Hmm..
Aku kira, macam-macam dah berlaku sejak kita masuk tahun 2016 ni.
Kalau kita tengok didada-dada akhbar, macam-macam isu timbul. Itupun, ada kalanya, ada isu yang lambat masuk akhbar. Sudahnya, kita dapat tahu sesuatu isu dengan lebih pantas melalui perkongsian masyarakat facebook yang sentiasa dahagakan maklumat pantas dihujung jari.
Senang cakap..ada macam-macam isu yang tak best untuk dibincangkan.
Sebab banyak kepada isu sensitif dan isu yang akan menyakitkan hati.
Tapi..
ada beberapa isu yang aku rasa aku perlu persoalkan dan harap ada penjelasan secepat mungkin sekaligus diambil tindakan dengan kadar yang segera.
1. Isu bauksit merah
Kalau benda tu dah masuk kat sungai atau laut, dia akan bawa ke keadaan yang lebih serius. Harap pihak berwajib ambil tindakan dengan segera dan cari jalan penyelesaian secepat mungkin.
Lagi lambat, lagi macam-macam isu yang timbul.
Isu ni senang sebenarnya nak kasi setel.
Yang susah, nak ambil tindakan sahaja.
Sebab ada prosedur yang kena “follow”. Tak boleh main langgar sahaja.
2. Isu Doping Sazali Samad
Benda ni, mudah.
Kalau Sazali dipihak yang benar, kita kena tolong dan “backup” dia.
Kalau dia dipihak yang tidak benar, kita harap dia dikenakan hukuman yang setimpal. Sebagai pengajaran kepada atlit lain agar tidak ada yang ulang benda yang sama.
So, tunggu dan lihat sahaja.
Berbeza dengan isu doping Lee Chong Wei dulu, satu Malaysia support dan beri sokongan padu maut.
Kena pada Sazali, geng-geng pendidikan jasmani ajelah yang ambil “port”.
Geng lain, kekal setia bergelak ketawa drama petang-petang seperti biasa.
3. Isu Fizo Omar bengang orang ulas pasal restoren dia
Ini pun isu mudah nak setel.
Tak perlu kasi panjang.
Tapi nampak macam Fizo sendiri cari bala sendiri.
Yang pi cerita kat orang media apa pasal? Bila dah viral, satu negara kutuk secara berjemaah.
So, kalau makanan tak sedap, servis tak bagus, meja goyang atau ribut taufan melanda.
CARI jalan penyelesaiannya dan minta maaf.
Bukan sindir atau cari salah orang lain.
..
…
“Move on, Bro. Move on cepat sikit”
4. Isu upload gambar anak tengah nenen kat facebook
Ini tengah hangat.
Amran punya pasal.
Dia tegur kasaq punya pasal. Habis satu dunia ibu-ibu muda ni pangkah dia.
Yang aku tak faham, kenapa tak ambil apa yang ditegur itu sebagai satu nasihat dan pesanan yang baik?
Kenapa mesti fikir yang negatif dan berjanji untuk tidak ulangi lagi?
Jalan penyelesaiannya mudah.
Buang gambar dari akaun sendiri.
Tutup akaun facebook.
Dunia korang akan lebih aman.
Trust me. Sebab aku dah lakukannya.
Hidup aku jadi lebih aman damai penuh dengan warna-warna pelangi.
11,188 total views, 2 views today
sometime saya tak berapa nak ambil tahu apa yang berlaku pada dunia maya supaya kehidupan realiti saya jd lebih aman damai … kadang2 bila kita tegur seseorang dengan cara baik org tu tak berapa nak ambik kisah tapi bila kita tegur dengan cara kasar baru kita akan terasa sakit
bila teguq kasaq, baru la orang faham dan terasa.
biasalah tu.
cakap lemah lembut, dia wat bodo aje.
Kalau ambil tahu nanti hidup kita sesak. kalau tidak ambil tahu nanti terlepas isu semasa dalam negara.
Kesimpulannya, ambil tahu sekadar untuk tahu tapi jangan sampai menganggu hidup sendiri dan usah campur yang tidak ada kaitan dengan kehidupan kita.
Payah orang kita nih..
kalau kita tak ambil tahu, kata kita tak nak tegur dia plak..
tegur salah, tak tegur pun salah.
Kehidupan ini ada warna warninya. Itu lumrah hidup. Apa yang penting…setiap apa yang berlaku ada pengajaran yang kita boleh ambil daripadanya.
Ya.
Ambil pengajaran yang baik daripada setiap apa yang berlaku.
jangan dok poyo sepanjang masa.
oo betullah..
hidup ni banyak ragam dan bermacam orang.. tahan je la
Itulah kehidupan.
Penuh dengan ragam dan orang-orang.
ada2 jer tahun nih… baru awal tahun dah macam2 hal berlaku… fizo omar harap terima kritikan.. itu sahaja…
belum masuk setengah bulan tahun baru, dah macam-macam isu berlaku.. betullah teguran amran tu… kita nak bagi susu anak kat mall yang tak ada surau. sanggup cari toilet nak susukan anak..ini dah tertutup pergi kasi open post kat fb…buat malu jer.
teguran dia tu bagus.
tapi keras.
tak semua orang boleh terima lagi-lagi orang perempuan.
orang perempuan sekarang ramai manja lebih-lebih..tegur sikit dah naik angin…
macam-macam hal baru je beberapa hari tahun baru. semoga hari mendatang menjanjikan perkara lebih baik
itulah itu.
payah cakap dengan orang sendiri.
jahil bersepah-sepah.
susah mentaliti cenggini
betul bro… facebook bukan matlamat kehidupan, ia hanya sebagai alat sampingan dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan misteri, sebab hidup itu sendiri adalah cinta, mistikus cintalah katakan…
so, jangat bermatlamatkan facebook. Punca kerosakan, kerana facebook itu akan binasa kelak…
pandangan seposen dari gua…yang duduk dalam gua Arsenal…
Org arsenal ya brader…seteru kuat cikgu kita nie…nak tanya pak asan bila nak pencen…nengok rambut makin kuat QUPUTEHnya.. cepat pencen bleh main bola kat rumah dengan cucu… 😀
Orang dekat luar sana terlalu obses sangat dengan media sosial. Sampaikan semua perkara hendak dikongsikan tanpa memikir akibat di kemudian hari.
itulah itu.
obses melampau tak hingat.
kesian kekadang tengok diorang nih semua.
kalau keras sangat pada sesuatu, itulah jadinya
Hui tinggi bahasa
Apehal? Balik2 facebook…pusing2 citer kat facebook…bukan dah jadi biskut sejuk ker…dapur yang panas blog cikgu sorang nie…sekali masak simple lempar dalam kuali blog nie…rasa PEDAS sampai abe pijo bleh goyang aa… 😀
Tapi ribut petir rupanya melanda affiliate malaysia…
Ashadee shutdown…
Perghh!
Sib baik aa takde sakit jantung kalo tak…masak den… 🙂
kesian juga kepada ramai blogger yang bergantung kepadanya
Memang banyak isu isu yang sensasi ni, benda yang betul kena tegakkan yang salah tak payah nak naikkan benang yang basah. Semuanya dilakukan dengan berlandaskan al quran dan sunnah. Baru ramai yang tak.melatah.
Macam-macam sekarang ni. Tapi Zarith buat FB sebagi tempat berniaga jek. Tak rajin nak scroll lebih-lebih. Kang tak buat kerja hehe.
kalu rasa semak elok tapis fren kita tu lebih baik.hehe…tapi saya lebih baca dan malas nak komen panjang. maklum le tak de sape kot nak ngaku silap.mesti sume nak menang. jadi tengok kan je la.
tahun baru yang pelbagai isu. haha
Sejak aku dah kurang melayan facebook, terbukti memang makin aman damai hidup ni.
orang sekarang ini susah nk terima teguran.. dan menegur terang terangan. Diharap xde kontronvesi yg hangat tahun ini
Memang dalam isu ‘brefie’ ni wanita tu perlu dipersalahkan, namun orang lain yang tak berkenaan tak sepatutnya memaki hamun..walau nampak both yang salah..Amran memang dah terkenal dengan sikap kasaqnya, so kenapa cari padah sendiri..zaman fitnah sekarang ni
Grrr… Nak isap nenen jugak la pas tu nak upload dalam blog.. Hahahaha… Macam-macam jadi.. la ni, semuanya susah nak tolak ansur.. nk terima nasihat dengan hati terbuka..
So, natijahnya jangan cari pasal dengan buat benda yang pelik2..akibatnya sendiri yang malu
macam isu bauksite tu…lama cubaan pihak NGO nak kasi masuk berita…tapi tak lepas..mungkin ada orang sekat..sebab itu lambat tersebar di media massa…dah terpaksa kami sebar di media sosial..dan mula mendapat perhatian bila ada ahli parlimen yang turut ambil berat tentang isu ini
bab nenen tu macam nak jadi attention seekers je
nak selalu cerah kena buka lampu
betul x?
Haha, isu mereng paling hangat sekali. Kenapa marah? Sebab mereng ambik gambar tu dalam group bf yang untuk wanita sahaja. Lepas tu gi viral kat luar bagi semua orang nampak. Bayangkan kalau itu wife encik Titan? Lepas tu guna bahasa kesat. Buat orang lain saling mengata dan mengkeji. Suruh orang minta maaf pada dia untuk tutup case. Minta maaf pada Allah sahaja tau.
Wife?
Hmm..
Bini tak aktif facebook. Kalau ada gambar upload pun, saya akan padam kalau tak penuhi ciri-ciri yang saya benarkan. Group yang dia join pun saya kawal. Saya pantau setiap aktiviti online dia. Kalau ada yang terlepas pandang, itu silap saya sebagai suami.
Apapun, dia suka atau tidak, dia kena ikut.
So far, dia ikut tanpa sebarang masalah.
So..kalau nak cari bab salah,
1. memang salah perempuan-perempuan tu. kenapa upload kat facebook atau online. Sekali dah upload, cukup sukar nak dipadamkan semula. Cukup sukar. Trust me, sangat sukar.
Ini isu yang meran cuba ketengahkan. Simple.
Tapi ramai tak faham. Dan melalut jauh dah lepas itu.
2. salah suami kepada perempuan yang terbabit, sebab tak pantau aktiviti facebook bini mereka masing-masing.
Perasan tak, tak ada seorang suami pun yang sokong tindakan isteri mereka upload gambar tengah menyusu walaupun tak nampak bahagian “tu” kat facebook atau internet?
Tak ada sorang pun.
Dan yang terkena itu pun, laki diorang pun dok diam sahaja.
Yang kuat defend, mereka yang gambarnya naik dan mereka yang pernah upload gambar kat facebook sahaja.
3. baru jatuh kepada Meran sebab nasihat terlalu keras. Tapi kalau tak keras, takdenya pula orang kita nak alert isu macam ni.
4. orang-orang yang dok share gambar “tu” merata semua.
So..
Sebelum upload gambar anak bini, tengok aurat diorang dulu. Tengok gambar tu boleh menjatuhkan fitnah atau boleh dieksploitasi atau tidak.
Sebab bila dah terkena..
sengsaranya..susah nak diterjemahkan dengan kata-kata..
Kan…? Memacam kerja tak berfaedah orang yang tak de kerja ni. Baik fikir camner nak buat duit dgn blogging daripada dok jadi batu api hal orang kan? Eh tak lari dari tajuk kot komen macam ni… 😀
ganaih jugak grup fb ibu ibu menyusu ni, sampai tumbang page meran yang beribu-ribu likers tu.. macam-macam
nak menyusu tak salah, yang p upload kat fb buat apa..acah-acah hipster ibu muda skrg
gua hanya concern dunia nak kiamat dengan lagi satu, post blog nak tulis apa. fokus.
Isu fizo omar & breastfeeding tu jer saya ulas dalam blog.. yang dua lagi just ikuti je tak reti nak mengulas sangat.
Ironinya…
Sekarang saya dah tak berapa nak ambil tahu isu-isu remeh macam ni…
Sedang fokus apa yang saya buat sekarang.
Untuk kehidupan yang lebih baik. 🙂
betul apa yang cikgu cakap tu, dari isu bauksit ke doping sazali ke isu open bf..macam-macam. Isu doping sazali tu lagi kesian, tenggelam macam tu je. Kalau LCW, beria ada lawyer bagai.
memangg betul, semua akan cerah pada waktunya kawan 🙂
Tutup fb pun okay. Tapi ramai lak tak boleh hidup tanpa fb..pelik. Semua nak di upload.