Pandai.
Itu aje jawapan ringkas dari aku.
Bukan nak dabik dada yang bidang ni sangat.
Tapi, benda ni benda ASAS.
Kalau yang asas paling SIMPLE ini pun tak tahu, aku rasa korang memang teruk la jugak.
Jadi, bila dah terasa diri tu teruk, bawak-bawaklah pergi belajar. Sekurangnya tahu translate dari tulisan rumi ke jawi nih..
Dan sebenarnya, tak adalah susah sangat nak belajar tulis tulisan jawi ni.
Kalau korang boleh baca muqadam dengan lancar atau mahir membaca Iqra 1 hingga Iqra 12, aku tak rasa korang ada kepayahan untuk menulis tulisan jawi ini. Lagipun, bahasa arab ditulis dengan tulisan jawi ni.
Selurusnya, tulisan jawi ini lebih mudah sebenarnya. Kena pula, tulisan jawi format baru sekarang ni dah jadi lebih mudah berbanding tulisan jawi lama. Kalau korang jenis “OLD SKOOL” macam aku ni, memang tulisan jawi lama ni dah jadi mainan dah bagi orang cam kiteorang nih. Tapi bila suruh tulis guna tulisan baru, agak “ganjal” la juga sikit untuk biasakan diri. Maklumlah, dah jadi lebih mudah.
“Maklumlah..nak bagi generasi kita lebih mudah faham dan tahu tulisan jawi ni kononnya..”
..
…
Tapi bila dah dipermudahkan..sampai bersepah software tukar rumi ke jawi diluar sana..
Masih ramai juga yang tak tahu tulis jawi nih..
yang korang rajin, dok layan status facebook hari-hari. Dok fikir celah mana nak kasi iklan facebook ads ni jadi zero cost marketing. Itu tak termasuk dok post gambar-gambar urang pempuan yang tak cukup duit nak beli kain. Tak campur lagi yang dok kutuk orang sana, kutuk orang sini. Huk alohh..
kan? Kan?
Aku biasa gak tulis benda ni. Seminggu mesti ada 2-3 kali. Sebab kena “ganti” kelas cikgu Bahasa Arab atau Pendidikan Islam. Maklumlah, sekolah kurang ustaz. Tak pasai-pasai, kena upgrade jadi ustaz kejap. Bebudak pun kompius, aku ni cikgu PJ ke ustaz PJ.
..
…
Haa, boleh baca tak “tulisan” jawi aku yang COMEL sikit dari bini korang tu?
13,967 total views, 27 views today
mestilah boleh baca, cuma gua jarang menulis dalam tulisan jawi hehehe.
jadikan amalan harian.
nanti jadi lebih mudah.
Baca boleh, tapi nak menulis tu masih belum mahir lagi
Tak apa. Belajar pelan-pelan.
Hang mesti bulih punya. Muda lagi.
Baca memang boleh, menulis tuuu merangkak-rangkak sikit sebab dah lama tak praktis..
so, kasi la praktis sikit ye.
hehe..
Baguih! Semua wajib pandai baca dan tulis jawi..baru power!
Ya.
Itu lebih baik berbanding hari-hari update status mengeluh kat facebook.
hu3..budak2 sekarang tak semua pandai baca jawi
baca muqaddam dan al-quran diorang boleh sebenarnya.
cuma diorang tak tahu, tulisan tu tulisan jawi.
Dan bab nak nulis tu..kena ada keazaman yang cukup tinggi.
Semangat biasa-biasa aje, tak jalan punya. Tulisan jawi ni nilai seni dia cukup tinggi.
Betul tu sebab jarang diamalkan dirumah, nk kena ubah ni
Ini saya suka ->Dok fikir celah mana nak kasi iklan facebook ads ni jadi zero cost marketing?
Ada tips ka En Titan ?
takde tips.
semua bisnes, tak ada zero cost.
kalau ada yang mengarut gitu, dia mengarut la tu.
Baru nk skodeng tips dari en titan, rupenya kena usaha dengan ilmu yang betul…
Confirm boleh tulis dan baca tulisan jawi…kalau tak pasti rugi tak mampu nak mengaji 🙄
ramai orang leh baca.
tapi kekok sikit nak nulis.
maklumlah, last tulis masa kecik dulu.
dulu pernah wakil sekolah dalam pertandingan tulis jawi 😉
pehh..
siap wakil sekolah lagi tu.
takutnya kiterr..
Aku suka tulisan jawi. Masa kat sekolah dulu ustazah pernah ajar tulis khat pakai pensil tu. 🙂
tulisan khat plak ada macam-macam cara nak tulis.
seni khat lagi dalam.
Terkial gak tangan nak tulis. Maklumlah, tak cukup lembut.
Huruf apakah itu en titan…dier ada ekor..ada mata ditengah2…cikgu comey anak pendekar mustar tanya nie…
Tahniah aa cikgu sukan sebab terer dalam bahasa jawi nie…kawan menulis tekedik2 aa…membaca jawi merangkak2 gak..
1) InsyaALLAH saya akan berhati2 di jalanraya…ingat orang yang tersayang
2) Sayang sangat dengan orang2 yang tersayang
3) kalo cilok2 kat jalanraya xbleh heh
4) Jiwa selamat hati tenang
5) Bila perasaan bercelaru tue pandu ikut suka jek aa cikgu.. 😀
p/s: Masa baca akad malam terindah tue..cikgu baca yang jawi punya versi heh..
surat nikah memang jawi beb.
tak tau baca, tak tahu la aku nak kata apa. 😈
Alhamdulillah..saya boleh baca dan tulis jawi. Tapi tulisan jawi saya tak “sekiut” tulisan encik Titan.. 😀
tak apa.
nanti lama-lama kiut la walaupun tetap sekiut gua.
tulisan jawi mesti dikuasai sebagaimana huruf abc
bagi aku, memang wajib tahu tu.
boleh tulis dan boleh baca.
ya
tulisan jawi yang COMEL sikit dari bini aku
tapi
bini aku COMEL banyak
ha ha ha
sori sikit.
bini saya lagi comel ye. 😈
alamak, takkan nak ngaku comel sendiri plak kan…huhuhu
Saya antara yang tak pandai bahasa jawi.
Belajar masa kelas fardu ain je.
Pastu takda dah belajar pun.
Membaca boleh la sikit2..
haa..
gi masuk kelas fardu ain semula.
Pat. Pat.. 😆
Gi belajar dengan incik Titan, mesti cepat pandai balik…kiki
Ada dua kesalahan je dalam tulisan kat atas tu. Kira dah terer la cikgu titan nih tulis jawi. hihi
Yang mana tang salah tu?
Aku ikut jawi lama tu.
kena pandai, warisan kita tu… lagi satu kalau anak2 tanya nanti takde la terkebil-kebil 😉
Tulah, jawi ni kan tulisan asal Tanah Melayu. Sayang kalau hilang identiti yang jadi jati diri kita
Ya.
Warisan yang tidak patut pupus.
Tapi dah macam pupus juga dah rasanya ni.
itu ok lagi.
Jangan tak reti nak baca plak.
Malu beb.
Sekolah rendah agama dulu saya paling suka mata pelajaran Imlak.
Agak-agak saya boleh baca jawi tak? 🙂
Imlak memang best gak.
Aku suka subjek tu.
Boleh cuma jarang gunakan. ada sikit lupa.. apatah lagi sekarang ni banyak format yang baru
format baru cuma jadi lebih ringkas.
aku lebih suka yang lama.
wah cantik gak tulisan jawi ni..lulus cemerlang gemilang.
Memang la cantek.
Tengok la siapa yang tulis.
dulu-dulu kan kalau tak pandai tulis jawi mau kena cubit ngan mak, nasib baiklah berkat paksaan tu boleh gak menulis jawi
padan muka kena cubit.
haha..
aku sampai sekarang pandai lagi jawi. hahaha.
waaa…lawanyer tulisan jawi incik Titan…cam budak skolah pun ader…hehe
Ya.
Dah memang dari dulu macam tu.
Tapi ada patern line, kalau untuk “jual” punya. Hehe..
eh, lupa nak jawab, Alhamdulillah pandai, mujur dulu kat sekolah belajar jawi, kalau tak memang rasa sangat malang
Masih boleh menulis lagi. Hehe.
Opkos la aku pun boleh baca
Hebat jugak penulisannya Jawinya tuh…
pernah belajar juga masa senoir high school tapi dah lupa
Cantik tulisan jawinya hehe, kena selalu amal sebenarnya sbb kita jarang pkai dalam kehidupan selain dari membaca al quran.
Cantiknya tulisan jawi tu kalau aku senget2 herut
Kalau di Kedah lafaz taklik lepas akad nikah dalam bahasa Jawi. Sapa boleh baca memang bangga la depan pak mentua. Senyum jer..
Boleh baca dan tulis. tapi senget-senget tulisannya tak seperti ustaz PJ
cam aku dulu, aku belajar jawi old school, so bila tengok orang sekarang tulis style baru ni, aku jd rasa macam tak reti lak nak tulis jawi.
Tapi sekurang-kurangnya aku masih boleh baca jawi, cuma terhincut-hincut sikit
Hahahaha…macam seni khat aje tulisan jawi Encik Titan ni..hahaha
cantik tulisan jawi tuh! huhu
Saya baru tahu kalau tulisan arab-melayu ini dinamakan huruf jawi.