Ya.
Kalau korang tengah mencari program affiliate, sila cari yang berani menawarkan harga sekurang-kurangnya 20-40 percent komisen dari harga asal.
Itu bermaksud, kalau harga satu produk yang ditawarkan oleh program affiliate tersebut adalah RM100, sekurangnya nilai komisen yang korang boleh dapat adalah RM20 hingga RM40.
Jangan terlalu rendah sangat. Dan jangan terlalu tinggi sangat.
Kalau yang cuma bagi 10% itu, tak payahlah join MELAINKAN, produk itu SENANG untuk jual atau memang sentiasa mendapat permintaan ramai sepanjang tahun. Ada juga beberapa program begini dan aku sertai. Dapat RM10 aje kalau dapat sales dari program itu. Tak apalah, sekurang-kuranganya sales itu tidak putus.
Itu nasihat aku.
Nak ikut boleh, kalau tak nak pun tak apa.
TAPI..
Ada juga bebeberapa program affiliate yang BERANI memberikan komisen SETINGGI separuh atau 50% dari harga jualan.
Contohnya, macam program Jobdirumah. Harga produk adalah RM100.
Tapi komisen yang diberikan adalah RM50.
Itu bermakna, satu jualan yang terhasil, kita akan dapat komisen sebanyak RM50.
Ya, cukup dan sangat LUMAYAN.
Kalau tak tergigit lidah, tak tahulah. Haha..
Dan..ada banyak lagi yang produknya 2-3 ratus yang berani bagi komisen 50% dari harga jualan mereka.
Ini umpan yang terbaik untuk menarik perhatian promoter seperti aku.
Senang cakap..
“Agak-agak lu oranglahh..”
Aku cuma akan join jika aku percaya kepada siapa yang buat produk itu. Kalau ebook, aku kena tengok siapa yang menulis ebook tersebut. Bagus atau tidak. Produk tu boleh jual atau tidak. Apa reputasi dan prestasi semasa beliau. Kalau aku yakin, aku akan promosi dengan niat nak dapat komisen produk tersebut. Memang kaji betul-betul la jugak sebab aku tak nak promosi ala kadar sahaja. Nak promosi, biar sampai boleh dapat hasil, kan?
Kesimpulan
Sebenarnya, benda ni terpulang pada korang. Kena pandai pilih dengan bijaksana.
- Harga jualan berpatutan. Nilai komisen yang menarik. Dan produk yang hebat dan panas sepanjang tahun.
- Baru senang nak atur strategi dan boleh dapat hasil banyak-banyak setiap hari nanti.
- Harga murah pun, kalau susah nak buat sales, web jualan meragukan, owner ntah sape-sape. Nak dapat 1 sales pun, belum tentu 4-5 tahun pun boleh dapatt..
- Yang penting, usaha mesti berterusan dan tidak putus asa.
Itu sahaja.
Dah, boleh pergi promosi. Hujung tahun ni, banyak “Year End Sales”. Haha.
8,069 total views, 28 views today
wah nilai komisen nya ikut naik sekali ya
pe lagi bro?? tak salah melabur.. jom 😀
Nilai yang besar, insyallah dapat pun berbaloi dengan usaha. Bro titan terbaik la..
Aku setuju bab ni.. aku pun takde rujukan yang dapat bantu aku memilih mana satu program affiliate yang ok.. tapi banyak dah bro dapat dari JDR.. buat kerja ada upah maaa 😆
Satu jualan terhasil dapat jualan RM50.. banyak tu..
memang best lau dapat komisen tinggi ni..setakat ni paling tinggi aku promote..satu sales..RM150..
kalau rm50x10kali=RM500, itu baru 10,kalau 20,50,100…
bro biasa cecah ratus2 kali…
RM50 X 100 = RM5000.. banyak gak tu…
Buat kajian dulu sblm join mana2 program affiliate.. risau ada yg menipu..huhuhu
hm. affiliate ni memang best kalau umpan dia mengena…
boleh tahan lama
oo. macam tu rupanya. mujur la aku follow cikgu ni. banyak ilmu dikongsi. hihi
Sedang sabar menanti kalau2 ada sale yang tersangkut. Setakat ni belum ada apa2 lagi..huhuhu ( jeles tu tengok orang dapat banyak..)
Tapi tak apa , masih belajar lagi cara2 untuk meningkatkan promosi
Ini boleh mencetus motivasi untuk berjaya program affiliates.
Yang bagi 90% tak der ke bro? Kalau nilainya 100, komisyen 90… semangat giler nak promote
hehe…belum jumpa lagi penjual ‘sebaik’ ini…hehe
semangat semangat
seronok tu siapa yang dapat 1 sales sehari
Bagus tips ni, lepas cari affiliates yg bagus2lah
Aku ada banyak benda nak kena beli ni
memang kena tambahkan lagi banyak promosi nampaknya
yeay. ni yang best. komisen naik 2x ganda. nasib baik join awal2 😀
nak pakai umpan cengkerik ke lipas ni?
Betul sangatlah apa yg lu cakap ni. Kalau salah pilih tukang jual, puas emel mintak approve pending sales…nak makan tahun dah…hoho…
apa2pun…nak kena tambah ilmu lagi ni…ermmm
Banyak kena belajar dengan sifu titan lagi.. 😛
Tips yang menarik abg Titan! 😆
kalau terlalu tinggi pula.. org takut nak beli pula sebab harga produk tentulah mahal kan.. 😀
harga produk dan komisen yang berpatutan..selalunya itulah yang menjadi pilihan puteri..
makin masyuklah bro lepas nih…=)
Nilai RM50 tu, serius memang besar.
..dan amat bernilai bagi seorang yang bergelar pelajar.
Boleh pergi kedai, makan cendol dengan sepuasnya. 🙂
Boleh beli barang dapur kat kedai 1 Malaysia.
Fuh! Terbaik.
InsyaAllah akan diusahakan. 🙂
setakat ni join program affiliate yg ada kena mengena dgn hobi..dan harga produk tu tak la berapa mahal sgt..harga mampu milik… senang sikit nak promote dan pembeli pun tak teragak2 nak beli.. kalau mahal sgt pun org akan fikir byk kali nak beli ke tidak…
Yang penting kena rajin buat artikel promosi selalu kan….
Emm kalau saya jual produk ni laku macam jual goreng pisang panas kan sedap..letak umpan, umpan busuk macam tu jer..malas dah nak fikir rasanya..hehe
ada lagi ke yang kasi tinggi selain daripada jobdirumah…?
betul tu..komisen yang tiggi dapat menarik lebih ramai ahli aff yang aktif 🙂
best betoi komisen JDR ek