Ya.
Walaupun aku keluar hutan, aku sempat gak beli surat khabar.
YA.
Macamlah korang tak pernah beli surat khabar waktu petang. Aku antara salah seorang manusia yang masih teguh dan jitu membeli surat khabar walaupun ada kemudahan internet dimana-mana sahaja. Bagi aku, surat khabar adalah satu elemen tak terkalah yang tinggi nilainya dari sudut sejarah dan nostalgia. Tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata walaupun kadang-kala surat khabar ni penuh dengan tipu daya.
Itu normal. Kalau tidak, bukan surat khabar namanya.
Dan bila aku tahu, aku pun pergilah juga menapak ke kedai mamak. Untuk menonton,
siaran langsung antara
Selangor vs Perak.
Separuh masa pertama, aku tertinggal. Aku tonton lebih pada separuh masa kedua. Maklumlah, lepas mandi, solat dan update apa yang patut kat blog-blog aku, aku baru turun ke kedai. Benda biasa bagi blogger separuh masa macam aku. Alah, korang pun buat benda yang lebih kurang sama, kan?
Jadi..bila aku tahu Selangor dah tertinggal satu gol dengan jaringan cantik oleh pemain Perak yang aku dah tak ingat namanya bila aku tengah taip artikel ni, aku rasa geram. Geram bila terlalu banyak percubaan tepat ke arah gawang gol berjaya digagalkan oleh Farizal.
Aku tak hairan sebab Farizal juga salah seorang penjaga gol kebangsaan. Jadi, bola macam tu memang dia dah biasa dahh. Takkan tak boleh selamatkan. Kalau tak, baik tak payah jadi penjaga gol. Tapi dalam hati aku, harap-haraplah Farizal buat mistake. Hehe..
Dari minit ke 50 sampailah ke minit 90..aku nampak macam boleh ada gol. Tapi tak masuk-masuk juga..
sehinggalah tiba-tiba pemain pertahanan Perak yang tinggi lampai tu..
Si Rafa, dapat kad merah dan kena keluar padang.
Masa inilah Amri Yahyah menggunakan pendekatan psikologi untuk suruh semua pemain berkubu ke pintu gol pasukan Perak untuk mencuba mencari gol penyamaan. Aku rasa dekat 6-7 orang dah berkubu kat sana semata-mata untuk menjaringkan gol dan memaksa hampir kesemua pemain Perak bertahan.
Dan paling aku tak sangka dan aku rasa ramai gak tak sangka..
Amri Yahyah selaku “Pemain Paling Licik di Malaysia” kuis perlahan aje ke bahagian kiri..
dan sepakan kencang terhasil dan
GOLLLLLL!!!
Ya.
Seri.
Lagi sekali dan berkali-kali. Selangor dah jadi pasukan pakar seri.
Paling sengal sekali, aku sendiri dah lupa siapa yang jaringkan gol untuk Selangor tu. Serius, aku terlupa namanya.
** Banyak benar aku terlupa, maklumlah..dah beruban kan.
Ps: Banyak betul pasukan yang boleh beat 5 pasukan diatas. Perak dan PKNS pun masih ada peluang panjat ke 5 tangga teratas dalam Liga Super.
5,602 total views, 2 views today
cepatnya ko update…memang hebat lah..
belum kahwin ni jangan la lupa sangat… nanti lupa anak kat mana.. payah payah
lagi parah kalau lupa mana satu bini dia… 😈
yeke pemain paling licik di Malaysia?hehe
hehehe…malam tadi mmg licik dia ni..
Tak sempat tengok perlawanan Selangor. Ada live streaming kat mana-mana ke .
betul tu, ambe gilir2 ngn astro on the go 😛
masalah lupa berlaku sekiranya otak tak cukup rehat..bila terlebih rehat pun boleh terlupa juga.
apa-apapun boleh menjadi pengulas sukan yang tak terkalah dengan lupa..
jadi? yg sedang2 saje
Ambe tgk dari awal sampai habis, mmg taktik kekang si forkey doe benar2 berjaya halang selangor score sejak dari awal
mamat no 19 yg score ala2 ronaldo tu hazrul namanya
yg gol selangor si raimi ek? cantik gak bola tu
sekrang ni, ambe rase kita dah boleh lupakan ‘pakar sepakan percuma’ yg dah tak berapa menjadi, si hazrul player perak tu ada bakat yg ambe rasa mmg bagus
next game, amri takleh main dah…hehe..kuranglah sorang pemain licik lawan kelantan nanti
seri oklah dapat satu mata kalau kalah telor lah jawabnya
Raimi Md Noor tak silap yang gol kan tu
seri okaylah tu…persaingan makin sengit..
tula ..still lagi beli papaer..tak puas kot baca online…tak tengok pun malam tadi,kenduri..haha
Kecewa betul seri lagi.. Peluang memang dah ada banyak dah. Sayang betul semua tak masuk.
kecewa bla selangor seri.. Harap sngt menang supaya dpt atasi kelab singapura (lion).
ya. btul tu.. tolong sesaper menang byk2 utk potong LION
Emm betul tu..memang surat khabar susah nak dilupuskan dalam kehidupan seharian..hehe