Haha.
Cerita hari ini kelakar sikit la.
Sejujurnya, inilah hadiah terbaik sepanjang aku kahwin dengan bini aku itu. Senang cakap, hadiah ni bukan semua orang MAMPU berikan pada bini diorang. Hanya orang terpilih sahaja yang berjaya dapat berikan hadiah sebegini.
Ya.
Untuk orang terpilih sahaja.
Yang tak terpilih tu, nampak sangat korang bukan insan yang terpilih.
Mesti selalu kutuk orang hari-hari, kan?
Jadi, apakah hadiahnya?
Cincin emas?
Gelang perak?
Rantai yang ada 10 diamond tahan panahan petir?
Sebiji tembikai hitam Densuke yang berharga ratusan ribu tu ker?
Bukan.
abis tu, apa? Banglo 8 tingkat? Sejadah emas? Basikal terbang?
LAPAN lori tudung dari 1000 jenama yang berbeza?
Mesin basuh yang ada wifi?
hadiahkan bini senaskah kitab pink?
Resepi buat macaron yang gebu dan sedap?
Kuali yang boleh masak 100 jenis lauk secara automatik?
Ubat kuruskan badan dalam tempoh 2 jam?
..
…
Pun bukan.
Hadiah ni lebih istimewa dan lebih bermakna dari semua itu.
“Haa..kalau semua tu bukan, apa lagi yang terbaik tu, bro?”
“Ko saje je kan nak bagi bini aku jeles, kan?”
“Lu saje nak buat bini gua cemburu dengan bini lu ker beb?”
Haha..
Ni je hadiahnya..
Tak mahal. Tapi, aku rasa hadiah ni dah cukup nak buat opis bini aku huru-hara kejap.
16,909 total views, 2 views today
wah terbaik hadiah ini, mesti si isteri happy
memang bini happy la.
Takkan la tak happy. Kecoh satu opis dia.
Wah…pasnie join sign borang fans ale ale ale aa….Oklah tue beb….berhijrah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang gemilang terbilang… 😀
tak join kot.
Selangor tetap dihati.
Tahniah tuan Titan. Kesian penjual cendol Banting akan kehilangan customer setia :/
takde hal.
setiap kali balik banting pun, memang singgah punya hari-hari.
ho..ho…lepas ini dah boleh jadi peminat kipas mati JDT pulak
Mesin basuh ada wifi tu berapa?
nak juga mesin ada wifi.. guna untuk apa wifi tu?
Tak ehh..
Selangor tetap dihati.
Mana bulih berpaling tadah.
Tahniah bro titan..
tahniah bro…
nikmat rezeki yang tidak ternilai dengan duit..
setiap antara kita berbeza-beza nikmat yang dirasai… ia sesuai mengikut ketetapan untuk hambaNya… bukan yang diminta, tetapi yang diperlukan…
luaskan kuasamu!
Lepas ni sokong JDTlah pulah ya bro??? atau dua-dua pun boleh …
tahniah bro… seronok puan bini ye sampai kecoh satu ofis.. hehehe
Lepas ni boleh la ulit anak tiap hari kan…tahniah!
Wah susah nak jumpa selepas ini.
memang insan terpilih ni, tahniah en.titan ye!
selamat datang ke johor dan menjadi Johorean hehe 😉 kalau datang Muo gitau la ye hehe
Orag muo ker bro…parit mana? kawan orang ceruk kampung area parit ponorogo jek nie… line tenet pon kerap putus2 jek… adoii
selamat pergi ke johor, untung budak2 kat sana, mesti nangis budak2 kat sini, xde baj blanje nasi lemak lagi
Mesti ramai anak-anak murid yang akan rindukan en titan…
wow Tuan Titan orang Banting rupanya.
Selangor sekolah mana tu…
Tahniah la dapat ke Johor…sekolah mana pula tu
Hadiah paling berharga buat isteri Tuan Titan.
ke Johor le nampaknya..ahaha..tahniah beb, sana makan sedap..moga makin gemuk.ahahaa
Wah..tahniah.selamat dating ke johor =)
terbaiklah ko gi johor.. nanti kena lalu negeriku juga tu.. haha
baru legakan bro…hahaha…okey la tu rezeki anak
Hehehe…terharu dengan entri….lepas ni boleh hidup bujang….hahaha
Wahhh, memang special.
Bukan semua orang dapat beri hadiah macam ni. Kalau yang bukan guru memang kompem tak tersenarai 😀
Sesekali hadiahkan Densuke apa salahnya, Tuan Titan kan mampu…
Tahniah. .. dapat pindah ke Johor rupanya. .. hahaha.. surprise betul… semoga lebih ceria dan gembira selalu dpt bekerja di tempat baru..
Mau tak gembira tuan punya badan…Tapi badan lagi kena FIT laa untuk senaman sebab hari2 jumpa kan… 😀
Untunglah bini lu bro..senyum lebar dia…:-)
hadiah terbaik…..senyum ke telinga…
Hohho…luaskan kuasamu di Johor pula selepas ini. Tahniah bro berjaya dalam pertukaran
wahhhh tahniah bro! luaskan kuasamu di sana.
hmm mesti makin busy ko pasni kan?
jadi orang johor la lepas ni 🙂
Wah, wah… senyum lebar mrs wifey ni. Tiada yang lebih happy selain bersama selalu.
mmg inilah hadiah paling best
bini org johor ke?
kalau ye, of coz le beliau hepi teramat
tuan badan camane? hihi
Tahniah..mesti wife gembira
Anyway, yang 8 lori tudung dari 1000 jenama tu, ok gak..haha 😀
bukan mudha nak dapat tukar ada orang bertahun tau hee..hadiah sungguh ni cikgu titan…
tahniah..tahun depan dapat seken baby la ni haha
Bila dijangka akan berpindah tu…??
hari hari penuh dengan kasih sayang 🙂
Okay.. hadiah ni memang best. Kalau bagi emas pun mesti sanggup tolak. hahaha
Wahhh isteri mesti happyyy
tahniah… lepas ninangis la semua anak murid tu…
Fuyyo. Patutlah tergerak nak datang ke sini. Jadi orang Johor. Syabas Firas dan ibunya. Doa telah dimakbulkan. Maka berakhirlah sesi tak boleh tidur malam sebab rindu ye hehe.
Selamat jadi orang Johor Cikgu. Saya pernah sekolah di Muo, kira memang berjasa dan happeninglah cikgu-cikgu dia. Nangis tak tinggalkan sekolah lama?
dekat dengan orang rumah.. syukran cikgu titan..
tahniah bro…
syukurlah
dah nak jadi guru di johor pula…apapun tahniah demimu isteri tercinta kan….
tahniah bro.. bagi seorang guru, ni merupakan berita paling gembira bagi karier seorang guru.
Lepas ni boleh makan selalu, nasi bariani, mee racun, sup stulang banyak gak makanan best2 kat johor.
tahniah2..mesti bini senyum je tau dpt hadiah ni…lebih berharga dri semua menda kan..
Ohh… Ke Johor rupanya, ke kampung bini lah tu.
weh…beranak pinak dah kita semua. muahaha
Senyum lebar orang rumah. At least dia masak ada yang makan. Ada orang layan rajuk dia. Lepas ni jalan bertiga,tak jalan sorang-sorang dah.. barulah terasa lengkap hidup berkeluarga.
hm.. best tu…Alhamdulillah
welcome to johor…
memang berada berdekatan suami/isteri adalah hadiah terbaik utk semua pasangan
tak semua mampu kasi hadiah ni..power la.,
Hadiah yang jarang dapat ini. Hihi
Selamat jadi org johor 🙂