Banyak.
Senang kata, agak sibuk sebenarnya.
Dari subuh tadi, dok sibuk kejar masa menghantar budak ke stadium.
Hantar Skuad Olahraga macam biasa.
Peringkat Daerah.
Kalau ada rezeki, ada. Kalau tak ada, sampai sini sahaja usaha kita.
..
…
Saban tahun, aku menghantar budak guna kereta sendiri. Jadi, apa-apa..
mintak dijauhkan.
Doa dan harapan sahaja bekalan di hati.
Moga-moga tidak ada kecelakaan di sepanjang hari.
Tahun ini, kali pertama berjaya dapat sponsor untuk hantaq bas.
Ini juga tahun kedua dapat sponsor dari PIBG untuk beli kasut “spike” budak.
Harga kasut paku boleh tahan belanjanya.
Nak murah, cepat rosak. Setahun saja umurnya. Mula dah terkopak sana-sini. Cuba gam, tapi merekah dan akhjirnya paku entah ke mana, budak lari lambat jadinya.
Nak tak nak, tahun ini terpaksa cari yang keras sikit harganya.
Dengan harapan, bertahan 3 tahun paling kurang.
Ini tidak, jenama boleh percaya, sekali setahun je boleh pakai. Itu pun pakai sekali setahun untuk 4 hari.
Nak pakai semula tahun ni, dah tercabut tapak, paku tanggal. Merekah sana-sini.
Mungkin budak dah kena beli sendiri. Sekolah tak mampu nak “support” semuanya.
Terutamanya jika ada “talent” yang boleh pergi jauh.
Itu yang kita perlu cucuk mak ayah untuk tanggung harga spike itu untuk 3 tahun.
Sakit jika kita nak support segalanya terutamanya di sekolah rendah.
..
…
Setakat ini, satu medal tak dapat.
Bukan tak boleh. Tapi sindorm “takut” dan “menghormati pihak lawan” tu perlu dibuang sejauh yang mungkin. Aku sampai satu tahap rasa nak maki aje budak bila budak terlalu hormat pada pihak lawan.
Ini benda paling aku tak suka nak hadap setiap tahun.
Hampir separuh budak aku tak melawan.
Yang melawan, itulah yang berapa kerat.
Regular saban tahun.
Sampai satu tahap, mereka juga tahu reti penat bila keringat tak memberikan pingat.
Kesimpulan.
Satu hari yang penat.
Usaha bagai nak rak setiap tahun, tapi rezeki belum sampai alamat.
Kita doa agar bakat baru yang dapat jumpa masa tahun empat
akan membuahkan hasil dan mendapat tempat,
satu hari nanti di hati peminat.
Tak di sekolah rendah, mungkin sekolah menengah baru pecah pingat.
285 total views, 1 views today
main bola ke main hoki? aku dulu semua sukan bedal. satu apa tak jadi. haha