Ya.
Bila artikel yang korang tulis dengan penuh kasih sayang, dengan penuh semangat waja dan penuh dengan perasan berkobar-kobar, tiba-tiba ditiru secara TOTAL, dari perkataan ke ayat sehinggalah noktah pun kena COPY sekali..
hati siapa tak marah, kan?
Dah jadi satu SEBAB kukuh aku nak mintak BINI aku pujuk aku malam ni..
Huh, koranglah punya pasal.
Beb, kalau nak TIRU sekali pun, tiru satu perenggan cukuplah. Lepas itu, bagi kredit kalau rajin. Ini tidak, bagi kredit pun malas, minta izin jauh sekali, satu artikel panjang-panjang yang aku tulis tu pun kau tidak ubah satu perkataan pun..apalah nak jadi dengan kau.
Bukan orang lain pun.
Kawan-kawan kita juga.
Kalau tak kerana aku ni boleh kuat juga bersabar, memang adalah yang kena tumbuk rusuk kiri nanti.
Aku pun pernah juga buat kerja COPY-PASTE ni. Tipu kalau aku tak pernah buat dulu. Tapi, aku nak COPY pun biasanya aku COPY idea. Aku tiru cara pendekatannya. Aku tiru sikit cara penyampaian. Aku tiru ISI kandungan. Ayatnya diubah. Kalau owner artikel bagi DUA contoh. Aku bagi SEPULUH contoh. Kalau perenggan tu 50 patah perkataan, aku panjangkan lagi sampai 200 patah perkataan.
Apa susah sangat ke nak EDIT itu semua?
Susah sangat ke nak ulas panjang sikit?
Barulah artikel yang korang TIRU itu ada sikit ORIGINALnya.
Barulah korang boleh menang contest SEO tu. Ini salah satu cara nak berlatih atau meniru artikel-artikel orang lain yang berkualiti dari segi penyampaian dan pemilihan ayat-ayat CINTa yang mampu menggoda para pembaca korang KEKAL membaca setiap artikel korang setiap hari.
Sekali lagi..
SUSAH sangat ke?
…
….
13,828 total views, 23 views today
hahaha….adat berblogging bos….
Ya.
Adat yang patut diabaikan.
adat yg tak boleh naikkan darah tuan blog..haha
Mencari jalan mudah.
Ya.
Orang kita memang suka ambil jalan mudah. Biasalah tu.
benda dah ada…buat ape nak susah2 tulis sendiri…cilok sudahlah…huuuh
Gua nampak ada sama, gua ubah .. hoho … hari2 kasik tukar ayat …
Haha. Gua tahu tu. Gua tahu.
Nasib baik kalau saya copy saya tukar noktah sket-sket..hehe
tukar noktah tu yang penting. Hoho..
Sebelum ni tak pernah check kalau ada orang curi blog content ke tak. Nak try check lah. Tapi yea, memang saya faham sakit hati tu. Takpe, kena pujuk dek bini, kurang lah sakit tu.. 😛
Haa..
tu la..
best plak bila ada bini nih. haha
baru hang tau bestnye ada bini…keh3
Copy Paste…
Pastu ayat orang… Dia laa yang terhebat…
Boleh berguru dengan dia… he he…
Haha..ramai otai wat cara tu.
comel je baby tu merajuk… 😉
Haha..
baby tu memang kuat merajuk hari-hari.
Comel betul baby tu.. Harapnya baby tu tak jadi mangsa copy paste jugak la ye
sape yang meniru ni angkat tangan.. babab kang.. kan dah kena marah..hihi 🙄
tak marah.
menyampah aje sikit-sikit. 😆
huh .. kalau dah kering sangat ide tu . copy paste la jadinya ..
tpi sampai bila nak copy paste , kalau lagu tu , sampai bila2 pon x dpt nak bentuk gaya penulisan tersendiri .. kan ?
diorang tak kira. Janji duit dapat maa.
Memang ada cara mudah yang boleh buat kita dapat duit dengan cara copy paste ni. Tak susah. Kena rajin copy dan paste je.
Ala bang kita tak sengaja , masa kita mengopi tu kita tengah black out tak tau apa – apa tahu – tahu dah terpaste dan terpublish nak wat cam mana, 😈 :p
Lain kali. Minum kopi je. Jangan wat kerja lain. Haha
yang pasti aku bukanlah orang itu..
ecececeh..merajuk konon..hahahaha
Iyer. Aku tengah merajuk la nih. Grr..
Report google terus bro. Akupun nyampah dengan orang macam ni.
Ya.
Memang report gak kalau dah terlebih batasnya. Haha
aku pun ada tiru2 gak… hehehe
Haha..
biasalah tu. Aku tahu.
Copy paste dari dulu sampai sekarang tak dapat dibendung.
Memang sabar ajelah dibuatnya. Haha
huhu..jenuh la puan titan nak pujuk ha..bulan puasa lagi tu..haha 😎
nasiblah.
kena pujuk gak Tak kira.
memang lah seronok… copy, paste, xoxo publish… dah siap entri utk hari ni… senang buat duit? hahah…. kita jer yang tak seronok perah otak cari idea…
Kalau nak resort tepi pantai, kenalah berani hadapi penculik JOLO..;)
Hoho.
Itu bukan masalahnya. Bila dah terkena nanti, baru nak nangis. Tak guna dahh..
Aku dah banyak hilangkan blog orang. Hoho
Masa belajar kat universiti dulu selalu la guna copy paste ni. 😆
Haha..
Itu memang ramai. Tapi aku tak..semua kerja sendiri walaupun markat tak berapa tinggi sangat. Haha
Wahh.. Gila ah.. masa kat uni pun x pernah copy paste… hebat woo… 😛
Sebab tu markah exam aku tak tinggi masa kat universiti. Tak lepas 3 pointer pun bila habis belajar. Haha.. 😈
Mintak kebenaran copy paste artikel ni boleh? 😆
Tak boleh.
Haha.
Gi buat sendiri la. 😈
cara mudah nak dapat duit..tapi duit yang dia dapat tu kira tak halal lah kan..sebab tiru…
Tak tahu la bab halal atau tidak.
HOho..sendiri mahu ingat la.
Biasanya tang artikel copy paste tu tak ada yang menjadi untuk dapat sales. Biasanya la
Tengok keadaan.
Kekadang, diorang terlalu rajin sampai link affiliate pun diorang copy gak. haha
wah…emosi seorg blogger..hehehe 😀
Ini bukan emosi.
Ini lebih kepada fakta. haha
Assalam Bro Ahmad faizal,
Konsep saya suka meniru, tapi tiru saya olah sendiri dengan ayat yang saya faham dalam blog…tp konsep copy bulat2 paste bulat bukan style saya…itu fake namayer…readers setia leh baca dari segi penulisan kita betul atau takkan, bro sila 😛 cuba bro masuk page saya…right click entry saya, cubaan nak copy bulat2 x boleh sebab saya freeze content tu…kalo bro nak saya boleh bagi kod html tu.
Boleh je kalau nak tiru.
Ada caranya even tak leh dah nak right klik tu semua. Hoho
wah ramainye yang copy..bermakne artikel dan isi kandungan yang sangat bagus la tu..tahniah2 😀
Ya.
Tapi..itulah. Tak best kan kalau kena macam ni?
kali ini malas nak cek sebab hati berakata macma ada jer yang berani mati untuk buat..biarlah dia jawab nanti sama Dia..
haha..
macam nak amok aje nih.
Encik Titan kena banyak bersabar. Masih darah manis kan.
Kerja tiru meniru nie dah jadi lumrah cuma janganlah tiru 100% sampai noktah pun nak tiru.
Tiru dua 3 perenggan aku tak kesah lagi.
Tapi bila NOKTAH pun kena tiru. Itu aku marah la gak. 😈
wow, ada tools tuk tengok kena copy blog kita ek..
Ada.
Banyak tools diluar sana boleh dicuba.
bab copy paste ni mmg pernah buat gua hangin…tapi ada jugak yg copy paste sekaligus dgn link affiliate gua..so jenis yg ni gua tak kisah…hahahaha
haha..
sabarkan ajelah. Itu je yang aku mampu buat sekarang. Malas dah nak layan orang macam tu sekarang.
copy paste la keje paling senang nak buat. tu yang ramai suka buat. mcm MLM yg scam la.. senang je keje boleh kaya, berduyun datang nk join.