Hari Jumaat yang lepas.
Hari yang cukup indah.
Hari yang juga bermakna dalam koleksi hari Jumaat sepanjang hidup aku.
Sebab apa?
..
…
Sebab budak-budak kelas aku telah adakan jamuan akhir tahun dan juga majlis perpisahan untuk satu murid dalam kelas aku yang akan berpindah ke Johor kerana bapak budak dapat kerja kat sana.
Jadi, diorang merancang sejak hari isnin.
Mintak izin dengan aku nak buat jamuan kecil-kecilan.
Termasuk juga minta izin suruh aku SPONSOR makanan untuk hari tersebut.
..
…
SPONSOR?
Huh..budak-budak kecik, tapi dah pandai berpolitik dengan guru kelas sendiri.
Aku “check” semula tabung kelas. Satu orang bayar 50 sen untuk 1 bulan. Jika 11 bulan, dapatlah kumpul RM5.50 untuk satu kepala. Darab dengan 31 orang murid, RM170.50.
Dan korang kena faham, bukan SEMUA orang yang membayar sampai cukup 11 bulan.
Bila aku semak baki tabung kelas, memang tak sampai RM100 pun.
Huhu..
So, oleh sebab duit komisen Jobdirumah bulan lepas yang RM700 itu masih tak berusik.
Aku lenjan habis semua duit tuh. Haha..
Kos Jamuan Akhir Tahun kelas 3A
- Nasi Ayam – RM6 x 31 murid =RM186
- Nasi Ayam – RM6 x 20 guru = RM120
- Sambal lebih – RM5
- Kicap lebih – RM5
- Air sirap – RM10
- Pinjam cawan + pinggan = RM30
- Key-chain – RM1.50 x 32 (Order khas) = RM48
- Hadiah Ain (Murid yang pindah) = RM30
- Kek Coklat Moist = RM69
- Piring kecil dan garfu = RM32
Total kos = RM505.00
Fuh..nasib baik cukup.
Masih ada baki untuk makan cendol setiap hari selama 2 bulan.
Dan of kos, semua budak-budak gembira sebab ada kek BESAQ yang cukup sedap dan nasi ayam yang BANYAK ayamnya. Termasuk kagum dengan hadiah key-chain yang sorang-sorang dapat dengan ada nama panggilan manja sendiri kat situ.
Nasi ayam tu, aku tempah khas dari kantin SMK yang depan sekolah aku tuh. Sebab memang setiap hari jumaat, balik aje solat jumaat, terus aku singgah sana untuk makan nasi ayam tu. Agak sedap berbanding nasi ayam yang lain-lain. Tak hairan, kos nasi ayam tu mahal. Sebab memang sedap.
Part paling tak BESTย
“Ni jamuan akhir tahun ke jamuan perpisahan?” tanya Cikgu Dania kepada murid-murid kelas aku.
“Ni jamuan perpisahan Ain la cikgu. Kan dia pindahh..” suara Aliya menjawab.
“Ohh..bila jamuan akhir tahun plak?”
“Minggu depan kot.” balas Aliya lagi.
..
…
Aku dengar aje dari jauh.
Banyak cantek nak buat banyak-banyak jamuan?
Kopak duit aku beb.
Dan..
part paling tak BEST..
bila ada cikgu-cikgu yang GATAL mulut pi beritahu budak-budak aku..tentang aku dapat pindah sekolah.
“La..ingatkan jamuan perpisahan Cikgu korang nih.” suara Cikgu Ainul bersuara plak.
“Ehh..Cikgu Faizal pindah ker? Cikgu tak cakap punn..”
“Yelah, cikgu cakap cikgu pindah bilik guru baru tu jerr..” sahut suara Izwana pulak sambil mulut penuh dengan ayam sambil mengacu-acu jarinya ke arah aku.
“Ehh..cikgu pindah kerr??”
..
…
SEMUA mata murid terus menoleh TAJAM ke aku yang sedap lahab melantak nasi ayam untuk round ke 3.
..
…
“Ehh..cikgu tak cakap kerr?”
“MANA ADA!! Cikgu Tipu kami! Cikgu tak cakap punn…waa..wahhhh!!” suara Kamelia plak laju membidas.
“Sampai hati cikgu kann..” suara Fatin plak kedengaran.
“Macam ni la cikgu..tak sayang kami dah rupanya ye..” suara Fatehah yang pendiam tapi berbisaย setiap kata-katanya apabila bersuara..
Satu demi satu mata murid perempuan dah mula takung air.
Yang lelaki semua pandang ke luar tingkap.
Melihat keindahan matahari yang gagah perkasa. Melihat betapa agungnya kejadian alam yang indah.
“Laa..ko tak bagitau diorang ke beb?” tambah satu suara.
“Hehe..” gelakku sambil tersenyum.
..
…
“Kenapa cikgu? Kami tak cukup baik ke? Sampai cikgu kena pindah nih??”
..
…
Huhu..
Untuk kali pertama, sepanjang 7 sekolah yang aku pergi, ini kali pertama aku GAGAL lari.
Selalunya, aku blah gitu aje bila dapat pindah.
Takde jamuan, takde pemberitahuan dan tak ada drama air mata.
Cuma kali ini, jadi benda lain la pulak.
Agak terkesan jugalah kat hati nih.
Tak menangis.
Cuma pilu tu tetap ada.
Maklumlah, ada 31 orang anak yang setiap sorangnya ada macam-macam peel dan perangai. Ditatang penuh, dimarah setiap hari, ditegur setiap bulan, dijaga sepanjang tahun dan diberi kasih sayang yang terlebih dari cukup.
Tapi, diorang dan korang kena faham.ย
..
…
Bini, anak dan mak abah aku.
Itu lebih penting. Itu lebih besar tanggungjawabnya.
Berbual dalam telefon, lain kemanisannya berbanding jumpa depan mata setiap hari.
13,746 total views, 1 views today
Seronok dan bertuah budak-budak tersebut. ๐
seronok la.
dapat makan sedap. haha..
Kalo masa makan2 tue ada alunan muzik rock klasik cita dan airmata lagi klasik beb… ๐
Sapa tak sayang cikgu yang murah hati suka blanja murid2 nya makan nasi ayam dengan air sirap limau ais ikat tepi nie…cikgu yang pandai ajar murid teknik sebenar lari 100mtr ala usain bolt sampai bolot semua pingat sukan nie…silap2 guru besau pon kesat air mata jek blkg pintu bilik tue.. ๐
Welcome to johore…daerah @ sekolah mana yang bertuah tue? jeng jeng jeng… ๐
sekolah mana, biarlah rahsia dulu.
Yang pasti, dekat dengan rumah juga.
Cikgu kesayangan rupanya… Memang sedih lah budak-budak tu terpaksa berpisah dengan cikgu kesayangan … huhuhu
sedih satu hari aje.
esok lusa, happy semula la. haha
aku pula bila ko nak belanja? hahahah
nak aku belanja, turun johor la.
haha..
Gua pun sedih juga..sob..sob..rasa nak nagis juga…
nanges la.
aku pindah jugak. haha
Tetiba mata masuk habuk….sob sob….
kasi buang la itu habuk.
bukan susah pun.
takde sapu tangan, penyapu pun boleh jugak.
‘KENAPA? Kami ni tak cukup BAIK ke?’ memang deep ayat tu..
Ya.
tak terjawab jugak dibuatnya.
teringat masa mengajar dulu…
Betul tu..keluarga lebih penting..Hmm, tapi itulah, bila dah lama bersama, memang ada sedihnya..
Cikgu…aaa..ada nasi ayam lebih? hehehhe
nasi ayam sudah habis.
budak-budak tapau sudah.
Pergh!!! terharu beb.. nak bertakung air mata.. good luck bro titan..
takpe. kalau bertakung banyak..
leh buat mandi tu nanti.
best dapat cikgu camni, cikgu buat side bisnes alhamdulillah bolehlah belanja budak2. pahala pun banyak. kelas anak saya esok nak buat jamuan ala2 potluck.
rezeki diorang.
rezeki aku, mungkin minggu depan, mungkin akan datang.
tunggu aje.
Nanti bagitahu lah dengan murid-murid cikgu..kalau rindu,suruhlah jenguk blog legenda ni…mesti dorang lagi nangis baca…
makin sayang murid-murid dapat cikgu macam ni..hahaha
Memang la sayang.
Sebab aku selalu belanja diorang. haha..
sebak lak aku baca , macam aku pun anak murid hang gAK..
takpe.
kalau rajin, meh turun tolong aku kasi garis padang petang nih.
Wah bos. Pindah JB eh pasni..
wahhh cikgu nak pindah ke.. maunya menangis anak murid… huhu
Sedih sebab lepas ni tak dapat makan nasi ayam sedap kot? Tapi sedih mereka sepanjang cuti je. Bila buka sekolah semula..rasa sedih akan hilang…
Huwwaaa… Akak plak yang sedih baca cerita ni walaupun nasi ayam tu dah memang kompemยฒ lah sedap. Huhu…
Dulu terngin nak jadi cikgu…sebab selalu dok bayang situasi macam atas ni…suka budak2…tapi apakah daya…bukan rezeki…. ๐
Haha..xsangka bro yg gagah pn kuar air mata..
Siapa la yang kantoikan tu, terganggu selera nak makan nasi ayam. Apapun masa tu kita tahu juga nakal-nakal anak murid mereka masih sayangkan cikgunya.
sampai anak murid pun nangis..sayang benor pada cikgunya.
wah…cikgu kenpa x der diolog dri pelajar lelaki..semua dialog dr pelajar perempuan…..ngajar sekolah perempuan ke…hehe anyway good luck di tempat baru….
Ish.. sedih pula post kali ni. menyesal aku baca. haha…
Terharu aku dapat cikgu cam nih, terbaik copywriting power en titan ada seminar x?hehe
wah cikgu kesayangan la ni ek..syahdu je dgr ayat bdk2 ni..
Tak pe, kalau budak-budak tu rindu, boleh baca blog ni ๐
Sedih pula baca part anak murid tu…
rasa seperti kehilangan permata yang berharga…
pasti cikgu pun turut menangis dalam hati kan….huhu
kau nak pindah jay bee ke bro
Watikah perlantikan dah ada dah tue…tunggu last day berarak atas “BATU BUS” dari sekolah lama jek tue… ๐
Tuan tanah kedaun ada bisik macam lagu dato ct kat fans blog nie – biarlah rahsia katanya… ๐
Sedihnya baca. Perasaan sayang pada cikgu tu memang lain. Lagilah cikgu yang baik pada anak-anak didiknya.
untung la anak murid ada cikgu titan.
Aku dah lama tak blogwalking. Lepas tu bila aku buat keputusan nak bw malam ni aku ter klik kat link blog hang.. lepas tu first entry aku baca citer hang yang sedih ni. Sebagai perempuan standard la menangis baca cerita sedih mcm nih. Tapiiiiiiiii buat aku jadik tak koser nak sambung bw. Kbai.
Wah drama juga En Titan ni.
Cikgu sekolah rendah biasa close dengan murud-murid.
Ingat dulu cikgu maktab comel-comel pulak tu.
Lepaskanlah Cikgu Faizal tu anak-anak.
Cikgu Faizal pun nak mengecapi bahagia hehe.
Selamat pindah Cikgu.
Selamat datang ke selatan.
Ala..comelnya cikgu Faisal ni..
Kalau saya jadi anak murid cikgu pun sentap. Favourite teacher boleh nak blah macam tu je.
Semoga sukses di sekolah baru ๐
Ini berita baik sbb budak2 lain d sklh baru pun dpt jg merasa didikan cikgu Titan. Spread the joy…. ๐ Semoga murah rezeki & sentiasa sihat, cikgu.
seronoknye dapat cikgu macam ni….
mesti cikgu yang sempoi sangat sampai budak-budak sedih sangat nak berpisah
Semua nama perempuan sahaja yang disebutnya… ๐
Seronok kalau dapat anak murid macam ni..
woit.. nangis dalam toilet ke tuh… ha ha ha.
Insyaallah cikgu yang baik akan dikenang murid2 spai ke tua hehe…
Jadi cikgu ni kisah2 macam ni la yang best. Nanti anak murid dah besar, mesti ingat lagi jasa cikgu.
teringat kena denda keliling padang bola sepak dulu ๐
banyak pahal jadi cikgu ni..