Ya.
Aku dah sertai dan dipaksa menyertai MSMW 2015 ini sejak DUA tahun yang lepas.
Masa tahun 2013, ada 2 blog aku masuk bertanding. Satu kalah, manakalah satu blog aku menjadi juara dalam salah satu kategori yang dipertandingkan. Masa tahun 2014 pula, ada 4 blog aku masuk bertanding. Satu blog kalah dengan cemerlang, manakala TIGA blog lagi menjadi TOP 3 dalam setiap kategori yang dipertandingkan.
Dan tahun 2015 ini, berapa blog aku agaknya yang akan bertanding.
Cuma DUA kategori sahaja.
- Kategori Best Lifestyle Blog (Ahmadfaizal.com) <– (klik link untuk mengundi)
- Kategori Best Sports Blog (Guliroket.com) <– (klik link untuk mengundi)
Kategori lain, tak sesuai dan niche blog-blog aku yang lain pun kurang sesuai untuk dipertandingkan.
MSMW Blogger Awards 2015 nampak bosan, kan?
Kenapa aku masuk juga MSMW 2015 ini walaupun aku dah semakin rasa kebosanannya?
Sebab “HADIAH”nya kurang menarik. Sekadar piala sahaja dan menang “TITLE” sahaja.
Tetapi, aku bukannya pandang sangat bab hadiah tu. Cuma aku rasa tahun ini kurang meriah sahaja. Kena pula tidak BANYAK blog-blog POWER yang masuk bertanding dan kemungkinan besar korang akan nampak “blog-blog biasa” aje yang akan NAIK menjadi sebagai pemenang berbanding 2-3 tahun yang lepas.
Ya. Mungkin korang nampak macam aku “kondem” benda ni.
Tapi dah berapa tahun benda ni dah dijalankan, tapi camtu la jugak. At least MESTI ada GIVE dan TAKE dari pihak penganjur. Kita sebagai blogger dah “promote” award ni tetapi pihak penganjur semacam tak memberikan “hasil” yang lumayan kepada para blogger yang menang. Setakat belanja makan aje dan kena pakai baju lawa-lawa, tak berapa nak cukup gembira tuh. Duit minyak still kena “tong-tong” sendiri gak. Tak campur lagi duit tol. Itu belum campur kalau ada blogger kena terbang dari Sabah dan Sarawak. Duit kapal terbang tu, siapa nak bayar??
DAn aku tak kata tak ada langsung hasil atau tempias bila kita menang “awards” macam ini. Aku tahu sekurang-kurangnya, blog kita akan ada dalam senarai advertiser dan syarikat-syarikat yang berminat untuk menggunakan blog untuk menjadi tools pemasaran mereka.
Tapi, bagilah sedikit habuan kepada blogger-blogger yang MENANG dalam setiap kategori tu. Hadiah wang tunai ke, baucer RM100 untuk shopping online ke ataupun, goodies sebijik Asus Zenfone terbaru ke..
Berilah sesuatu yang berharga dan bermakna
Bagi something kepara para pemenang. –> Agar mereka rasa dihargai.
Setakat piala orang-orang tu, aku dah tak ingat kat mana piala yang aku menang masa tahun 2013 dulu. Ada kat rumah mak aku. Tapi entah celah mana aku tak tahu. Bawah katil ke, dalam “gobok” lama aku tu ke atau dalam kotak kahwin aku tu ke..entah. Aku dah tak tahu koordinat sebenar piala tu sebab bagi aku ia hanya sekadar “tanda” yang boleh dikenang dan boleh juga dilupakan.
Sekali lagi, beri tanda yang menggembirakan para pemenang agar mereka terasa dihargai setelah berpenat-lelah mempromosikan “event” MSMW ini dan juga penat lelah meraih undi untuk memastikan kemenangan dipihak mereka sebab aku tahu bukan senang nak mintak orang lain undi kat kita. Silap hari bulan, mintak undi..depa tak undi kita. Depa undi orang lain. Haa..sampai ada yang bergaduh tu dulu. Haha..
Nasihat aku..
Jika korang hendak mengundi, undilah dengan seikhlas mungkin. Undi mana-mana blog yang korang rasa SESUAI dan PATUT menang dalam setiap kategori yang dipertandingkan. Tak perlu sampai nak mintak undi orang lain sampai dok suruh PM kat facebook. Kat PM..
“Bro..nak mintak tolong. Tolong klik link ni dan undi blog aku..dah undi. Bagitau. Thanks.”
..
…
Kemudian, bila kita dah tolong undi. Dok senyap aje.
Terima kasih pun tak nak bagitau.
Haiya..
Haha..
Itu salah satu tipikal blogger kita yang kemaruk nak menang “awards”
Aku tak kemaruk nak menang. Tapi aku biarkan korang sendiri untuk memilih siapa punya blog yang korang rasa menarik dan layak untuk menang dalam setiap kategori yang dipertandingkan. Kalau korang rasa blog aku ni layak untuk menang, korang kenalah undi blog aku. Haha..
Tapi jikaalau korang rasa blog aku tak layak menang, korang boleh je undi blog orang lain jugak.
Aku takde hal.
Tak menang pun tak apa. Sebab aku dah pernah rasa MENANG. Seronot la jugak.
Leh “bagak” sikit dengan bini. Haha..
Jadi, kalau nak undi..
leh undi DUA blog aku ni. Itupun kalau rasa dua blog ni layak untuk menang.
Tak patut, gi undi blog lain.
Nak undi pun tak susah, korang cuma perlu login akaun facebook masing-masing, masuk site MSMW 2015 tu..dan pilh blog yang korang nak undi dan tekan butang “vote” tu.
Bila dah undi, warna hijau tu akan betrukar jadi warna merah.
Dan korang cuma boleh undi SATU blog sahaja dalam setiap kategori.
Dah, pi undi cepat dua blog nih.
Kesimpulan.
Aku harap MSMW 2016 nanti, akan ada perubahan yang ketara walaupun tahun ini pun dah nampak ketara gak sebenarnya.
Ketaranya semakin banyak kategori dibuang dan lebih banyak kategori “korporat” yang dipertandingkan. Nampaknya semakin banyak blog kecil-kecilan susah nak masuk “market” bila semakin sikit yang menang.
Senang cerita, 10 buah blog atau 10 orang blogger sahaja yang akan MENANG dalam MSMW 2015 ini.
Dan, siapakah 10 orang yang bertuah itu?
13,922 total views, 2 views today
hadiah main peranan juga kerana blog ada nilai komersial yang tersendiri..
Sepatutnya hadiah kena up lagi berbanding dengan tahun lepas tak gitu bro Mrhanafi?
ya..saya cukup bersetuju bro..
Tahun lepas Hai Blogger! adakan Blogger Award the best food review hadiah utama RM1500 + piala tempat kedua RM1000 + piala dan ketiga RM500 + piala.
Insyallah tahun ni ada rezeki dan sokongan rakan2 blogger boleh adakan blogger award untuk tahun 2015.
Salam…. nak tengok dulu senarai blog mana yang berkenan di hati. Susah juga ya nak undi. Kanan si kawan, kiri si sahabat, atas si member dan bawah si rakan. Tengok dululah….
okey bro dah undi
baru nak belajar bab award untuk blog.
Banyak juga blog yang bertanding…Anyway gua sokong lu lah bro 🙂
Okey gua dah undi dah bro 🙂
Tahun ini tidak mencalonkan diri. Duduk senyap-senyap. 🙂
haruslah pihak penganjur mengambil serius aduan peserta otai seperti ni hehe. ok nak pegi mengundi jap
Undi hanya valid ngan login facebook jerk…adoiii
Bukak aa method lain cara nak vote…yg untung facebook jugakk…
Buat cikgu titan, saya memang kepingin nak vote tapi bila pakai validation dengan FACEBOOK, kwn tak bleh aa…facebook pon dah kena gam so takbleh aa..
Takpe bro, tak dapat undi cara elektronik kwn bg bro undi secara senyap dalam hati jek heh…
semoga bro berjaya merangkul buat kali ( saya tak pasti) dalam MSMW 2015 Blogger Awards…
p/s: Bagi saya laa blogger baru nak up nie, nak menang awards sebegini GAH tak mungkin sama sekali, tapi dpt support dari champion blogger awards mcm bro kat blog cap ayam saya sudah memadai…( cakap betul nie..bukan bodek2 bro..tak dapat kitab pree pon kalo bodek.. 🙂 )
kira ok la sistem vote ni berbanding dulu.
dulu..leh vote banyak blog.
Jadi, macam mengarut kat situ. Haha..
Done voted untuk kedua-dua blog cikgu Titan, semoga ada chance untuk menang lagi tahun ni..
cuma tolong doakan semoga berjaya jer…
Good luck bro. Semoga berjaya.
Tue la kan.
Tengok hadiah tak menarik pun.
Tak attract pun.
Rasa nak undi yang mana sesuai je.
Hehe.
Good luck bro.
Moga2 menang lagi tahun nie.
Kalau memang nanti mesti banyak syarikat besar – besar nak beriklan dekat blog kita kan
Bab lagak kat bini yang tak best nih…hahaha
Dah vote, all the best yer…. 🙂
Tertanya-tanya selama ini pemilik blog guliroket tu..hehe
Patutlah hambar je tengok calon-calonnya. Ramai yang tak berminat rupanya. Ada kategori tu, tak lebih lima calon pun.
Selain dari pemenang perlu dapat hadiah mewah, pengundi juga nak hadiah! Barulah makin meriah…xle bosan! “)
semoga kedua2 blog cikgu menang dengan penuh bergaya sekali.
betul cadangan cikgu tu, pihak penganjur sepatutnya hadiahkan wang tunai bersekali dengan orang-orang itu barulah rasa semangat, kalau tidak pun sertakan hadiah gajet2 menarik ker…
dah undi untuk encik titan 🙂
saya x masuk bertanding sebab saya malas, hehehe
jom undi jangan tidak mengundi
nantilah kalau aku rajin nak undi..
tengok la, kalau rajin aku gi vote kan, aku malas nak masuk..ahahaa
Goodluck…
Undi dgn ikhlas ek…hehehe
banyaknya blog… secara jujurnya MJ baru tau keujudan anugerah ini hehehe. tentang hadiah Mj rasa setuju gak la, mungkin ada sesuatu yang lebih istimewa boleh diberikan pada pemenang..yela kata anugerah bermakna kan..
korang, undi yg atas ahmadfaizal.com tu sekali… ahhahaha…
hurm setuju…. pulangannya kurang menarik sgt…. tu yg tak berapa rajin nak promote mende ni kot
Aku setuju apa yang dibentangkan di parlimen Ahmadfaizal.com.. haha
menang di hati pengunjung blog lebih bermakna dan akan kekal lama selagi mereka suka dengan entri di blog kita….
semoga perubahan dapat dilakukan dengan menawarkan hadiah-hadiah yang menarik dan menjadi perangsang kepada bloger-bloger baru untuk berjaya….
Aku pun tak berkempen sangat. buat entri seketul, kalau ada orang masuk blog aku dan baca. Itu terpulang pada pembaca untuk undi ke tak. Menang, rezeki. Kalah, takde rezeki. Dah pernah merasa menang gak dulu. Hahaha.
wah…bestnye tercalon…tahniah
oh! citer pasal award MSMW pada blog Mrs.A yang picisan ni rasa macam gah giler jerks… Tapi pada sesetengah blogger otai rupanya award tu dan macam bosan la pulak. Sekarang impression Mrs. A dah berubah 365% ngeh..ngeh..ngeh..
Bukan senang nak dapat feedback yang rupa gini 😀
Piala je? Xde cash eh..mmg kurng best hadiah nya. At least klo kasi 100 pun..org da happy kan. Siapa yg x happy klo dpt duit…eheheh
Haa..dah sampai amsanya untuk beri sokongan kepada blog ni dan blog rakan-rakan blogger yang turut serta sekali dalam MSMW2015
Betul kan, lagi best kalau hadiah disertakan dengan sedikit penghargaan. Voucher shopping RM100 pun dah berbaloi. Mungkin juga hasil kerja taraf blogger kita masih kurang diiktiraf seperti di luar negara.
Sudah sampai masanya pembaca menilai content yang tersurat dan tersirat, blog yang betul betul bagus dan boleh beri impak kepada masyarakat .
Singgah baca entri ni sebelum nak mengundi. Tapi ni macam luahan perasaan pulak.
Sabarlah..harapan saya agar bro menang kategori yang dipertandingkan.
Gud luck Titan..
Kelebihan menang adalah penjenamaan..
tapi Aya tak bersedia lagi nak join..hehehe
Kalau panjang umur, tahun depan lah..
tak pernah menang pun aku..haha..
Tak dak kategori yang masyuk untuk blog gua. Jadi gua tutup pencalonan diri sendnri .. hahaha
Gua pun marah gak sebab blog gua tak dipilih untuk kategori ‘Shopping’ walaupun produk yang gua jual adalah seminar, ebook & buku. Tak merasa la Nora Danish nak bergambar dengan gua nanti malam tu.. huhuhu.
kita tengok tahun depan ada perubahan tak MSMW…hehe
Okeh..nanti saya undi haa…tahun ni tak sempat nak daftar.. campur ngn malas etek..haha
sudah habis mas nak undi bro
cepat nian waktu undi dah tutup baru undi beberapa orang je
goodluck! smoga terus kekal menang. blog yg sgt menarik!
Tahun ni aku tak ambik pot langsung huhu…aku start nmpk tahun lepas mula kurang menarik & takde perubahan setakat trofi & sijil je ke..atleast DIGI award besar juga hadiah..tapi tak nafikan naikkan nama blog jd popular..dari segi job sama je deal dgn advertiser masa ko naik atau tak…mcm diaorg pandang blogger kat msia ni sekadar boleh je pun hahaha…
trofi aku tu pun entah mana aku letak dah hahaha