Wokeh.
Hari ini nak tulis pendek-pendek aje.
Sebab aku tengah lapar nih.
Nak makang daging salai masak lomak cili api berapi yang sedap meletup punya rasanya. Kalau makan dengan petai, mesti berpeluh sakan sampai kena mintak anak dara kat kedai tu nanti tolong perah baju aku dibuatnya.
Haa..
Oklah.
Bayaran komisen dari Ashadee dah pun dah. Walaupun tak berapa banyak macam masa muda-muda dulu, tapi teknik yang ditulis dalam kitab PINK itu benar-benar membuahkan hasil. Bukan sahaja pada aku sahaja, tetapi ramai pengamal kitab itu telah merasai kemanisan mendapat bayaran komisen Ashadee terus ke akaun bank pada setiap bulan.
Mula-mula, memang dapat setiap bulan. Lepas tu, korang akan dapat pula setiap minggu.
Dan bila dah sampai “tahap” dapat setiap hari..
Mesti bini korang SENTIASA tersenyum dengan korang setiap hari..
sebab mintak shopping kat situ dan shopping kat sini..
Komisen ke 41 dari Ashadee.com
Hapepun..
Aku tak janjikan bulan dan bintang selepas korang praktikkan teknik dan strategi yang aku kongsikan dalam kitab itu. Semuanya adalah pengalaman dan apa yang aku pernah buat. Aku kongsikan atas dasar nak membantu dan dalam masa yang sama untuk buat duit dengan jual kitab aku itu. Sebab itu aku jual mahal. Kalau aku jual murah, komisen aku dapat sikit ajelah, kan?
Haha..
Apapun, harga yang korang bayar tu tersangatlah rendah.
Ada yang kata, aku patut jual lebih mahal dari tu. Mahal pun, ramai yang sanggup beli.
“Memanglah..cuba hang tak baca lagi. Mesti hang rasa mahal, kan?”
Haha..
Biasanya begitulah reaksi diorang.
Aku sendiri rasa harga kitab tu mahal.
Tapi aku tak suka jual benda-benda murah. Sebab tu, aku jual mahal.
Ini sebab utama.
Benda murah, orang kita takkan HARGAI.
Simple like that.
Benda mahal, bila orang beli..dia akan jaga betul-betul. Dia akan praktik betul-betul. Dia akan usaha betul-betul.
Takde dah main-main.
Betul, kan?
Dahhh beb..
Aku nak makang dan malas dah nak setting artikel Malaysia Best Blog 2015 lagi. Dah penat dan memenatkan. Hari lainlah aku sambung apa-apa yang patut. Huh..
Nak beli kitab tu, beli kat sini –> Beli kitab PINK Encik Titan yang Hensem
9,479 total views, 2 views today
murah tu..kalau gua, maunya jadi RM300…ahahaa..padahal ebook sendiri pun jual murah gak..:P
kalau macam tu..
gua kena naikkan 10 kali ganda la macam tuh.
Haha..
Alamak tuan tanah ke daun dah mula bagi hint nak naik harga…
tunggu masa dan ketika yang sesuai jek nie…
Tahnih cikgu sukan atas pencapaian lari guni dengan ashadee nie.. 🙂
harga asal sebenarnya dah diturunkan.
lepas ni, cuma kembali ke harga asal sedikit demi sedikit.
takde kaitan dengan gst.
Ho ho hari ni hari gaji rupenye
Lagi mahal lagi di hargai.. Kalau benda murah ni ada pun tak perasan..
emm..xrugi pun dpt kitab pink ni..
Jangan la kasi mahal lagi, duit tabung ayam aku pon tak cukup lagi ni nak beli kitab tu, rasa gaji bulan depan boleh la kot aku beli kitab tu… lepas aku beli, kalau nak naikkan, silakan… hehehehe
Tak nak cakap pasal komisyen. Tapi nak kate gulai daging salai betul2 buat saya terdera. Mana nak cari malam2 macam ni.
sila masak sendiri la.
dan simpan stok banyak-banyak dalam peti sejuk ye. hehe..
dapat hari-hari memang best ..kerja makan gaji..sebulan sahaja terima gaji
Pastu boleh belanja kita cendol pulut…hehe
semakin sering nampaknya masuk setiap hari komisyen ini
lapar lah jugak di tengah pagi2 buta nih….
daging salai tu buat gua rasa lapar.
itulah.
gua pulak yang lapar balik malam ni.
aduhai.
Aku rasa harga yang kau letak tu dah cukup ok, Titan. Aku pun sebenarnya ada persepsi dengan e-book murah-murah ni. Bukan nak cakap buku mereka tak bagus, tapi bila buku harga lebih dari RM 50 ni aku punya pandangan lain sikit, yang mana mungkin ada tip super power bila buku tu dijual harga sedemikian.
aku sendiri suka beli buku atau ebook yang mahal harganya.
sebab aku tahu, ada sebab diorang letak harga macam tu.
bukan saja-saja je.
Nasib baiklah dah beli kitab tu dalam jualan amal Raja Kamil.. Kalau tak menggigit jari tengok harga kitab tu…
apsal sampai kena gigit jari plak.
hoho..
Saya telah memprint kitab dengan jayanya sebab terhegeh-hegeh baca takut link tu tak boleh bukak. Kira habis juga saki-baki katrij saya yang mahal tu haha. Memang berbaloi sebab ia ajar orang cari duit dan menulis. Macam jual tanah juga, owner boleh letak berapa saja harga. Kalau orang percaya dan rasa berbaloi, dia akan beli juga.
wahh, siap print lagi tu yek.
rajin-rajinlah baca sebelum tido yek.
wah.tahniah..kalau setiap seminggu dapat amaun macam tu memang dah syukur dah
Boleh belanja gua daging salai ? heh
Komisen kalau dapat macam gini, duit gaji memang tak usik dah…
Dapat komisen hari hari memang best..
Halamak…tetiba aje lapar nak makan daging salai kuah lemak cili api berapi tu..kat sini tak ada maaa..hahaha
kalau tak ada, kena la cari dulu.
masyuk bro..daging salai tu nampak sedap
Sedapnya masak lemak daging salai tue.
Lama tak makan.
Terliur sudah.
gua pun lama tak makan.
sebab tu mengidam kejap.
Wah macam sedap je daging salai masak lomak cili api.
memang la sedap.
lagi-lagi kalau makan masa lapar.
Lama tak singgah blog sifu.insyaAllah akan rajinkan lebih lagi utk singgah blog sifu 🙂
hang pi mana.
bertapa kat mana?
dah kahwin lom?
Masyukkkk tu. Tahniah bro kali ke 5
yang last tu kenape best sangat!