Okeh.
Benda ni sensitif.
Perkara ini juga merupakan adalam salah satu perkara yang SERIUS dalam kehidupan kita.
Tetapi ramai yang ambil tidak kesah tentang hal menjemput jodoh dan hanya mampu berharap dan terus mengharap agar soal jodoh itu jatuh ke riba kita?
Ingat tak pada Rahul?
Tak ingat?
Tak apa.
Tapi ingat tak filem “Kuch Kuch Hota Hai”?
Tak ingat?
Shah Rukh Khan?
Okeh, ingat kan?
Nampak tak proses bagaimana anak Rahul, Anjali cuba untuk “menjemput jodoh” untuk bapaknya, Rahul?
Dari mula filem itu bermula sampailah habis 3 jam kita bersuntuk tengok cerita itu yang pernah membuat ramai emak-emak, makcik-makcik dan gadis-gadis mengalirkan air mata berpuluh tahun lamanya..
pernah tak korang-korang yang belum berkahwin ini “LAKUKAN” apa yang Anjali dan Rahul lakukan?
Usaha, doa, tawakal.
3 benda simple ini yang sangat ketara berlaku dalam filem tersebut walaupun hakikatnya kita nampak terlalu BANYAK kebetulan yang berlaku dalam proses hendak menyatukan Anjali dan Rahul.
Korang dapat tangkap kan maksud aku nih?
Ke masih “FAIL” lagi nak faham apa yang aku cuba campakkan ke dalam minda korang?
Usaha.
Dari sudut ini, kita kena ada tindakan yang serius. Kalau Rahul tak bertindak nak memikat Tina, diorang takkan dapat Anjali. Dan lepas Tina meninggal dunia, anak mereka, Anjali jika tidak berusaha untuk mencari jalan dan memerah idea dengan datuk dan nenek dia, Rahul dan Anjali takkan berkahwin pada hujung filem tersebut.
Ya, dari summer camp, siap nyanyi lagi dua tiga lagu yang aku sendiri terhafal liriknya walaupun tidak faham langsung maksudnya. Dan babak Anjali tiba-tiba berdoa dan terus dimakbulkan, masuk pulak terus ke part main “basket ball”, keluar part cabar mencabar dan Anjali sendiri dah bagi “hint” dari awal dah syok sama Rahul. Dan akhirnya, Rahul berharap agar perkahwinan Anjali dan Aman tidak jadi..harapan anak mereka dan harapan seluruh peminat hindustan yang mahukan Rahul bertemu jodohnya dengan Anjali pada penghujung filem tersebut TERCAPAI dengan gemilangnya.
Susunan babak demi babak yang cantek dari pengarah filem ini membuatkan kita rasa perjalanan cinta Rahul dan Anjali untuk menjemput jodoh mereka itu nampak berjalan lancar dan nampak sangat luar biasa.
Itulah kebetulan dan keajaiban jodoh yang tidak ramai orang nampak walaupun dah tengok filem “Kuch Kuch Hota Hai” ni berpuluh-puluh kali.
Itu salah satu perkara ghaib yang kita tidak akan nampak sehingga hijabnya terbuka selagi “syarat-syarat”nya masih tidak dipenuhi.
Apa syarat-syarat Menjemput Jodoh?
Sekali lagi,
–> usaha yang berterusan, doa yang tidak putus dan tawakal yang teguh tanpa putus usaha..
in-sha Allah akan mencipta kebetulan-kebetulan yang indah dalam siri-siri menjemput jodoh dalam masa yang terdekat jika korang lakukannya dengan bersungguh-sungguh.
Ofkos, NIAT nak kahwin itu kena kuat.
Kalau tidak boleh lakukannya dengan sendirian, beritahu kawan. Tanya pendapat rakan-rakan. Tanya pandangan ibu dan bapa. Mintak mereka doakan untuk korang. Minta mereka bantu dalam proses mencari jodoh.
“Tapi bro..aku dah buat semua tu. Jodoh tetap tang tuuu jugakk..aku ni tak cukup hensem ke bro?”
“Mungkin amalan ko belum cukup nak jemput jodoh.”
Maksud aku..
Jaga amalan dan hubungan kita dengan “DIA”.
Itu aje nasihat aku.
Itu yang aku nampak atas sebab-sebab yang mudah dan bukan lagi rahsia.
Pertama, kawan aku tu hensem. Lagi hensem sikit la dari aku. Tinggi, segak dan sado sikit la dari aku. Lagi kaya. Orang bisnes. Dari keluarga yang agak senang juga. Keturunan baik-baik juga. Cuma, ada amalan dia memang tak ikut syariat la sikit. Ada langgar sana-sini. Ada bocor yang tak pernah serius untuk ditampalnya. Ada ketidaksungguhannya dimana-mana.
“Jadi, apa cadangan ko?”
“Baiki amalan ko. Tutup mana yang lompang. Tampal mana yang koyak. ”
Itu sahaja.
Cadangan lain?
–> Baca 21 Amalan RAHSIA Menjemput Jodoh dalam masa TERDEKAT yang ditulis oleh Fathimah Suhaimi ini.
Aku dah cerita TIGA amalan ajaib tadi, kan?
Usaha, Doa dan Tawakal.
Ada lagi 18 amalan yang aku sangat yakin membantu korang untuk menjemput jodoh korang dalam masa yang terdekat.
Pergi baca cepat dan laju-laju.
Sebab itu yang aku lakukan sebelum aku dapat menjemput jodoh dengan bini aku.
Hasilnya pun korang dah nampak.
Aku dapat anak yang comel, bini yang cantek, ramai jemput suruh bagi talk dan seminar, kitab PINK terjual hampir 5 ribu naskah, tahun depan pulak gaji orang gomen naik 2 tangga tahun hadapan dan tiba-tiba dapat tukaq sekolah tahun ini serta dapat dok satu rumah pulak dengan bini setelah lama menanti..
Nampak tak KEAJAIBAN alam perkahwinan ni beb?
Itu rezeki orang berkahwin.
Kita takkan nampak semua ini melainkan kita dah berkahwin.
Allah tak pernah GAGAL memberi rezeki pada mereka-mereka yang bernikah dan mengikut syariat-Nya.
..
…
Trust HIM.
Trust yourself.
Work harder and “Jodoh” will be yours soon enough.
20,310 total views, 1 views today
semoga mendapat jodoh yang baik dan soleh/ah dan jodoh kekal berpanjangan dalm redho Allah, inilah kita mahukan.
Ya.
Mudah-mudahan, begitulah ye.
Cuma kena usaha lebih la sikit.
ooo gitu caranya…
inshaallah boleh jadi tu..
tahun depan kan?
usahakan… last sekali barulah tawakal.
Banyak sebenarnya kita kena buat utk dapat jodoh yang baik. Jadi kena usaha, doa dan tawakkal insyaallah jodohnya spai…
Ya.
usaha sahaja.
Jangan benci untuk berusaha dapatkan jodoh yang terbaik untuk diri kita.
ni mcm mana ni..aku nak kena jemput jodoh ke jemput kekal jodoh?
jemput aje.
kalau dapat, tahniah beb.
Ramai yang menyerahkan kepada takdir tanpa berusaha untuk mencari.
Ya.
Usaha itu sangat penting dalam apa-apa keadaan.
Jadi, usahalah sungguhs-sungguh.
usaha, doa dan tawakal tu yg penting kan bro..
bagaimana pula mencari jodoh kedua.. heeeee
Ada member cakap…
“jodoh aku dah sampai bro…tapi..yang tak sampai lagi…sewa dewan dah cecah 10k siap makan hidang, booking honeymoon takmau kat legoland malaysia nak pegi aussie tgk kanggaroo…bab hantaran toksah cakap laa bro…ketaq tangan nak ulur kt sebelah sinun….”
Bro rasa boleh sampai tak jodoh nie…?
Realiti semasa yang tak mampu laki2 sekarang xdapat nak elak..syukur juga jodoh kawan dipermudahkan-NYA…
Arrr…btul apa yg bro ckap…
Kena usaha beb..
tgh cari jodoh ni…haha
oh camtu rupanya cara jemput jodoh..hehe…
jodoh ni kena usaha cari..sama macam rezeki juga..ada orang mengambil keputusan tunggu je jodoh dtg.
Ya Allah bagusnya panduan ni…memohon sepenuhnya kepada Allah dalam pencarian jodohnya di dunia
yup..doa, usaha & tawakkal..
ramai yang bujang tak konfiden rezeki akan masuk kalau dah kawen, sebab pengalaman lepas depa yang pahit dengan gf/bf depa tu membuatkan ada yang bertekad tamau kawen..memang rugi..tapi hikmah disebalik tu, hanya yang dah kahwin tahu…manisnya berumahtangga..:D
kalau ade ala2 bollywood ni kene guna magic sikit..magic tukar baju tanpa bayangan
mesti ada niat yang betul nak cari jodoh ini heee…
Betul tu kena usaha berterusan bukannya sekerat jalan. Ramai yang frust dan sampai kata ‘ takpe, kalau ada rezeki, adalah…
Nampak gaya nak kena usaha lebih ni..hehehe
amat sesuai dengan aku…
aku single lagi..ehehe
hmm aku mungkin belum berniat nak kawin tu yang tak jumpa jumpa lagi calon wife
jangan lama2 nanti kawin lambat cam den..
ala rugi tu uncle..
nti trip travel dgn wife plak..haha
Ini untuk mereka yang belum berkahwin lagi dan yang sudah bersedia mahu memiliki pasangan hidup. Kalau yang masih mahu hidup sendiri, tidak mahu berteman, Baca sekadar menambah pengetahuan sahajalah…
Kalau jemput jodoh ke-2, macam mana tu? Whoaa ~
(Mohon akak-akak jangan bash saya, saya ikhlas tanya saja.. haha)
Akak tak bash. Mintak no phone wife je ada nak buat laporan sikit 😀
lain macam je bro…ada tips nak menjemput jodoh #2 tak bro..kah kah kah
kalau adam mungkin tajuknya bukan menjemput jodoh #2. Lain dah tu. haha…
Wah bab puji kawan sado tu kelakar. Semua sikit-sikit, sado segak tinggi sikit 😀
Ya mencari jodoh ni kena usaha juga.
Dapat yang berkenan jangan tunggu lama-lama.
Bukan muka macam Anjali je, tapi hati budi juga.
Cuba keluar dengan dia tak bawa wallet, dia meroyan tak?
Kalau tak meroyan, dia ok. Dia terima kita seadanya
Ini tip dari akak okey
hehehe. lain macam jer bro.
jodoh yang pertama saja ok
Kaki hindustan rupa-rupanya..
Kikiki
Terbaik tips-tips dari bro ni,web tu pun bagus,hehehe kena pula masih mencari bakal tulang rusuk kiri ni 🙂
Komplikated sungguh rasanya.
Banyak kali baca orang share dekat fb suami isteri lepas kahwin tak pernah susah. Sentiasa cukup.
Nanti lepas experience baru boleh cerita. hehe
semoga ada jodoh untuk aku 😀
hohoho ini kalau tak ya ya boleh bertambah cawangan hihihi
rezeki apabila dah berkahwin dan rezeki apabila dah dapat anak; dua-dua pun memang terbaik..
Kadang2 kita minta jodoh datang, tapi tak ada usaha. Memang patutlah ditekankan usaha, doa, tawakal.
Memang tak boleh putus asa dalam menjemput jodoh. Yang penting, jangan sesekali membina jodoh di atas penderitaan orang lain.
dalam maksudnya tu. hehe
Tips yang baik dan bagus untuk bakal pengantin di luar sana.
Alhamdulillah, zaman aku dah lepas dah. hehe.. apapun, Good Luck bagi yang tengah mencuba. 😀
Usaha tu paling penting. Kemudian baru berdoa dan tawakal.
Contoh terbaik tu Kuch Kuch Hota Hai
Apa apa perkara pun yang kita hajati mesti kena berusaha, Kalau setakat cakap aje. Ofkos tak jalan punya..
Oooo tapi lagu lagu dia memang tangkap layan. Boleh tangkap nangis dibuatnya..
Sekarang ni dah kerap pula tv duk tayang cerita ‘Rahul’ ni
Kena usaha lebih…doa…sabar…
Solat Tasbih boleh membntu.(pglaman lalu)
Nak cari pasangan yg minat berdakwah..moga Allah kabulkan.
Yang penting kena usaha, doa, yakin dan tawakkal…insyaallah sampai la jodohnya…
Alhamdulillah..Ada panduan terbaik nie..Kalo cari jodoh ke-2 smp ke 4, boleh gak kan..hehehe
ada satu lagi tips nak cari jodoh.
install wechat..pastu look around hehe
tolong doakan jodoh aku cepat sikit sampainya..hehe
memang kene menjemput jodoh…kita baiki diri kita Allah akan baiki jodoh kita
cam segan jugak tapi nak share doa yang saya bace time bujang dulu..
‘Ya Allah kurniakanlah diriku seorang suami dari sisiMu’
ini doa nabi Zakaria, mitak Allah kurniakan anak, cuma saya tukar suami…
‘Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.’
Maryam : 5
usaha itu penting..bukan doa shj,,