Ya.
Minggu lepas.
Ini cerita tentang minggu lepas.
Lebih tepat, cerita tentang berjuang demi negara. Berbakti untuk anak bangsa.
untuk EMPAT hari yang menggembirakan, yang penuh dengan warna pelangi.
EMPAT hari yang penuh dengan macam-macam emosi.
..
…
Pergi sahaja ke kawasan pedalaman itu, dah jadi satu perkara yang memenatkan.
Pulang sahaja dari kawasan itu, dah jadi satu misi WAJIB yang harus dipatuhi.
Perjalanan pergi dan pulang mengambil masa 6-8 jam ini membuatkan aku terfikir banyak perkara.
Tentang masa depan.
Tentang masa depan anak-anak yang dahagakan kasih sayang dan ilmu.
Tentang masa depan anak sendiri.
Tentang masa depan bangsa dan negara.
Tentang apakah yang berlaku jika aku tidak turun sendiri ke kawasan ini.
Biskut Chipsmore
“Cikgu, apa nama biskut ni?”
“Ni namanya biskut chipsmore.”
“Ohh..” balas Hani.
“Kenapa? Tak pernah makan ke?”
“Tak. Ini kali pertama..”
“Ohh..” giliran aku plak yang ohhhh..
“Cikgu..terima kasih sebab datang ke tempat kami ini. Ajar kami macam-macam. Tolong kami itu ini..cerita tentang tempat yang besh-beshhh..” ujar Hani sambil laju mengunyah biskut chipsmore itu.
“Jarang orang luar datang ke?”
“Aah, cikgu. Dah lama tak ada orang luar datang sini.”
“Ohh..”
“Nanti, cikgu datang lagi yek. Bawa biskut chipsmore ni lagi. SEDAP!”
..
…
Aku tersenyum.
Gembira sebab terbawa biskut chipsmore tu. Itupun, nasib tersinggah kedai sebelum masuk ke kawasan hutan belantara nih.
Itupun sebab aku menggantikan seorang cikgu lain yang tiba-tiba bininya dah nak bersalin.
Semuanya, nasib. Takdir atau fitrah yang telah ditentukan.
Bukan aku yang pinta.
Tapi Allah tahu mungkin ini yang terbaik untuk aku dan mereka.
Be thankful.
Kaya dan Ilmu
“Cikgu..Ajak mahu tanya sesuatu, boleh?” tanya Razak. Salah seorang murid yang cukup rajin bertanya.
“Ya. Nak tanya apa?”
“Besar nanti. Saya nak jadi KAYA. Saya nak buat rumah besar-besar untuk mama dan bapak saya.”
“Ehh, JANGAN jadi orang kaya.” Balas aku. Agak keras.
“Eh..kenapa plak cikgu?”
“Jadilah orang yang berilmu. Dan amalkan ilmu ke arah yang lebih baik.”
“Ohh..jadi kaya tu tak bagus ke?”
“Bagus. Tapi tak semua orang kaya ni berilmu, ada yang jadi penjahat, ada tindas orang yang lemah, ada yang suka menganiaya orang yang tidak bijak, ada yang suka membunuh orang sesuka hati mereka tanpa mereka sedari..”
..
…
“Ohh..macam tu ye cikgu.”
“Ye. Macam itulah..”
“Jadi, macam mana nak jadi orang yang berilmu?”
“Kita kena pergi sekolah. Kita kena belajar. Kita kena ada ilmu. Kita kena belajar dan hormat ilmu..bla..blaa..dan blaa..jangan masuk skim cepat kaya..jangan saman cikgu sekolah, jangan tumbuk perut kawan..bla..bla..dan blaa lagi..”
..
…
Ya. Belajarlah selagi belum dibungkus dek kain kapan.
Selagi ada oksigen dan kebolehan bernafas, belajarlah.
Suzila
“Cikgu pernah naik kapal terbang?”tanya Suzila.
Murid tahun 3. Comel tetapi pemalu orangnya. Anak yatim. Mak bapak dah tiada. Tinggal bersama datuk dan neneknya sahaja.
“Pernah. Tiap-tiap tahun cikgu naik kapal terbang.” balas aku sambil tersenyum.
“Kenapa cikgu naik kapal terbang?
“Cikgu ada kerja. Cikgu pergi melancong. Tempatnya jauh. Jadi, kenalah naik kapal terbang.”
“Ohh..”
“Kenapa Suzila tanya?”
“Saya tak pernah naik. Teringin nak naik bila nampak kapal terbang lalu kat hutan nih..”
..
…
“Tak apa, nanti Suzila besaq, belajar rajin-rajin. Ada duit nanti, boleh naik kapal terbang.”
“Emm..emm..” angguknya gembira.
Aku cuma mampu tersenyum lagi.
Harapan aku, murid-murid ni boleh terus belajar dan menghargai ilmu yang mereka belajar.
Dan gunakannya pada jalan yang lebih berharga.
“Cikgu..!” suara Suzila lagi.
“Ye. Kenapa?” jawab aku sambil berpaling ke arahnya.
“Cikgu ada anak?”
“Ada. Baru satu orang. Firas namanya. Kenapa?”
“Anak cikgu tu pernah naik kapal terbang?” tanya Suzila lagi.
“Tak pernah lagi. Tapi dah besar sikit nanti, cikgu nak bawa jugak nanti..” jawabku sambil tersenyum.
“Wahh..untungkan anak cikgu. Boleh bawa naik kapal terbang nanti. Saya yang dah besar ni..tak ada orang nak bawakkan naik kapal terbang. Atuk mana ada duit. Mesti seronok jadi anak cikgu, kan?
“Emm..” Aku tersenyum simpul mati sudah nih..tak tahu nak jawab apa dahhh..
“Cikgu..”
“Ya?” sahutku lemah.
“Saya nak jadi anak cikgu, BOLEH?”
..
…
Aku tersenyum kelat.
Tak mampu bersuara atau menjawab soalan Suzila.
Nampak matanya berkaca-kaca memandang aku. Mengharapkan sesuatu.
Mengharapkan jawapan.
Aku hulurkan tangan ke arahnya..
..
…
“Suzila nak lagi biskut chipsmore, tak?
3,329 total views, 20 views today
Alhamdulillah, kerja cikgu ni kerja mulia.
Terima kasih cikgu titan sebab hasilkan
kitab seo merah jambu 🙂 hehe
Sangat membantu!
Bestnya pergi sana. Dulu, saya pun kerap masuk dalam kampung-kampung macam ni. Sekarang nak bernikah dan ada anak kecil, dah tak masuk lagi..Hmm
Dah ada anak isteri dah tak rajin nak masuk hutan ya..Tapi cikgu kita ni dah ada anak dan isteri sudi lagi menabur bakti..Salute lah cikgu..
Cg Titan ini mesti sorang cikgu yg baik & penyayang kpd murid2. Thats why ada anak murid nak jadik anak cg hihi
Sedihnya membaca kisah ini. Terharu pun ada…
Mek Ila, saya pun sedih juga bila baca kisah yang menyentuh perasaan ni…
bgus cikgu ni…
mcm2 kena tnye..jdi lah org yg berilmu..
ok la chipsmore dari biskut tiger yang dah pupus hahaha
Belang tarung biskut Tiger ada lagi lah mana ada pupus…
memang cikgu yang baik 😀
Rajin pulak tu siap gantikan kawan lagi sebab isterinya nak bersalin…
hutan xxx haha
tapi itula memang comel budak2 sekolah ni. Cikgu la kena banyak sabar melayan karenah dan memberi motivasi.
teringat masa sekolah rendah dulu, bila aku buat karangan sedih bahasa melayu.Cikgu siap panggil ke bilik guru, tanya ini berdasarkan cerita sebenar ke atau imiginasi penulis.
Aku pun terharu jugak dengan keperihatinan cikgu BM aku, aku pun bagitahula karangan tu rekaan semata mata.
amboi.. mesti cikgu tuh mengalir air mata.. sekali rekaan jer daaa.. haha
CIkgu yang bagus..Menasihati anak2..Nanti bro ngajar anak saya juga la, ble? Hehehe
Hutan XXX ni kat negeri mana ni… buat aku rasa teringin nak masuk tempat tu pulak kalau tak jauh dengan tempat aku 😀
banyak plak kisah cikgu
betul biar jadi org berilmu…sgt2 setuju
Menusuk hingga ke tulang hitam. Beruntung diaorang dipertemukan dengan cikgu Titan…nak nangis pulak rasa…
Terbaiklah cikgu.. Ibu bapa pasti berasa terhutang budi pada cikgu seperti En. Titan nih, rajin melayan pertanyaan anak-anak. 🙂 kipidap..
Bertuahnya anak murid dapat cikgu yang mantop. 🙂
Ramah tamah anak-anak di sana ya.. tak takutkan orang luar.
Banyak pengajaran yang dapat dari hanya beberapa kisah ini.
wah ahmadfaizal sudah kembali..welcome back
sedih pulak soalan last tu
Saya doakan Suzila bila besar nanti jadi pramugari yang hebat.
Dan bolehlah naik kapal terbang hari-hari.
Walau apapun, saya doakan yang terbaik untuk Suzila.
PS: Welcome back Encik Titan. Seronok tengok blog Ahmad Faizal kembali sihat sejahtera. Semoga berpanjangan.
Pengalaman yang bagus sebagai cikgu.
Seronok membacanya.
Bahagianya boleh cikgu macam encik Titan ni, prihatin sungguh
Berilmu memang lagi bagus dari orang kaya.
aloooooololololo… touching la pulak.. huhuhu
Seronok juga kalau sekali sekala menabur jasa di tempat yang kita tak biasa. Banyak pahit dan manis yang boleh dijadikan kenangan dan pengalaman..
berbakti..hidup untuk memberi.. tahniah bro..
Banyak pengalaman mendidik anak bangsa cikgu titan ni…kagum
sabar melayan karenah anak murid, boleh rasa naluri kebapaan 🙂
Sedih gak sebenarnya dengan cerita ni..ada mesej yang disampaikan..huhu terharunya.. good job encik titan..
power nasihat cikgu sekolah dan cikgu seo ni
Sebak pula baca entry ni, cikgu terbaik!