Yey.
Dapat lagi.
Semacam sekejap pulak rasanya. Macam minggu lepas dah dapat aje. Haha..
Riak.
Kekadang, bila aku kongsi benda-benda macam ni, orang akan kata kita macam-macam.
Riak la. Sombong la. Menunjuk-nunjuklah. Dapat sikit tak nak tunjuk. Dapat banyak, baru nak tunjuk. Dapat sikit, mesti tutup jumlah yang dapat atau kasi blurr angka tu.
Dan memacam lagi komen yang cukup membina.
“Hek eleh bro..dapat duit je, tunjuk. Nampak sangat riaknya..”
“Baru dapat skekk..dah nunjuk-nunjukk..nak kasitau orang dia terer la tuhh..”
“Huh..scam la tuhh..biasalah tu blogger..”
Dan bla..bla..dan blahhh la wehh..
Komisen ke 47 dari Ashadee.com
Huh..
Tarik nafas, hembus nafas..
..
…
Nampak sangat, diorang ni bangang sikit je dari orang bodoh kat luar sana.
Yang banyak pun aku tunjuk, yang sikit 50 kupang pun aku tunjuk.
Ketara betul diorang ni tak selalu baca blog aku dan blog-blog aku yang lain.
Sebab itu, sembarangan aje buat tuduhan tanpa bukti kukuh dan melulu macam orang meroyan tak dapat susu kambing gurun yang sedap tu.
Satu lagi, kalau dah hampir dekat 10 tahun aku buat benda yang SAMA, itu namanya RIAK ke?
Itu kita panggil “konsisten”.
Itu salah satu strategi dan branding aku.
Dan terbukti BERKESAN sampai ke hari ini.
Sekurang-kurangnya, berkesan untuk aku. Untuk orang lain aku tak tahu. Kena cuba dulu, baru tahu “branding” tu jadi atau tidak.
Haha..
Kesimpulan
Aku boleh berhujah dengan semua orang genius dan bijak pandai kat dunia ni.
Dan aku yakin, 100% aku akan menang.
Dengan IZIN.
Tapi kalau lawan hujah dengan orang jahil macam nih, memang aku takkan menang.
Sebab orang jahil ni, dia tak boleh terima apa hujah yang kita cakap.
Dia aje betul. Benda betul pun, dia boleh putaq belit dari yang salah menjadi yang betul ikut hujah suka hati dia.
Orang lain salah.
Orang lain bangang. Orang lain bodoh. Orang lain tak pandai. Semua mak orang dia kata hijau.
Kalau korang jumpa orang macam ni..
Korang ada DUA pilihan.
- Abaikan.
- atau Campaq dalam longkang yang berdekatan.
Itu sahaja.
Harap maklom dan mari makang jagung bakar sedap nih.
Kredit gambar lawa – Noktahhitam.com
4,245 total views, 2 views today
tunjuk je.. kasi semangat kat orang lain
maleh nak tunggu sangat Ashadee ni sebab aku pening camne dia kira komisen dan pembayarannya
masa dulu gigih je aku baca blog earncent, siap selongkar entri-entri lama. nak baca bukti payment .bukan apa, untuk bagi semangat kat diri.hehe
Pergh dapat lagi, hebat memang hebat 🙂
konsisten itu yang mahal sebab bro dah jumpa sistemnya. bukan semua orang bole buat tapi bro dah buktikannya. maksudnya orang lain pun bole achieve kalau rajin. peringatan untuk diri sendiri.
Habis la, kalau semua mak orang dia cakap hijau..dia aja yang betul…
Masa zaman earncent dulu sen-sen pun ada tunjuk tau. hehe
it s ok nak tunjuk ke tak… itu depend pd kitakan…. org blh ckp mcm2 riak ke sombong ke,,, yg ptg apa kita buat janji niat kerana Allah… apa org nak ckp, ckp la… Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin akan lindungi dan menjaga kita jika niat kita betul…
Sabar jelah bro. Manusia rambut sama hitamnya, tapi hati lain-lain.
Lagi satu anggaplah ni satu jihad dan jihad selalunya memerlukan pengorbanan dan kesabaran.
Aku pun ada dapat jugak hi hi
Ala orang yang kondem tu sebab dia tak dapat. Diorang ni pun nak jugak dapat komisyen, tapi sayang, tak cukup ilmu, so tak layak dapat…
Dapat juga tapi tak cukup 100 lagi, sebab tu kena ‘simpan’. sampai had 100 baru ashadee bayar.
biasa yg suka putar belit dari salah jadi betul dan dari betul jadi salah… org politik. heeee
tahniah banyak2 laa dapat komisen lagi dan lagi… teruskan usaha kaut komisen kepuk2…
Huhu…dah tu kalau yang jeles ni macam mana pulak encik titan?haha..tahniah la yer..
Tahniah. Banyak jugak dapat tu. Jeles tengok