nama-nama pertama dalam Islam yang aku rasa cukup penting untuk kita ingat sentiasa.
Dari apa yang aku belajar, memang semua nama diatas tu, kiranya memang betul. Kalau ada tersalah, korang boleh komen dan betulkan. Aku akan edit dan betulkan semula. Sebab senarai ini pun aku dapat dari email. Ada sahabat lama kirim. Suruh baca dan kongsikan pada orang lain. Jadi, amanat dia aku dah sampaikan dan kongsikan. Terpulang korang nak terima atau nak baca ke tidak.
Ya.
Aku ni bukannya baik sangat.
Tapi aku aku akui bahawa aku memang seorang yang rajin membaca.
Sebelum tidur, mesti aku baca “something”. Tak kiralah baca ebook ke, baca Al-Quran ke, baca novel ke, baca iqra 6 ke, baca sirah nabi ke dan memacam lagi. Kalau tak membaca, rasa lain macam aje. Ada benda yang tidak kena.
Jadi, aku bukan nak mengajar korang atau memandai walaupun aku ni memang pun mengajar kat sekolah.
Tapi, ambil tahu sikit benda-benda macam ini.
Jangan nanti kena tanya dengan anak korang, korang sendiri tak tahu nak jawab.
Siap suruh tanya kat ustaz, siap baru terkial-kial nak google kat telefon pintar.
Tahukah anda nabi kita juga merupakan seorang pengembala kambing yang berjaya. Beliau menjaga kambing kepunyaan bapa saudaranya iaitu Abi Talib dan Halimatus Saadiah ketika sejak kecil lagi. Dan pekerjaan pengembala, menternak atau menjaga kambing ini adalah pekerjaan yang mulia bagi orang Arab pada satu masa dahulu.
Jadi, mahu juga jadi pengembala kambing moden?
Baca Panduan ini –> Panduan Menternak Kambing Moden yang berjaya.
Hargai mereka ini semua.
Ingatlah nama mereka walaupun kita tidak pernah bersua muka.
Walaupun cuma seketika sahaja.
Hidup kita ni singkat. Hidup ini sekejap aje.
Hargai dan nikmati dengan penuh faedah dan berkat.
Dan rajin-rajin makan daging kambing SELALU.
12,490 total views, 1 views today
owoh lapor perut tengok kebab kambing… nusuk idong bau
bau kambing bakar memang sedap.
hoho!
kambing golek memang sedap..hehe..banyak kisah orang yang pertama…aku dah lupa..ohhoo..banyak sekali infonya..terima kasih 😀
aku tahu, memang ramai yang lupa dan tak tahu.
Tak pernah belajar sirah tentang 30 orang yang pertama di dalam Islam ni..terima kasih info..
ehh..
takkan tak penah belajar masa kat sekolah dulu?
Mungkin silibus masa zaman saya lain kot..tak complete sangat macam yg dikongsikan di atas tu…
Teringat pelajaran Sirah masa sekolah rendah. Buku kecil tapi tebal-tebal. 🙂
yup.
kita orang panggil subjek “tharikh”.
maksudnya sejarah.
ataupun sirah.
Aku pernah baca beberapa kali tentang nama2 ni. Tapi skrg dah lupa. Thanks sharing bro
aku tahu, memang ramai yang lupa.
ada gak beberapa nama aku dah lupa gak.
Info ni selalu je orang lupa. Bagus ada tempat rujukan mcm blog bro.
blog ni bukan tempat rujukan sangat.
just kongsi apa yang patut aje.
hurm..berkenan nama-nama khalifah sebut atas boleh buat nama anak tka gitu..
mereka harus ingat sanjungi tinggi
bukan lupa tapi tak ingat…inshaa allah lepasni ingat.
Menarik daging kambing tu…..:-)
menarik la daging kambing tu…stim aku dibuatnya wakakakaa 😀
apa benda yang stimnya haa??
banyak wa tak tau pasal ni. thanks cikgu
aku tahu, memang ramai orang kita yang tak tahu.
Nabi Ibrahim a.s tinggi darjatnya. Saya pun suka baca buku.Saya suka baca pasal illuminati dan dajal.
wahh..suka baca pasal illuminati dan dajal tu..
wahh..wahhhh!
walau pun dah selalu baca, tapi selalu juga lupa 30 perkara ni.
Ya.
Melayu memang mudah lupa.
Biasa la tu.
bagus jg fowad info cenggini lbh faedah dr info yg ngarut
Nak lamb mandy rice! huhu
Thanks atas perkongsian dan ingatan. Memang kene hapal ni. Sejarah Melayu boleh hafal, takkan sejarah Islam buat donno jer kan…
mandy rice aku tak suka.
aku suka daging kambing bakar aje.
haha..
Aduhai bab kambing tu yang mengerikan bagi aku,sebab ianya boleh mendatangkan gout
Buku agama yang baru-baru jarang ada bab-bab macam ni. Buku-buku ‘antik’ je yang ada. Tapi kalau rajin membaca pasti terjumpa maklumat sebegini….
terima kasih atas peringatan…
Terima kasih atas perkongsian. Memang sangat bermakna!
bila la titan nak belanja kebab kambing ni hurmmm..
kalau tak kerana 30 individu terpilih ini, takde lah merasa mudah nak beribadah sekarang..
terima kasih kerana mengingatkn..
tp bila tengok kambing.. lapo la pulok..
bagus juga share benda ni…kalau tak ramai yang tak tahu dan lupa nama-nama penting ni.
bab membaca sebelum tidur tu memang susah betul nak jadikan tabiat…hehe
ye ke ada masa pndidikn islam dulu? Mcm xde je..kalau ada sekalipun..nma2 bsar dlm sbjek sirah je la..tu pun..nma2 khalifah..dan nma lain..:p
itulah yg menjadi masalah zaman skrg.. kanak2 dbesarkan dgn nama2 artiss
sodap pic makanan tu..terliur pula kak..almaklum kak suka makan kambing.. hu hu hu sodap tidak terkata..
Sebenarnya buka kita tak tahu entang info tersebut tetapi biasalah mesti terlupa dan tidak ambil kisah sangat
murah rezeki thuwaibah tu dapat susukan orang kesayangan Allah S.W.T
nice sharing bro titan..
Nice sharing. Selalunya benda yang simple lah yang kita tak tahu kan.
Mengiurkan gambar kebab kambing tu…
kalau ustazah ustaz ngajar dengan buat info macam ni beszt juga.tapi apakan daya, belajar cuma nak dapatkan A dalam paper je..
aku selalu baca balik, mana tau nanti anak aku tanya benda camni, kalau boleh hafal aku akan hafal.. kikikiki